Ohhh...Tidak!

Saja jer bikin gempak kat blog. Dalam keadaan tangan yang tak 100% boleh bekerja dan kegatalan yang melampau ni, aku gagah jugak menaip sambil melayan mata yang tak boleh nak tidur.

Beberapa hari ni kerja aku makan ubat demam tapi demamnya tak kebah-kebah. Panas yang melampau-lampau. Pg klinik doktor kata mungkin tonsel penyebab demam teruk tu. Dia bagi 1 gm panadol and 1 gm antibiotik. Hmmm...dgn keadaan sekarang ni aku paksa jugak makan. Sakitnya tekak nak menelan tu Tuhan jer yang tahu. Entah mcm mana pagi semalam timbul pulak bintik-bintik merah kat tapak tangan, gatal lak tu. Demam dah kebah, aku gagah kan jugak pergi kerja. Balik petang semalam, bukan setakat tekak yang sakit, tapak tangan makin gatal dan bintik-bintil merah pun timbul gak kat tapak kaki.

Dalam kepala aku asyik kata...tak kan kot. Tanya orang rumah...jawapannya mungkin. Ade ke??? Untuk confirm aku tak dapat tunggu esok, direct pegi klinik time tu gak dengan baju kurungnya. Well, betul gak tekaan aku. Penyakit apa? HFM atau nama panjangnya Penyakit Kaki Tangan & Mulut.

Ya Allah, simptom dalam beberapa hari ni aku rasa siksanya hanya Tuhan jer yang tahu. Aku tak boleh bayangkan macam manalah budak2 kecik yang dapat penyakit ni nak menanggung kesakitan tu!

1. Demam panas yang kita sendiri boleh rasa haba tu keluar dari mulut. Bila mandi / terkena air menggigil. Kalau yang penah kena demam denggi, mcm tu lah rasanya. Mcm ne aku tahu? Sebelum ni pun aku penah kena demam denggi. Side effect gila sebab org kata kalau kena kali kedua bahaya.
2. Gatal tangan dan kaki ni sampai aku tak leh nak tidur.
3. Nak makan tak leh sebab mulut sakit dan ada tonsel. Nak menelan makan tu sakit sangat. Dahlah aku ni kuat makan. Rasa mcm hilang satu nikmat hidup.

May be artikel ni bagus untuk you all. Sama-sama beringat.

Note: Risaunya kalau budak kecik kat rumah ni terkena. Mintak-mintak le tak ada apa2. Doakanlah aku cepat sembuh. Sabtu ni ada banyak kerja nak kena buat.

Raya Merdeka Note.

Selamat Hari Raya aidilfitri pada semua. Kalau ada salah dan silap secara sengaja atau tak haraplah dimaafkan.

Sepanjang bulan Ramadhan hari tu byk sangat perkara nak dititip disini tapi yelah masa tak begitu mengizinkan. Terlalu banyak perkara perlu disettlekan dengan keadaan sekarang yang tak berapa nak sihat...dah login masuk dah. Then logout balik. Tiba-tiba mood menulis tu hilang.

First day raya pun masih sama. Login then logout balik. Buntu nak menulis. Nak upload gambar pun...menunggu a few second pun aku boleh marah. Daripada aku membebel tak tentu pasal sebab marahkan laptop dgn broadband tu lebih baiklah aku stop sebelum keluar perkataan yang tah pa pe. Nantilah ada masa akan diupload gambar-gambar raya dengan gambar-gambar kek lapis (kebanggaan Sarawak) buat tatapan uoall. Tapi sorry lah...semua kek nya tunjuk tak ada yang buat sendiri.

Raya tahun ni byak duit habis kat kek. Jadi memang di recommend buat semua. Sapa-sapa yang datang Sarawak, nak beli kek lapis Sarawak...D' Wannie Kek lapis is the best. Sedap. Berbaloi dengan harga walaupun harga dua kali ganda dari Kek lapis Dayang Salhah. Dari pengalaman beberapa tahun lepas (since kerja aku tak pernah lagi buat kek raya), beli yang murah lepas 7 hari masuk tong sampah. Raya tahun ni, alhamdulillah. habis. Hari ni kena beli lagi. Hu3x.

Malam raya pertama, dalam malas tu aku walk blogging gak. Kebanyakan blogger citer pasal Hajah Sitt Al-Wazura. Sebelum ni aku pernah citer pasal minah ni. Kita dah merdeka 54 tahun tapi masih ada lagi hati manusia yang tak merdeka. Penuh dengan perasaan jahat, dendam dan sakit hati. Kalau ramai manusia macam ni...rosak akhlak kita. Ye...lah, kita ikut mencarut sekali sebab marah sangat kat dia. Bagi aku as muslim, secara tak sengaja kita dah mempopularkan minah ni dan itulah yang dia nak sesangat2. Orang ni sebenarnya bukan apa, mereka cuma nak kan perhatian dan itulah yang dia dapat. Misi dia dah tercapai. Kalau tak suka tak payah citer pasal dia byk2...kita report terus kat SKMM. Habis citer.
Banyak perkara berlaku sampai tak tertulis. Ramai yg bertanya tentang perkara yang mungkin bagi sesetengah pihak rasa benda tu tak peribadi sangat why not citer dan kongsi kat sini. Well, aku ada pendirian sendiri dan takkan lah semua perkara kita nak cerita. Bagi yang menanya tu aku tak bagi apa2 dan tak publish pun comment korang aku minta maaf sesangat. Bukan tak nak aku nak tapi kalau orang tu kata tak payah tak kan aku tak dengar. May be next time.
Again, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan kalau ada yang ditulis tu tak berkenan dihati anda. Siapalah manusia bernama Yani ni. Walau pun dah lebih suku abad namun masih ada kurangnya.