Sarawak Inter-Culture Moon Cake Festival

Semalam balik keja sempat curik masa pg Moon Cake Festival kat Carpenter Street, Kuching. Carpenter Street ni China Town kat Kuching. Festival ni tiap2 tahun dibuat kt Kuching. Sebelum ni aku tak sempat pegi jadi bila dah duduk balik kat Kuching ni aku ambik kesempatan utk pegi. Perayaan Kuih Bulan disambut setiap tahun, 15hb lapan bulan Cina. Oleh sbb dipanggil Inter - Culture so bukan culture Cina jer dipersembahkan tapiculture bangsa lain pun ada.

Masa pg semalam aku perasan berapa kerat jer org Melayu. Mungkin sbb yg buat event ni org Cina dan almost 100% participant pun Chinese. Kebanyakan makanan yg dijual pun was2 nak beli sbb tak pasti halal ke tak. Aku carik gak Kuih Bulan halal sbb tahun lepas dorg kata ada, tapi tak jumpa. Terkilan jugak. Tapi tak pe la.

Cece sempat posing kat tepi jalan depan auntie2 tgh aerobik.

Kat atas ni ler yg buat mak aku berdiri tak bergerak - gerak. Kat Swak, kita panggil "Bergendang". Dulu masa budak2 kalau ada org kahwin ada le jemput org bergendang. Kalau perasan kat depan ni ada kain batik. Kalau betul caranya kain batik ni digantung tinggi lagi. Anak2 gadis akan dudk sekali dgn org bergendang ni. Then kat other side org lelaki akan menari. Kat Swak dpanggil "Ngopeng". Ikutkan ada 2 org pak cik menari kat sebelah ni. Tapi tak larat nak upload gambar. Lambat sgt.

Kalau ada masa datang ler kat Carpenter street ni. Anak2 muda skrg tak suka pg tempat mcm ni. Tapi tak rugi kalau datang. Boleh cuci mata dan halwa telinga.

YANI




Selamat Hari Raya (Pt 2)

Pagi raya yg agak sunyi sepi sbb hujan. Keje ku awal pagi sblm mandi, off course kena kemas meja, potong kek dan isi biskut dalam balang. Hu3x. Semalam aku citer tentang kek raya favourite aku. Selamat menjamu mata.

Dari kiri Kek Hati Pari (my mum favorite, resepi dah ditukar drpd resepi asal, Kek Lapis Cheese, Kek Lapis Kopi, Kek Lapis Masam Manis dan Kek Tembikai (bukan buat sendiri, kek tunjuk jer...)


Dari kiri ikut arah jam: Biskut Cornflakes Coklat, Almond London, Tart Nanas, Biskut Ghee dan Popia bakar (Home made. Yg paling laku hari ni biskut cornflake coklat dan almond london)

Antara semua biskut ni, Biskut cornflakes coklat la yg paling mudah dibuat. Tak perlu uli atau bakar, cuma cairkan coklat dan masukkan cornflakes, lepas tu letak dlm paper cup. Dah siap. Aku sharekan kat semua. Mana tau nanti nak buat open house dan nak tambah biskut.

Biskut Cornflakes Chocolate
Satu kotak Cornflakes (250 gm)
500 gm coklat Masakan
1 bar coklat cadburry (coklat lain pun tak pe)
Paper cup secukupnya

Cairkan coklat masakan dan coklat cadburry. (Double boil). Bila coklat dah cair masukkan cornflakes. Apabila coklat dan cornflakes dah bersatu, masukkan dlm paper cup dan tunggu sehingga coklat sejuk. Boleh dihidangkan. Tak sampai satu jam dah siap. Paling mudah dan paling disukai oleh kanak2. Boleh cuba...

Hmmm...penuh satu meja!


Aksi Cece di pagi raya. Tolong mummy yer!

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

YANI

Selamat Hari Raya (Pt 1)

Kurang dari 12 jam lagi Hari Raya. Preparation aku tak risau sgt coz mak aku dah siapkan semua. Lagipun hari ni masih keje lagi. Baru balikdari ofos le ni. Sampai rumah aku tanya bawang dah blend belum? Huh sudah...tak yah nak sibuk.

Aku goyang kaki jer le...

Hidangan wajib hari raya...Rendang ayam, kelupis, kari ayam.

Kek lapis sarawak? Ada. Bukan buat sendiri. Beli. Aku ni cerewet sikit bab beli kek lapis ni. Kek lapis famous yg org semenanjung selalu beli tu, sori tak lepas QA. Aku order dari kawan mak cik aku. Confirm sedap. Mhl sikit pun tak pe drpd membazir, cukup seminggu masuk tong sampah.
Adik aku buat satu dan Kek Hati Pari, resepi mak aku yg tak kan sama dgn kek hati pari beli atau org lain buat. Secret Recepi mak ku.

Biskut wajib aku, Almond London dan Cornflakes Chocolate mesti ada. Tahun ni cuba buat tart nanas. Alhamdulilah...menjadi. Adik aku biskut wajib rayanya, biskut Ghee yg ala2 biakut suji. Bezanya tak pakai tepung suji. Pakai Ghee, tepung ngan gula jer.

Kalau rajin besok aku update gambar...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

YANI

Hmmm...midnight shift yg sunyi sepi...

Tiga mlm dah berlalu. Penat sbb tak cukup tido...keje start 12 tgh mlm sampai 8 pg. Betul ler, tido mlm ngan siang kepuasannya tak sama. Tido mlm setakat 4 - 5 jam pun dah ok. Kalau tido siang 4 - 5 jam yg dapatnya sakit kepala. Hu3X. Shift yg sunyi sepi kalau compare ngan PM shift.

Dah dekat 2 minggu aku tak menulis. Tak larat. Dgn puasa dan busy dgn raya preparation. Hujung minggu pun bukan duduk rumah sgt pun. Org keja mlm tido sampai ptg, aku tgh hari dah bgn...sempat shopping lagi. Lebih2 lagi Yanti ada kat umah. Lagi ler aku senang sbb Cece sibuk ngan Usu nye jer. Aku dia buat tak nampak.

Mlm ni sempat layan Beautifulnara. Betapa outdated nya aku ngan gosip. Dulu aku yg paling awal dpt info. Isu semasa pun aku tak tau. Kat rumah bukan dpt tgk tv pun. Berebut remote dgn Cece. Budak tu pun cerdik bukan main gi, boleh disoroknya remote...

Hari ni dah 2 Sept...tak lewat kot nak ucap Selamat Hari Merdeka. Aku mlm merdeka keje. Huk3x. Isu semasa yg menyentap semangat patriotik aku off course isu Gayang Malaysia oleh org Indon yg tak sedar diuntung. Terus-terang aku kata, aku amat anti dgn org Indon ni dan buat pengetahuan semua aku tak minat lagu ngan citer Indon sbb aku memang dari dulu dah anti dgn dia org ni.


Ingat masa aku baru habis exam SPM, dah lebih sepuluh tahun yg lalu. Aku keje kilang dan sempat kenal hati perut Indon2 ni. Ckp bukan main melangit lagi. Mengaku betapa kaya nya mrk kat tempat mereka. Semua senang...hmmm kalau korang kaya dan senang sgt tak ler sanggup jadi kuli gaji tak sampai 10 ringgit sehari, mencuri dan ambik kesempatan atas kebaikan org tempat ko duk mencari rezeki. Kalau korang kaya sgt tak ler korang sanggup ambik risiko menggadai nyawa nak ke tanah yg ko kata jahanam ni.

Dan yg aku tak fhm dgn rakyat Malaysia ni, makin org Indon ni buat sial makin baik korang dgn mereka. Sbb tu ler mrk tak takut dgn kita. Mrk pijak kepala pun kita masih kata tak apa. Serumpun, tak elok gaduh2. Mereka baling taik kat bendera kita pun kata tak apa. Boleh berbincang. Yg aku tak boleeh blah, bila bukak TV masih ada lagi Sinotron Indon yg citer tah pa pe, on radio ada lagi DJ2 yg aku tak tau ler cerdik ke tak...masih gak main kan lagu mereka. Hello, org dah buat mcm tu pun korang masih lagi ke...org Malaysia ni bg aku bukan baik sebenarnya. Mungkin BEBAL, BODOH, DUNGU...apa2 jer yg aku boleh gelar.

Sepatutnya kalau betul kita syg negara kita, jgn ler biarkan org pijak kepala kita sesuka hati. Sepatutnya kita boikot terus produk Indon ni, sekat kemasukan mereka dan hantar jer manusia2 ni balik. Baru tahu langit ni tinggi ke rendah. Jgn lagi berbelanja di Bandung, melancong ke Bali. Ni tak, org kita dlm keadaan mcm ni le sibuk2 nak pg melancong ke Indon. Aku sendiri tak paham.

Satu lagi, si Namewee ni. Rakyat Malaysia yg sepatutnya ditarik kerakyatannya. Halau jer keluar kerana org mcm ni ler yg akan memporak - perandakan masyarakat. Malaysia ni ibarat IBUBAPA kita. Cuba bygkan yg kita ni satu keluarga yg tinggal dalam satu rumah. Seekor kambing hitam ni cuba memporak-perandakan rumah tempat tinggal kita, menyepak terajang ibubapa kita. Kita akan diam je ke? Pasti kita dah sembelih kambing ni buat kenduri tak pun halau jer dr rumah. Sepatutnya itu yg kita patut buat pada si Namewee ni. Jgn bg balik dah.

Tepuk dada tanya minda!

YANI