Beberapa hari ni kerja aku makan ubat demam tapi demamnya tak kebah-kebah. Panas yang melampau-lampau. Pg klinik doktor kata mungkin tonsel penyebab demam teruk tu. Dia bagi 1 gm panadol and 1 gm antibiotik. Hmmm...dgn keadaan sekarang ni aku paksa jugak makan. Sakitnya tekak nak menelan tu Tuhan jer yang tahu. Entah mcm mana pagi semalam timbul pulak bintik-bintik merah kat tapak tangan, gatal lak tu. Demam dah kebah, aku gagah kan jugak pergi kerja. Balik petang semalam, bukan setakat tekak yang sakit, tapak tangan makin gatal dan bintik-bintil merah pun timbul gak kat tapak kaki.
Dalam kepala aku asyik kata...tak kan kot. Tanya orang rumah...jawapannya mungkin. Ade ke??? Untuk confirm aku tak dapat tunggu esok, direct pegi klinik time tu gak dengan baju kurungnya. Well, betul gak tekaan aku. Penyakit apa? HFM atau nama panjangnya Penyakit Kaki Tangan & Mulut.
Ya Allah, simptom dalam beberapa hari ni aku rasa siksanya hanya Tuhan jer yang tahu. Aku tak boleh bayangkan macam manalah budak2 kecik yang dapat penyakit ni nak menanggung kesakitan tu!
1. Demam panas yang kita sendiri boleh rasa haba tu keluar dari mulut. Bila mandi / terkena air menggigil. Kalau yang penah kena demam denggi, mcm tu lah rasanya. Mcm ne aku tahu? Sebelum ni pun aku penah kena demam denggi. Side effect gila sebab org kata kalau kena kali kedua bahaya.
2. Gatal tangan dan kaki ni sampai aku tak leh nak tidur.
3. Nak makan tak leh sebab mulut sakit dan ada tonsel. Nak menelan makan tu sakit sangat. Dahlah aku ni kuat makan. Rasa mcm hilang satu nikmat hidup.
May be artikel ni bagus untuk you all. Sama-sama beringat.
Note: Risaunya kalau budak kecik kat rumah ni terkena. Mintak-mintak le tak ada apa2. Doakanlah aku cepat sembuh. Sabtu ni ada banyak kerja nak kena buat.
No comments:
Post a Comment