Gambar Majlis Perkahwinan William-Kate

Ramai dah tahu hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan diraja William-Kate. A few pic utk jamuan mata.














Twilight: Breaking Down part 1

For sure mesti ramai yg rasa muak tahap gaban sebab aku asyik update new poster Twilight: Breaking Down dlm blog aku ni. That's why aku letak "My blog, My way...". Suka hati aku nak letak apa2 pun. Kui3x.

For those tak tau pasal Twilight ni aku tak tau le nak kata apa... Tapi Robert Pattinson tau kan. Tu ler hero film ni. Tapi aku pg wyg tengok film ni bukan pasal mamat tu tapi sbb bukunya. Masa Twilight mula2 keluar wayang 3 years ago aku memang tak kenal sapa Robert Pattinson tu. Kristen Stewart kenal ler sbb pernah tgk dia belakon dalam movie Panic Room.

I felt in love with the book first then baru tgk Movie. Even adik aku yg macho tu masa aku mula2 ajak tgk wayang ni merungut. Apahal tengok love story ni. Tak de citer lain ke??? Aku kata tengok dulu baru boleh komen. Last2 dia pulak yg tahap melampau sbb second movie New Moon dia boleh tengok sampai 3 kali. Apa cer?


Beside love story, cerita ni ada thrill and family relationship especially between father and daughter. Tapi untok mak2 boleh bawak daddy...anak2 tinggal kat umah coz film ni quit daring and byk action yg anak2 tak boleh tengok. Kang daripada nak tengok movie last2 tgh syok tgk cite kena interview anak pulak. Hu3x...sapa nak jawab.



For Twilighter, keep this date. Kat Malaysia movie ni start on 18 Nov 2011 and Part 2 on 16 Nov 2012.


P/s : Going to by the last book Breaking Down as collection coz sblm ni baca online jer sbb ada blogger yg baik hati upload buku ni dlm blog dia.

Twilight: Breaking Down

Just to make me myself more excited...Hu3x.

PRU Sarawak

Hari ni PRU Sarawak. Actually malas nak tulis tentang ni coz mesti byk nyer blogger yg tulis. So aku update ni as my future referrer.

Pagi tadi buang undi dgn mak. Aku ada hati gak nak bawa ayah aku pg sekali tapi mak aku kata tak yah. Menyusahkan dia jer (Ayah aku). For info, last year ayah aku undergo for operation coz' ada lubang kat usus perut. Oleh sebab dia dah tua sgt (84 yrs) may be operation tu boleh jadi high risk. But alhamdulillah he survived. Tapi dlm keadaan koma dia kena strok dan half bdn dia tak berapa nak kuat. Skrg ni bergerak dgn kerusi roda jer.

Back tu PRU, balik dr buang undi pg outing dgn adik2 aku. So dgr ler berita kat radio yg byk rumor said that BN kalah. Malas nak caya sbb bagi aku org Swak ni masih lagi tak sedaring rakyat Selangor and Penang yg berani ambik risiko undi pembangkang. I just hope that pembangkang can win a few more seat. Bukan sebab aku sokong pembangkang but at least dlm DUN should have more pembangkang spy mereka boleh argue decision made by pemerintah. So, tak de le d'org buat keputusan ikut suka mrk jer kan. That's what Yani see.

Buah Dabai

Dabai not Dubai. Dabai hanya boleh dpt kan Borneo (not sure Sabah ada tak) and Dubai kat Arab Saudi...kui3x. Aku citer pasal benda ni coz buah ni amat popular kat Sarawak and sepanjang tahun ada kat Sibu Market jer. Tempat lain tada. Masa pg Sibu hari tu menyesal lak tak beli byk, so suruh ler adik belikan. Aku jejak kaki kat umah tgk buah dabai yg dah siap direndam atas meja...nyum3x. Adik aku membebel. Buah ni harga RM40 sekilo? Paling murah pun RM 28.

Biar betik. Hari tu RM2o jer. Oooo...mentang2 ler pilihanraya. Hg buah ni pun boleh naik. Ini ler penangan buah ni. Even Chinese pun suka. Rasa? Lemak2 sebab dia sejenis kacang tapi tak garing ler. Lepas rendam dgn air panas cicah dgn kicap. Mak mentua lalu kat belakang pun aku tak nampak. Satu kilo tu sekali aku duduk jer...habis.

So kalau pg Swak, di Sibu boleh le membeli fresh dabai (ada sepanjang tahun kat sini.). Ada yg gelar buah ni "Borneo Olive". Sila beli Dabai Song because dabai dari tempat ni yg terbaik. Paling sedap. Kalau boleh...hari ni nak balik pg tu baru beli supaya rasanya tak hilang.

Kat Kuching kalau bukan musim memang tak de. Tapi boleh try nasi goreng dabai kat mana2 kedai makan kat Kuching. Rasanya memang sedap.

No wonder RM 40 pun org sanggup beli. Kalah hg durian...

Maharaja Lawak minggu 2

Malam tadi tgk Maharaja Lawak kat Astro. Tak tau le pendapat org lain macam mane tapi yg pastinya byk lawak yg tak berapa nak menjadi malam ni. Balas yg gempak gile last week mcm tak de idea jer. Nabil lak sambung lawak minggu lepas yg tak habis lagi. Jozan lak buat mcm ala2 anak bapak...Tak de idea lagi ke? Yg best minggu ni, Jambu. Yg lain nye tu aku mcm kesian jer. Org yg tengok tu antara nak gelak ngan tak nak jer. Audience gelak sebab kelakar atau pun kesian tgk lawak d'orang tak berapa nak menjadi.


Aku bukan org yg arif tentang ni. But that's what Yanie see.

Cece oh Cece!!

Gambar candid yg aku sempat ambik.


Aktiviti hujung minggu yg aku sempat ambik. Gambar ni dilukis kat atas kotak puzzle. Kelakar betul. Lukisan wajah aku dgn dia...

Bukan main lagi dgn laptop tu. Tengok ler bekalan kat sebelah kiri nih. Hu3X. Kalau laptop tu kat tgn dia jangan harap ler ada change nak guna. Dah dia boring baru pass kat org lain. Buat rete ye Chah.

Perang poster dah bermula

Semua tau yg DUN Swak dah dibubarkan dan semalam adalah hari penamaan calon. So, boleh nampak le byk poster biru ngan roket bergantungan di roundabout (Round about kat Swak tak mcm kat Semenanjung. Besar amat. Aku hanya perasan bila bapa kawan aku dari Johor tegur pasal ni. Baru aku perasan.) ngan tepi2 jalan. Korang leh imegine kan mcm mane. Kawasan yg aku lalu hari2 pg keja DAP yg punya. Dari Pending, Padungan and Kuching Town (Kwsn panas...sebab ni area Cina and DAP mmg kuat kat sini). So byk ler roket bergantungan. Kalah poster ngan bendera BN. Bila sampai Satok area jer baru kurang sikit.

Aku sokong sapa? Hmmm...tah ler. BN tak PKR pun tak. As org muda aku dok perhati gak wakil kwsn kite org (Demak...N berapa aku tak tau). Tak pernah tunjuk muka pun lepas election. Masa election jer baru nampak mata hidung. Memang ler byk yg dah berubah ngan kpg aku. Most of it major think but yg minor tapi quit penting d'rang tak nampak. Macm lampu jalan.

Kalau korang masuk kampung Tabuan waktu mlm...gelap-gelita mcm kampung hantu. Sistem parit tah pa pe and election hari tu janji akan ada lori masuk kutip sampah. Ada tu memang ada tapi tak semua tempat lori tu masuk. Tak ke keje stgh jln. Aku sokong DAP / PKR? Well undi tu rahsia. Betul ke? Sbb for those yg dah pernah mengundi tentu perasan masa bg IC d'org catat no siri kertas undi kita. Rahsia lagi ke sbb bila dah ada no siri kan boleh check. Hayani Way, IC no bla bla bla and serial no this this this...oh dia undi org ni. Logik tak apa yg aku cakap. Itu ler yg aku fifkir masa first time mengundi. Aku pernah cakap pasal benda ni dgn some one and he said that this year no more serial no. So we just wait in see.

Aku bukan nak propa but that what Yani see. Mcm kata bang Bil, you fikir le sendiri!

Trip to Sibu part 2

Tak byk yg aku boleh citer trip ke Sibu. Apa yg best kat Sibu? Mee Kolok dgn Mi Sapi nya memang best gile...terbaik dari ladang. 2 kedai aku tried both sedap. Yg aku tak leh nak blah...ramai kata makanan kat Kampung Dato' sedap (Kampung Dato' ni ala2 Kampung Baru kat KL). So, pegi jugak ler...jgn tak cuba. Tak rugi pa pe pun. Aku tak tau nama kedai tapi yg pastinya tukang masak kat situ pondan. Ingat nak cuba ayam penyek...bila tengok nasi yg dihantar kat customer lain nasinya warna hijau. Hilang selera aku. So aku order jer Nasi ayam goreng. Nasi warna kuning dgn ayam lama yg memang keras tak leh nak makan. Bukan over cook tapi mcm dah byk kali dimasak. Tak lalu aku. Ditambah dgn service yg memang teruk sampai kawan aku membebel. Lepas ni tak yah pg Kampung Dato'. Black list.

Next day dinner kat Seri Menanti restoren. Ada kata makanan kat sini mahal. So order a few menu...berbaloi dgn harga. Bagi aku tak mahal.... Kalau bab makan bg aku mahal tu no. 2 janji sedap. Murah pun kalau makan nak termuntah wat pe. Seri Menanti sedap. Leh cuba. Tempat? Kalau tak salah aku tak jauh dari stesen bas ekspress. Cite yg paling menarik masa on da way balik Kuching, masa tu hujan memang lebat. Nasib baik bukan aku yg drive. Huk3x. Pelik sbb ada driver dr Kuching bg signal lampu tinggi. Biasanya kalau ada isyarat lampu ni ada speed trap, Tak kan ler polis keje jugak hujan2 ni kan. Rupa2 nya ada lori terbabas. Aku terus sound nade spy bawak slow sbb jalan licin. Minah ni bwk keta mcm jantan.

Lori terbalik. Aku gurau kat Nade, tak nak ambik no. ke? Hu3X...Tapi bila dah dekat no. flat lori dah ditutup. Cepat betul d'rang ni.

Aku pernah citer tentang bukit Bengunan. Aku sempat anbik gambar ni. Ni masa keta turun dari bukit. Tak sempat ambik dati puncak bukit. Ni dah tgh2 bukit dah ni. Tinggi kan!

Lepas Bukit Bengunan kita org berhenti kat Sg Tenggang. Berhenti jap jer. Lepas tu blah. Tak sampai lima minit, Nade yg tgh driving menjerit kat aku sbb ada keta berpusing kat tgh jalan. Sebenarnya aku nampak gak ada keta masuk kat laluan bertentangan tapi aku tak tengok lak keta tu berpusing. Nasib dia baik sebab waktu tu hujan, jadi keta tak berapa laju dan org kat dlm keta tu bernasib baik sgt sebab dekat depan keta aku dgn Nade ada a few car dan depan sekali trak keta tu tak rempuh keta tu. Kalau tak, tak tau mcm ne.

Nade slow keta dan tanya aku nak tolong ke tak. Aku tak sempat jwb dia dah turun. Mungkin kesian tgk driver tu mcm blur jer. So, kita jadi resquer ler hari tu. Berhujan2 lak tu. Ingatkan keta yg slow nak tolong. Memang tolong pun, tolong tengok jer. Nasib baik ada keta hilux berhenti. Driver tu bukan local, dia kata dia dr Thailand. Dia ler yg tolong tarik keta tu. Keta Viva ni kalau tanah tak becak mesti dah masuk longkang. Bagus jugak hari tu hujan. Habis resquing, Nade bg tahu aku...dia tolong bukan setakat kesian tapi just imagine kalau kita on his shoes. Hope kalau jadi mcm tu kat kita, ada org akan berhenti tlg.

FYI, jalan Serian - Sri Aman ni memang byk bukit...mcm ular. Dahlah jarang org lalu lalang.

Note: Ini bukan kali pertama aku tgk benda mcm ni berlaku kat keta Viva (Lost control masa jalan licin then berpusing2). Ringan sgt ke keta tu coz' so ez to lost cotrol.

Trip to Sibu part 1

Malasnya jejari ni nak menaip, so aku download jer pic yg aku sempat ambik kat tgh bandar Sibu. So enjoy...rajin nanti kite cite.

Landmark kat Sibu Town. Binatang kat sekeliling burung angsa tu dalah binatang2 mengikut turutan dlm Kalender Cina. Aku saja ambik dekat patung kambing ni sebab aku lahir tahun kambing.

Pic kat tgh2 bandar Sibu. Trafficnya bz sebab ikut suka mrk jer parking kat tepi jalan. Biasa kita tengok one line jer kalau park kat jln. Kat sini kalau hujung minggu boleh jadi 3 line. Cuba ler anda imagine. Tak ke havoc traffic.

Pintu gerbang Sibu dekat dataran Sibu.

YANI

Trip to Sarikei

Aku asyik kata nak update trip ke Sarikei, baru sekarang ada masa nak update.

OK, drive from Kuching to Sarikei ambik masa dalam 5 - 6 jam. Sebenarnya jaraknya tak ler jauh sgt. May be dalam 400 KM. Kalau kat semenanjung mungkin ambik masa tak sampai 4 jam. Sampai Sarikei dah malam (berangkat dari Kuching dalam pukul 1.00 ptg). Tak larat nak jalan2 sebab dah penat sgt. Aku hanya nampak bantal jer. So, lepas makan aku terus tido. Lagipun esok ada event, nak kena bgn awal.

Pemandangan waktu mlm masa sampai kat Sarikei.

Part yg paling aku sakit...lepas habis event, aku tak tau ler mungkin penat sgt aku boleh tertinggal HP aku kat lodge hotel. Yg aku tak percaya sesangat mcm mane ler bebudak kat kaunter tu boleh kata tak perasan HP tu sedangkan tempat aku duduk tu betul2 facing kaunter tu. Alasannya petang tu ada ramai orang. Hmmm...ramai sgt ler guest, mcm le hotel tu besar sgt. Aku sedekah jer ler p tu...anggap jer ler sign nak beli HP baru.

Ni ler event yg aku kena pegi, buat masa result SPM keluar hari tu. Semua pelajar kat bhgn Sarikei akan dtg kat sini untuk ambik result.

Habis event ni nak kena pg Sibu lak. Straight away tu Sibu. Penat gile. Trip to Sibu...nex post ler pulak.

Note: Apa yg aku suka Sibu...tempat makan nya memang best and shopping mall nye quit big. Brgnya pun murah kalau nak compare Kuching. Tak tau napa.

Jozan...show must go on

Aku jumpa tweet dari Zizan ni secara kebetulan jer. Jodoh kot...huk3x. To both of you (Johan and Zizan) keep up with a good work. Semua penonton kat luar sana give a very high expectation to both of you sampai ada kata title Maharaja Lawak is yours.

No more main2. Chow!!




Maharaja Lawak?

Malam tadi sbb tak gi mana2 aku duduk ler depan TV tengok Maharaja Lawak. Oleh sebab nama yg bertanding ni semua not bad so my first expectation of course mlm ni aku nak ketawa sampai pecah perut. High sgt ke expectation aku ni?

Masa intro, yes...Jozan, Nabil and Alex dah buat semua org ketawa. Dalam hati aku kata...Jozan dan Nabil ni mesti favorite. First group Jambu...OK. Lawak dia org matang. Paling aku kesian Amir. Confirm bottom three. (Betul tekaan aku. Kuang3x...Raja Lawak 3 dulu aku memang tak puas hati napelah mamat ni boleh top three.)

Aku paling tak puas hati dgn persembahan Jozan. Mcm tak prepare. Itu jer ke kau dua org boleh buat? Betul kata Mamat Khalid, setakat tu jer lawak dia dua org ni. Kalau diikutkan pengelaman...dia org ni mesti dah byk pengelaman dengan Jozan Show, Raja Lawak lagi dan Zizan pun ada Show sendiri. They can do better then this. Lawak Balas (Raja Lawak 5 yg baru habis) far far away better the them. Hmmm...dalam hati aku, Nabil macam ni gak ke?

So aku tunggu sampai habis, abg Bil (Nabil) keluar dgn comelnya dan dia memang tak mengecewakan. Memang kelakar.

Pilihan aku semalam.
1. Balas
2. Nabil
3. R2

Juri? Apek mcm tak reti nak bagi komen. 2 juri (Mamat Khalid ngan Ahmad Idham) tu memang semua tahu kredibilitinya. So, aku tak faham kenapa tiba2 ada Apek? Bukan aku nak mengecilkan Apek...tapi mcm tak sesuai jer dia jadi juri. Kalau dah Ahmad Idham dan Mamat Khalid yg kedua2 nya pengarah nape tak de Afdlin Shauki. (Mmmm...lupa Afdlin bz ngan Mentor)... David Teo should be OK compare to Apek. Tu pendapat aku jer le.

Overall, Raja Lawak best. mcm nak kena langgan Astro Warne jer...Abg, boleh tak? Hu3X.

Note: Aku saja letak tanda soalan kat tajuk atas tu. Layak ke program ni dipanggil Maharaja Lawak? So far aku rasa ada 2 - 3 contestant jer yg layak utk gelaran tu.

YANI