Salam buat semua.
Pagi Selasa ni rasa macam hari Isnin lah pulak. Penat travel tak habis lagi. Hu3x. Bagi yang selalu memandu jauh (bukan highway tapi drive atas jalan di negeri Sarawak ni) pasti faham betapa penatnya driving all the way dari Kuching ke Mukah. So far rasanya antara tempat yang jauh paling aku pernah drive sebelum ni. Jarak Kuching Mukah 600++ KM. Drive 7 - 8 jam.
Nasib baik ada Nade. Minah ni boleh drive dari - Mukah ke Betong dengan company car yang dah uzur tu tak sampai 3.5 jam. Kita orang tak lalu tol Sibu tapi ikut jalan Durin, jalan untuk ke Julau dan Kanowit. Yang mencabar sikit mungkin selekoh-selekoh tajam selepas Sarikei - Saratok...memanjat bukit Sebangkoi. Kat sini ada Sebangkoi Recreation Park. More info boleh klik kat sini. (Tak larat nak download pic. Nak bergambar pun malas.)
Back to story kat Mukah...
Kita orang stay kat King Inn Hotel (Hotel budget jer). Murah tapi memang bersih...berbaloi-baloi sangat. Biasa nya kalau hotel murah ni aku tak leh tahan dengan bau yang tak berapa nak sedap. Tapi bilik hotel ni, masuk jer memang wangi dan toilet pun bersih. (Itu yang penting). Ada wifi kat bilik dan boleh layan Astro hu3x.
Makanan kat Mukah ni masih lagi murah kalau compare dengan Kuching. Masih boleh dapat Mee / nasi goreng dalam RM3.50. Not bad jugaklah. Seafoodnya pulak sooo...cheap and fresh. Tiga malam kat Mukah, tiga malam jugaklah dinner dengan seafood. Tempat makan lak jalan kaki jer dari hotel. Satu jer yang tak berapa nak best, service nya lambat sangat...
Ada citer seram nak kongsi masa on the way pegi ke Mukah ni. Tunggu next post...picture nya pun next post...hu3x
No comments:
Post a Comment