Maharaja Lawak?

Malam tadi sbb tak gi mana2 aku duduk ler depan TV tengok Maharaja Lawak. Oleh sebab nama yg bertanding ni semua not bad so my first expectation of course mlm ni aku nak ketawa sampai pecah perut. High sgt ke expectation aku ni?

Masa intro, yes...Jozan, Nabil and Alex dah buat semua org ketawa. Dalam hati aku kata...Jozan dan Nabil ni mesti favorite. First group Jambu...OK. Lawak dia org matang. Paling aku kesian Amir. Confirm bottom three. (Betul tekaan aku. Kuang3x...Raja Lawak 3 dulu aku memang tak puas hati napelah mamat ni boleh top three.)

Aku paling tak puas hati dgn persembahan Jozan. Mcm tak prepare. Itu jer ke kau dua org boleh buat? Betul kata Mamat Khalid, setakat tu jer lawak dia dua org ni. Kalau diikutkan pengelaman...dia org ni mesti dah byk pengelaman dengan Jozan Show, Raja Lawak lagi dan Zizan pun ada Show sendiri. They can do better then this. Lawak Balas (Raja Lawak 5 yg baru habis) far far away better the them. Hmmm...dalam hati aku, Nabil macam ni gak ke?

So aku tunggu sampai habis, abg Bil (Nabil) keluar dgn comelnya dan dia memang tak mengecewakan. Memang kelakar.

Pilihan aku semalam.
1. Balas
2. Nabil
3. R2

Juri? Apek mcm tak reti nak bagi komen. 2 juri (Mamat Khalid ngan Ahmad Idham) tu memang semua tahu kredibilitinya. So, aku tak faham kenapa tiba2 ada Apek? Bukan aku nak mengecilkan Apek...tapi mcm tak sesuai jer dia jadi juri. Kalau dah Ahmad Idham dan Mamat Khalid yg kedua2 nya pengarah nape tak de Afdlin Shauki. (Mmmm...lupa Afdlin bz ngan Mentor)... David Teo should be OK compare to Apek. Tu pendapat aku jer le.

Overall, Raja Lawak best. mcm nak kena langgan Astro Warne jer...Abg, boleh tak? Hu3X.

Note: Aku saja letak tanda soalan kat tajuk atas tu. Layak ke program ni dipanggil Maharaja Lawak? So far aku rasa ada 2 - 3 contestant jer yg layak utk gelaran tu.

YANI

No comments: