Semalam aku pegi ler tengok magika sbb masa tgk triller kat you tube bukan main lagi pujian utk filem ni dan memang dah janji nak bawak Cece pegi tgk wayang. Sepanjang minggu ni asyik tagih janji bile nak pg wayang. Ingatkan nak tgk filem The Legend of the Guardian. Tapi dah bawak mak sekali, kena la tgk filem Melayu.
Dlm dunia Magika ni ada pelbagai watak dari cerita dongeng.
Nenek Kebayan (Ziana Zain) bagi aku Nenek Kebayan paling seksi setakat ni. Hu3x
Puteri Bunian (Maya Karin)Nak
Hang Tuah lima saudara (Apek dan Sinerio). Apek memang kelakar. Masa Senario keluar dgn tiga ekor gajah siap dgn baju uniform polis satu panggung gelak. Yang tak leh nak tahan bila mereka berlima ni bercakap dlm bahasa utara. Sgt le kelakar. Mck tak puas jer...aku rasa baik letak Apek (Tuah) dgn Diana Danielle drpd Badang (Mawi) mesti havoc movie tu.
Mawi (Badang). Sori aku bukan peminat Mawi. Tapi rasanya Mawi boleh berlakon.
Norman Hakim (Awang) Dari Lagenda Lembing Awang Pulang ke Dayang. Watak paling geli aku tengok. Yuks!
Nabil (Orang Minyak). Kalau sblm ni aku tak baca dulu senarai pelakon memang aku tak tau tu Nabil. Gelap gile. Namapak gigi jer.
Aznil Nawawi dan Raja Azura (Pak Pandir dan Mak Andeh).
Ning Baizura (Puteri Gunung Ledang)
Adibah Nor (Ibu tiri)
Sh Armani dan Kakaknya. DJ Hots tu (Bwg Putih dan Bwg Merah). Entahlah. Watak yg paling aku tak suka. Menyakitkan hati jer dgn gelak tah pape.
M Nasir (Naga Tasik Chini) Walaupun watak nya dgn dua dialog jer sampai skrg aku ingat.
"Nak kemana kamu bertiga, jgn sampai bgnkan Naga)" Lama tak tengok M Nasir berlakon. Tak puas rasanya.
Magika betul2 Magik ke? Sebenarnya aku harapkan more action, ye le. Magika. Mesti byk guna magic. Tapi tak berapa sgt. Aku pun tak pasti klimaks nya mana. Masa Badang berlawan dgn nenek kebayan tu ke atau masa mereka dah sampai kat batu belah batu bertangkup. Jalan cerita mendatar jer. Tapi kredit ler utk KRU atas afford dia org. Ni sekadar komen aku sbg penonton jer.
Sblm movie start ada tunjuk thriller Hikayat Merong Mahawangsa. Mcm best jer. Nak tgk juga ler nanti. Ingat dulu masa sekolah menengah org baca buku cerita aku dok pulun nak perabis baca buku ni. Ye la, buku klassik. Point nye satu jer tapi sampai sepuluh muka surat.
So, sapa nak tengok Magika, dtg ler tengok. Tak rugi duit. Gambar lawa. Tapi aku sakit hati sbb masa tgk tu filem mcm tersekat2 jer, ada gangguan bunyi lak tu. Menyakitkan hati. Salah pihak panggung ke atau salah system bunyi...
YANI
No comments:
Post a Comment