Seluar hitam, T-shirt merah dan sport shoes

Selama ni as parent kita sering berpesan kat anak-anak semasa hantar mereka pergi sekolah. Belajar rajin-rajin, dengar cakap cikgu, jgn nakal dan bla...bla...bla. Aku pun actually one of them lah. Kalau kena out station a few day. Lagi lah panjang lebar pesanan tu. Macam lah budak lima tahun kat atas ni boleh faham. Ambik mudah...buat2 dia orang faham jer lah kan.

So hari ni entah macam mana Aisya kata kat aku cikgu pesan hari ni pakai seluar hitam, t-shirt merah dan sport shoes. Adik aku yang selalu jemput balik bantah cakap dia..."Cikgu tak pesan apa2 pun. Kalau betul mesti cikgu dah pesan kat Mak Su. Kalau tak dia orang SMS jer." Mak aku pulak sokong sekali kata Mak Su nye.

Mengamuk minah ni sebab semua orang tak percayakan dia. Oleh kerana nak cepat, aku pujuk suruh jer dia pakai baju kurung dan bekalkan jugak seluar hitam, t-shirt merah dan sport shoes (nak sedapkan hait dia). Sampai sekolah nanti tukar. Rajuk si genit sampai mak aku lambai bg flying kiss pun dia boleh buat dont know. Selalunya dia lah beria2 mcm tak balik rumah dah.

Sampai kat Kindy dia, semua orang pakai seluar hitam, t-shirt merah dan sport shoes. Aku approached cikgu dia.

Cikgu Aisya bagi tahu memang dia dah pesan awal2 supaya bawak seluar hitam, t-shirt merah dan sport shoes since hari Rabu hari tu, takut budak-budak lupa. Si genit ni terus ambik baju kat dalam beg dan tukar kat toilet. Masa aku tolong tukar baju tu sempat dia bisik kat telinga aku..."Cece tak tipu kan". Aku hanya angguk kepala dan senyum. "OK Mummy say SORRY.

Air muka dia ada riak puas hati. Dia tak bohong.

Lesson yang aku dapat hari ni...
Budak2 memang tak akan bohong. As parent, kita boleh tahu mereke berbohong atau tak dari gerak laku mereka. Macam Aisya pagi tadi, mengamuk lain macam. Sebelum ni aku boleh baca dia bohong atau tidak. Tidak tahu kenapa hari ni jadi lain. May be sebab ramai support fakta Mak Usu nya.

A prove yang dia memang pay attention kat kelas. Hu3x.

Dari riak muka dia aku tak ralat say sorry. Hope itu akan jadi contoh pada dia. Tak salah kan mengaku kesalahan sendiri...

Mukah...part 1


Salam buat semua.



Pagi Selasa ni rasa macam hari Isnin lah pulak. Penat travel tak habis lagi. Hu3x. Bagi yang selalu memandu jauh (bukan highway tapi drive atas jalan di negeri Sarawak ni) pasti faham betapa penatnya driving all the way dari Kuching ke Mukah. So far rasanya antara tempat yang jauh paling aku pernah drive sebelum ni. Jarak Kuching Mukah 600++ KM. Drive 7 - 8 jam.


Nasib baik ada Nade. Minah ni boleh drive dari - Mukah ke Betong dengan company car yang dah uzur tu tak sampai 3.5 jam. Kita orang tak lalu tol Sibu tapi ikut jalan Durin, jalan untuk ke Julau dan Kanowit. Yang mencabar sikit mungkin selekoh-selekoh tajam selepas Sarikei - Saratok...memanjat bukit Sebangkoi. Kat sini ada Sebangkoi Recreation Park. More info boleh klik kat sini. (Tak larat nak download pic. Nak bergambar pun malas.)


Back to story kat Mukah...



Kita orang stay kat King Inn Hotel (Hotel budget jer). Murah tapi memang bersih...berbaloi-baloi sangat. Biasa nya kalau hotel murah ni aku tak leh tahan dengan bau yang tak berapa nak sedap. Tapi bilik hotel ni, masuk jer memang wangi dan toilet pun bersih. (Itu yang penting). Ada wifi kat bilik dan boleh layan Astro hu3x.


Mukah ni tak lah besar sangat tapi hari kita orang pegi tu semua hotel dah fully booked. May be ada event besar kot. Hotel pun bukan banyak sangat pun. Annual event kat Mukah adalah Pesta Kaul. More info tentang Pesta kaul boleh klik kat sini.
Makanan kat Mukah ni masih lagi murah kalau compare dengan Kuching. Masih boleh dapat Mee / nasi goreng dalam RM3.50. Not bad jugaklah. Seafoodnya pulak sooo...cheap and fresh. Tiga malam kat Mukah, tiga malam jugaklah dinner dengan seafood. Tempat makan lak jalan kaki jer dari hotel. Satu jer yang tak berapa nak best, service nya lambat sangat...

Ada citer seram nak kongsi masa on the way pegi ke Mukah ni. Tunggu next post...picture nya pun next post...hu3x

Semangat Baru!!!

Hmmm...nampak macam dah menebal sawang kat blog aku ni. Dah lama sangat tak di update. Penyakit malas ni dah melarat sampai bertukar bulan. Kalau tak diketuk untuk sedar neh...sampai tahun depan ler blog tak berupdate. Bukan sakat sesawang jer...debu ngan habuk pun berinci-inci tebalnya.
So sebelum tahun baru ni nak pasang azam lah nak aktif balik. Sakit MALAS dengan SIBUK tu buang jauh2. Tak boleh nak diturut sesangat...Sian lak dengan blog ni. Tak kisahlah org baca ke tak. Janji ada gak pengisi masa lapang.
Rajin-rajin le jengak coz YANI BACK!