Saja nak membebel...

Hari ni MC. Tak larat nak gi keje...penat trip hari tu tak hilang lagi. Hari ni MC pun aku tak duduk umah sebab bil tak byr gi (Bz sampai bil air dah expired...), renew road tax ngan keta. Tgh2 mengemas umah aku sempat gak pasang telinga dgr TV. Siaran langsung persidangan DUN Sabah tapi tetamunya wakil rakyat dari Swak (Mentang2 nak pilihanraya ni).

Aku rasa tu YB Bekenu kot sebab asyik ucap time kasih jer ngan PM sebab bina jambatan kat situ baru2 ni. Bekenu tu nun jauh disana. Tapi kalau you all ada baca trip aku ke Sri Aman hari tu (Sila klik kat sini kalau tak baca lagi)...aku pelik sebab kalau nak ikutkan kita akan tgk yg dekat dulu baru pg far2 away. Atau bgn kan yg far2 away tu tapi yg dekat ni jgn ler terus lupa.

Lingga ni tak sampai 40KM dari Sri Aman. Jalan nye...mcm naik kete kuda jer. So tak yah nak citer benda nun jauh disana sebab ramai org tak sampai lagi. Yg dekat sini kena tgk dulu. Bukan aku tak nak org yg jauh nun kat rural area tu rasa kemajuan tapi yg dekat bandar ni ingat2 ler jugak. No wonder ler town area ni semua kerusi dipegang oleh pembangkang. Jalan kat Kuching ni...tak yah pg jauh, pg Pending jer...jalan sini sana lobang kalau hujan terus banjir kilat.

Membebel lak tapi aku rasa tak salah nak bersuara. As pengundi aku pun ada hak nak suara pendapat aku. YB yg wakil kawasan aku ni pun tak pernah pun aku tgk muka. Tunjuk muka setakat masa mengundi lepas tu hilang tak ke mana. Janji pilihanraya lepas tak tunai lagi..! Dah dtg pilihanraya baru...kalau menang lagi aku tak tau ler.

YANI

first official poster Twilight: Breaking Down I

Dah lama tak google update tok film yg aku tunggu for this year. Apa lagi...Twilight ler. Kodek2 tadi aku jumpa poster ni. Poster rasmi yg first sekali untuk Twilight Saga: Breaking down part 1.

P/S : Tgh carik masa sesuai nak update post ke Sarikei and Sibu. Sekarang ni tgh bz tok reach target.

YANI

Lama tak update blog...

Hu3x, lama tak update blog. Seminggu pegi outstation aku tak tau pun perkembangan semasa. Concentrate ngan keje...(Ye ke? Hu3x) Aku akan update trip aku nanti dalam next post. Hari ni penat sesangat sbb hampir 6 - 7 jam drive. Tak larat den. Ada byk sgt benda aku nak citer. Tapi tunggu ler ye. Next update. May be 2morror.

Chow!!!

YANI

Lawatan Ke Dun Sarawak

Hari tu sempat ikut student pg Lawatan ke DUN Sarawak. Sblm ni tengok dari jauh jer. Bg yang tak pernah sampai Swak, building ni leh nampak dari Waterfront. Nak gi sana kena naik perahu tambang. Tapi tak tau ler tourist boleh masuk ke tak.


Bangunan DUN Sarawak.


Dari pintu masuk.


Pemandangan dari tingkat 9, boleh nampak view bandar Kuching.

Kat dalam tak le nak ambik gambar tapi design kat dalam bangunan tu memang marvelous especially dewan tu ssendiri. Kubah kat atas tu made from emas kertas luar dan dalam kubah. Aku kagum sgt tapi berbaloi ke dewan yg diguna dua tahun sekali jer dibuat gah mcm tu. Kalu bg kat rakyat byk benda boleh buat. Hmmm...pikir ler sendiri. Pilihanraya on tha way...

Besok nak travel lagi...

Yani

Outing

Hujung minggu sebelum sekolah start besok, aku bawak Cece and her cousin, my mum and sister jalan-jalan. Saja nak hiburkan hati si kecik. Nak pegi jauh sgt pun tak larat. Keluar town jer la. (Bunyi mcm jauh jer. Kalau diikutkan drive tak sampai 30 minit pun.)

Saturday bawak Cece pg Sarawak Museum. Menber kata ada monyet. Rupa2 nya seekor jer. Tu pun dok dalam sangkar. Tapi Cece seronok sbb dpt tengok binatang awet kat dalam Muzium.

Sempat posing kat dugong awet.

Waktu tgh tunggu order ABC. Sementara tunggu hujan teduh melantak jap. Kedai makan ni ada kat area muziun dikelilingi kubur2 lama. Rojak and ABC dia not bad.

Sapa paling besar? Mak ke anak? Hu3x.

On Sunday bawak Memey sekali ke Boulevard Mall Kuching. Bukan tok shopping tapi kat play ground di Level 4. Memey ni tak leh jalan lagi...tapi semangat mcm budak dah besar.

Memey ni kalau aku kata anak aku org caya jer. Mata sama2 sepet.

Memey and Cece dalam umah tomato.

Pose happy dari Cece.

Jadi satu hal pulak nak pujuk dia org balik. No wonder masa kat tingkat tiga tadi aku boleh dgr budak2 nangis. Mesti kes tak nak balik mcm Cece. Balik umah semua penat. Memey lepas mandi terus tido dan si kakaknya pulak terus layan komputer.

YANI

DUN Sarawak dibubarkan

Baru rabu lepas (16 Mac 2010) bwk student study visit kat DUN Sarawak, tak sangka lak Isnin ni DUN dibubarkan. Meaning that awal bulan April ni Pilihanraya ler. Hmm...masa visit hari tu byk tempat kat dalam dewan tak leh nak ambik gambar. Especially the DUN itself. Rajin nanti baru upload gambar.

Isnin ni sekolah buka dan aku pulak kena pergi out station lagi. Lepas ni Sarikei lak. Nade dah plan awal nak ke Lubok Antu lagi sekali. Nak rembat pekasam ikan lebih sikit sebab hari tu katanya sekejap jer dah habis. Betul lak kata akak yang jual tu kat Lachau mahal sikit sebab dia org pun ambik ikan tu dari Lubok Antu. So, sapa2 nak ke Lubok Antu tau ler nak beli apa. Aku lak lepas ni plan bawak pancing. Rasa rugi lak tak bawak especially bila dah sampai Batang Ai. Hu3x.

YANI

Man Raja Lawak 5 - 2011

Congrats to Man kerana memenangi Raja Lawak 5. Walaupun aku tak berapa nak follow Raja Lawak musim ni tapi sempat gak curi masa tonton final malam tadi dan antara 3 peserta final lawak Man agak kelakar. Congrats again and teruskan dengan sikap humble anda.

Yani

Trip to Sri Aman part 2

Next day, masih lagi di Sri Aman. Trip hari ni ke Lubok Antu. Kat area Lubok Antu ni popular ngan Dam Batang Ai (Empangan Hidro Batang Ai) and Hilton Batang Ai Long House Resort.


Aku rasa Monyet ni ler landmark untuk Lubok Antu. Sri Aman town burung merpati. Aku tak sempat nak ambik gambar sebab bila dah balik hotel lepas dinner aku terus tidur. Tak ingat nak bergambar. Habis keja singgah jap kat pasar Lubok Antu. Aku tak beli apa2. Nade rembat 2 bungkus pekasam ikan lampam jawa. Kakak tu kata kat Lachau mahal sikit sebab dia org pun ambik dari Lubok Antu. Aku tak tau. Balik kelak check harga. Pekasam kat sini tak sama ngan Pekasam kat Semenanjung. Kalau kat Semenanjung nasi / beras kat pekasam tu aku tengok digoreng dulu. Kat sini beras tu ditumbuk sampai jadi tepung. Jadi colornya putih. Aku suruh Nade cuba dulu. Kalau sedap, next time datang baru beli.


Kat Sarawak waterfront mcm ni memang dah biasa. Kat Sri Aman pun ada. Sori tak de pic untuk waterfront Sri Aman. Walaupun tak sebesar Kuching Waterfront tapi sungainya lebih hidup. Aku cakap macam tu sebab boleh dgr ikan melompat.
Satu-satunya bangunan tinggi kat Lubok Antu. Yang pastinya PDRM punya tapi tak pasti balai ataupun tempat kediaman sebab masih dalam proses pembinaan.

Balik dari Pekan Lubok Antu, oleh sebab keja dah habis kita org melencong ke Batang Ai Long House resort. Dr jauh boleh nampak dam yg memang besar amat. Sampai kat atas baru tau kalau nak pegi resort kena naik bot. Jarak dari jeti ke resort ambik masa 15 minit. Kalau mcm tu may be next time baru pg. Lepak kejap kat jeti. Yg aku amaze sgt air kat sungai & di luar dam ni jernih sgt. Air dia kehijauan. Mesti byk ikan.

Balik Kuching baru ler one of my staff bg tau kat atas dam tu ada shop lot dan tempat org mancing. Kalau gitu next trip nanti bawak pancing lah. Hu3x.

Dr Batang Ai singgah kat Sungai Raya. Saja nak tengok sungai nya mcm mana. Mana la tau kalau ada air terjun. Balik hotel nanti ambik baju then pg mandi. Tapi dah namanya sungai, sungai jer lah tak de air terjun. Keciwa. Cancel plan. Air kat sungai tu memang bersih sgt. Bukan merah mcm kat Matang tapi memang bersih mcm air paip tapi tak jadi le. Sungainya mcm dalam jer. Air deras lak tu. Balik hotel, tido.

Note: No pic for Btg Ai ngan Sg Raya. May be next time.

YANI

Trip to Sri Aman part 1

Dari Simunjan straight to Sri Aman. Drive dari Simunjan ke Sri Aman tak sampai 2 jam. Yang paling trillnya off course Bukit Bengunan. From top of the hill dan turun ke bawah boleh rasa telinga berdengung...sama macam bila flight landing / naik nak terbang. Mungkin sbb perubahan ketinggian yg tiba2. Sampai Sri Aman check in dan keja.

Sebelah malam pulak bila time nak maghrib kita boleh dgr bunyi burung balik ke sarang. Memang bising sangat dan satu pemandangan yang aku rasa tak akan jumpa kat mana2. Hotel tempat aku stay ni dikelilingi wayar eletrik. Waktu mlm bila aku bukak pintu, wayar letrik tu dah tak nampak dah. Bukan sebab gelap tapi byk sgt burung bertenggek kat atas tu. Just imagine wayar ada 6 layer dan semua penuh dgn burung yang aku tak tau burung apa. Kalau salah park kereta, memang byk sgt tahi burung menepek kat keta. That was happened to us.

Pic kat bwh ni kalau uol tengok betul - betul, warna putih kat pokok tu bukan bunga tapi burung. Aku memang nak masukkan gambar burung2 ni yg bertenggek kat wayar tu tapi gambar tak berapa nak clear. Tapi pic bwh ni pun amazing. Uol rasa dapat tak gambar mcm ni kat mana2?

Next day, we all pg Lingga. Tak jauh sgt ler...dalam 40km. Kalau jalan OK tak sampai sejam boleh sampai. Tapi jalannya mcm pic kat bwh ni. Memang betul2 mencabar skill driving aku dgn my buddy. Jalannya berdebu sbb tar nya dah rosak. Sampai aku kata kat Nade, balik ni pegi timbang sbb mungkin byk lemak dah kena bakar. Gegaran kat dalam keta ni kalah mesin pembakar lemak Ogawa. Aku rasa mcm nak turun jer dari keta...ambik gamba bg kat boss aku. Mintak tukar keta sbb kalau diikutkan hampir semua jalan kat Sarawak macam ni. Nak ke dia layan?




Awas keretapi melintas. Sapa kata Sarawak tak de keretapi.



Pic ni mengingatkan aku filem koboi kat TV.

Mengenangkan hp coverage tak de dan tolok minyak kat dashboard mcm ding dong jer...aku dan Nade tak jadi ke Lingga. Lagipun jalan makin teruk dan sunyi. So tukar plan sampai Tanjung Bijat jer. Singgah ke a few rumah panjang, then balik rest. Besok jauh lagi perjalanan kita org.

YANI

Trip to Simunjan

On 2nd to 3rd March, aku ada work trip ke Simunjan. For info, Simunjan kalau ikut jalan darat dari Kuching mungkin dalam 150km abaut 2 to 3 hours driving. Why take too long? Sebab jalan dia tak mcm highway di Semenanjung, byk lubang kat sana sini dan banyak selekoh tajam. So yang pernah sampai Sarawak dan pernah masuk area luar bandar...maybe know how the road look like.

View sepanjang jalan memang sgt cantik walaupun jalan tak seberapa. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim padi masak. Uols akan tengok kiri kanan jalan padi jer dan rumah panjang orang Iban. Aku tak sempat nak ambik gambar sebab driving, so just enjoy the view sambil membebel sebab jalannya teruk.

Aku saja take this pic sbb tahunnya sama dgn tahun lahir aku.

Sampai Simunjan kita org terus check in. Bandarnya kecil jer so dont expect hotelnya macam kat town. Mmmm...bukan hotel sebenarnya tapi Inn. Janji ada tempat nak lelap. Kat Sarawak ni every town ada landmark dia. Mcm Kuching, landmark off course kucing, Serian buah durian. Aku carik juga landmark Simunjan ni. Tapi tak de. Dont know why.



Pemandangan kat Pekan Simunjan. Pekannya kecil je. Sekali pusing dah habis.




Walaupun the biggest population daerah Simunjan ni Iban tapi dah kat pekan off course mojiritinya Chinese. Gambar kat atas buktinya.


Sempat pg dalam 8 ke 10 buah rumah panjang dan aku tak sangka selain panjang (min 5 pintu dan tak ade maksimum. Selagi ada ruang/tanah mereka masih boleh tambah other pintu) bila aku masuk jer kat dalam rumah aku tak expect rumah mereka besar dan agak moden. One of the long house tu memang mewah sgt dan pintu every rumah tu bukan pintu kayu biasa ok...pintu kaca yg biasa kita tgk kat umah banglo. Aku pun tak terkata dan veranda (aku tak tau dalam bahasa Iban dia org panggil apa ) tempat mereka duduk berkumpul dah dipasang jubin. Walaupun nampak moden tapi masih ada ciri tradisional. Memang cayalah dgn dia org ni.



Salah satu umah pjg yg aku sempat pg.

Yang aku paling respek ialah mereka ni peramah. Mereka terima org luar dtg tanpa rasa curiga (kalau aku org yg aku tak kenal approach aku, dah lama dah aku lari). My buddy seronok sgt lambai2 pakcik makcik yg duduk kat luar / berjalan kaki kat sepanjang jalan. Nade ni mesti tgh berangan jadi wakil rakyat. Hu3x.

Next trip ke Sri Aman. Yg tu other post lah pulak.

YANI

Cece - Pakaian beragam

Lama sangat tak update blog. Since tukar keja ni, selalu sgt out station. Nak update kekadang out of coverage. Kena tunggu balik Kuching, tapi bila dah sampai Kuching masa tak de. A few week ago (mcm dah lama sesangat), Cece masuk pertandinganPakaian Beragam. Esok nak bertanding hari ni baru di inform. I wish I'm in KL sebab susah betul nak dapatkan baju beragam kat sini. At least kat KL boleh sewa...so tak le byk sgt berhabis.

Ini ler hasil keje 24 jam. Daripada tak de kan. Walaupun tak menang, Cece senyum jer. Bebudak... menang belakang kira. Janji seronok.


Other pic on that day. Event buat kat The Spring Mall, Kuching.

Pose dengan teacher and other freind from Sedidik.

Belakang stage...tunggu turn utk naik stage.

Sempat queue utk dpt kan baloon free sblm balik
Yani