Bir halal?
Ingat lagi aku masa MIHAS 2009. Heboh tentang bir halal dari negara Timur Tengah. Oleh sebab waktu tu aku involve dengan projek company kat MATRADE, ambik ler peluang pergi exhibition. Wah, wah orang kita bila dengar bir halal berpusu - pusa nak mencubanya. Ye lah sebelum ni kan bir ni haram untuk orang Islam. Bila ada halal why not mencuba dan mulut aku ni terlepas cakap "BETUL KE HALAL?' dan secara automatiknya Kak Sue kat sebelah aku tu menjawab, "Engkau ni, dah namanya halal showcase...mestilah halal". Pak cik sebelah yang terdengar perbualan kita orang ni sengeh-sengeh perli. Aku tengok jer semua orang pakat testing. Nak rasa bir halal.
Ada tu siap rembat 5 - 6 botol. Ye lah, murah banget masa tu. Tak salah 3 botol RM10. Kalau kat luar boleh cecah RM5 sebotol. Masuk office...bersusun botol bir halal ni kat meja.
Aku tak ingat sama ada aku ada rasa ke tak. Tapi niat nak beli tu memang tak ade sebab aku ingat lagi conversation aku dengan kawan aku ni beberapa tahun sebelum MIHAS. Dia bukan ustaz atau orang pakar pasal agama tapi bab makan dia memang terror sebab keja kat bahagian hospitaliti. Aku tanya pasal benda ni sebab tertengok student Islam, Kolej tempat aku bekerja sebelum tu tengah meneguk MALTA.
Aku : Boleh ke minum MALTA tu?
Dia : Kau rasa?
Aku : Boleh kot. (Jawapan bodoh aku).
Dia : Pergi ler minum kalau nak bebal berpuluh2 tahun. (Aku tengok muka dia. Confius.) Cik akak, MALTA tu buat dari apa? (Dia tanya aku balik la pulak)
Aku : Barli kan. Malt.
Dia : Beer dibuat dari apa?
Aku : Sama lah.
Dia : So, halal ke haram? (Boleh tanya aku balik). Malt tu kalau diperap memang ada alkohol. Tak leh minum. Kalau kau teringin aku belanja. Nak? (Memang mangkuk hayun betul mamat ni. Lebih kurang macam tu ler. Short but easy to remember.)
Sebab tu ler aku tak mencuba sebab tengok bir halal tu dari barli (sumber untuk membuat bir). Walaupun org kata halal aku tak tau kenapa aku tak sanggup nak sentuh. Itu sebabnya kot. So berbaloi gak soalan bodoh aku tu. Buat pak cik yang senyum menyindir tu (aku tak kenal sapa) ingat-ingat ler budak bodah yang tanya halal ke tak masa MIHAS tu.
Tak salah kan ikut kata hati sendiri. Jangan ikut orang atau percaya bulat-bulat. Especially orang yang jual barang tu. Selidik betul-betul. Nasihat free dari orang marketing macam aku. Hu3x.
Glee season 2 finale
Last episode: Born this way (tajuk lagu Lady Gaga). Ada gak terbaca komen dari Si Gaga ni yang dia nak satu watak kat dalam Glee ni. Macam mana le rupa dia berlakon kat dalam Glee ni kalau betul si Fulchuk ni invite dia. Masa American Idol yang dia jadi mentor hari tu pun aku masih terbayang sampai sekarang make up dia.
So, reader. Enjoy your Glee to night.
P/s: Tak banyak moment dalam Glee season ni yang masih aku ingat compare to last season. Even lagu yang dipilih pun tak seberapa. Tak tau orang lain macam mana. Aku ada banyak wish list untuk Glee next season lepas tengok season finale. Nanti ler, bila dah habis kat sini baru aku tulis my Glee next season wish list.
Congrat to Salma
Pagi ni usha gak la blog-blog lain. Official Salma protege Erra Fazira menang dengan 85 markah, jauh tinggalkan Shiha dan Iqa and markah paling banyak daripada undi SMS peminat.
Masa Salma tak dapat masuk final last week lepas tu TV3 dengan baik hati bagi 3 orang masuk final aku dah dapat agak minah ni mesti menang punya. Ini org panggil taktik untuk pancing undi. Sebab kalau Salma tak masuk final, off course Shiha boleh menang mudah. Jadi tak banyak ler undi masuk. Kalau Salma masuk final sudah pasti peminat Shiha pun undi banyak dan macam tu gak dengan pengundi si Salma ni. Siapa dapat untung? TV dan sponsor. Satu undi tu 50 sen beb. Memang tak byk bagi rakyat Malaysia yang ramai kaya-kaya. Cuba you kira kalau ada 500 000 undi. (500 000 X 0.50 = 250 000). Satu malam boleh dapat banyak tu dari undi jer. Jadi hadiah RM100 000 tu siput jer.
Kemana pegi juara ni nanti? Dah 5 musim Mentor ni. Aku kenal 3 jer termasuk Salma. Mentor 1 dan 2 entah pergi mana. Mohd (Juara musim 4) tenggelam jer. Yg agak berjaya cuma si Black sorang jer. So Salma ni nanti nak pergi mana? Penat jer peminat mengundi. Dah menang terus tak timbul2. Pelaburan pengundi ni mcm tak berbaloi jer. (Bagi aku ler). Tapi kalau uol tak kisah berhabis duit aku tak de hak nak persoalkannya. Tapi itu ler yg aku nampak.
To Salma congrat. Selamat menjadi artis...
Taman Sahabat
Gambar last ni replika Panglima Zheng He (Cheng Ho dalam bahasa Melayu). Yg kat depat ni siapa lagi kalau bukan Cece. Seronok sesangat dia. Aku jugak yg berpeluh kepanasan.
Keputusan A1 10
AI 10 Finale: Scotty vs Lauren
Walaupun aku tak berapa minat dgn Scotty but the finale night is his. Aku bukan ler pakar pasal muzik but for me his performance is the best. Sebelum ni memang aku dah ramal yang Lauren akan masuk final tapi I am very disappointed with her last night performance. Pitching here and there. Itu telinga aku la. Aku tak tau telinga orang lain dgr mcm ner. Alasan si Lauren ni malam tadi dia sakit tekak. What a cliche reason.
For record sebelum ni mostly contestant yg kita rasa akan menang tapi kalah. As example masa season 6, kalau tak salah aku David Cook vs David Archuleta. Semua org dah kata David Archuleta yg comel tu akan menang, best on the finale performance but David Cook yg menang. Also season 8, Adam Lambert vs Chris Allen. Aku dah cross finger yg Adam akan menang but the title goes to Chris Allen. So may be sebab dia gay org tak nak vote. (Sorry to say that).
Again I cross finger, best on performance and rekod yg tak pernah bottom 3 Scotty will win. But best on last season record and also this season (Pia, Hayley and James And Cassey - empat org ni ler bagi aku suara paling mantop tapi keluar awal), tak semestinya best performance akan menang. Tak mustahil Lauren akan menang. Walaubagaimanapun tak semestinya yg menang tu akan berjaya mcm Adam Lambert. Hu3x.
So reader, who will you choose or may be some of you will say "Ada aku kisah?
Blog Hajjah Sitt Al-Wuzara menghina Islam
Apa tujuan dia sebenar? Hanya dia dan Allah yg tahu.
Hanya untuk dikongsi dengan anda. Pasti anda rasa sakit hati tapi tak payah lah dilayan sangat sebab kalau dilayan mungkin misi manusia ni berjaya memporak-perandakan perasaan kita.
Tak yah baca...aku saja nak membebel
Scotty vs. Lauren
Noooo...James voted out!
American Idol 10 top 4
Top 4 (James Durbin, Scotty McCreery, Haley Reinhart dan Lauren Alaina) akan mempersembahkan lagu daripada penyanyi lama (yang aku sendiri pun tak kenal) Jerry Leiber dan Mike Stoller. Tujuan producer memilih lagu daripada penyanyi-penyanyi lama ni adalah untuk mencabar kemampuan top 4 menjadikan lagu lama ni sesuai dengan 2011.
Out of Topic: Sepatutnya Akedemi Fantasia 9 sekarang ni buat perkara yg sama. Tapi boleh ke budak-budak AF ni? Semua mcm lebih jer. Mcm tak de semangat jer aku tengok. Bukan setakat calon-calon Mee Segera tapi jugak bak kata Alex (Maharaja Lawak) "Mee Segera dah kembang". Tak sedap!!!
Back to American Idol: So kita tunggu jer mcm ne 4 penyanyi ni (dari genre berbeza) akan memperbaharui lagu-lagu lama jadi genre mereka sendiri. James (Rock), Hayley (Soul), Scott and Lauren (Country).
Tekaan aku minggu ni either Hayley or Scott yg keluar.
Final: James and Lauren or Hayley.
Winner??? Just wait and see. OK.
That's what Yani see. Huk3x.
Seronoknya dia...
Senjakala
Bagi aku jalan citer nye ok tapi aku tak puas hati dgn ending dia. Cepat sangat. Mcm Ahmad Idham nak cepat2 habiskan filem ni. Sampai org sebelah aku ni kata "Mcm tu jer ke? Klimak dia kat mana?'
Aku: Kot masa Intan (Ary Malik) bawak Khalisa (Liyana Jasmay) pegi kat kubur kot.
Org kat sebelah: Nasib baik tgk kat umah. Tengok wayang terbang macam tu jer 40 ringgit (untuk 4 orang).
Movie ni memang tgk jalan citer tak yah tengok nama pengarah boleh tahu Ahmad Idham nyer Movie. Sebabnya 1. Ada Liyana Jasmay ngan Kamal Adli. 2. Masa on the way nak ke kampung Senja Lama, ada hantu terbang kat sebelah kete. 3. Ada mayat berbungkus kat tengah jalan. 4. Ada Mak Mah (Ruminah Sidek).
Betul gak kata org kat sebelah. Nasib baik ada Astro First. 1. Tak yah queue pjg2 nak beli tiket last2 citer ntah pape. Boleh save duit. RM15 untuk satu family boleh tgk. Adik aku lak ada satu lagi cadangan. 15 hinggit pun tak yah keluar. Tgk kat youtube jer. Tu yg aku pelik. Mcm mane citer yg baru keluar kat wayang boleh ditonton kat youtube?
Happy Mother's Day
Dulu dan sekarang?
Balik keja semalam tak sempat masuk rumah Cece dgn muka tak bermaya (sebab demam) sambut aku dengan senyum. This is the best kalau ada budak kat rumah. Penat automatik hilang. Dia tarik tgn aku supaya aku menunduk dan berbisik bagi tau nak makan KFC. Aku tengok jer muka dia yg tak mandi lagi sebab still dgn short pan & t-shirt comotnya.
Aku: Mandi dulu, Mami rehat jap then kite pg KFC.
Tgh tonton American Idol aku terkeluar inai yg aku beli kat Kamdar tgh hari tu. So. sambil tgk American Idol aku pakai inai. Si kecik ni tengok dgn muka curious nya. Aku tanya nak ke tak, dia angguk kepala. So, petang tu sambil tengok American Idol kita 3 beranak pakai inai. Berguna jugak benda ni.
Tak sempat inai kat jari kaki aku kering (aku suka pakai inai kat kaki jer), Aisya / Cece dah merengek nak KFC. Aku pg KFC dgn inai yg tak basuh lagi di kaki. Masa driving ni aku melayan perasaan dgn suara Aisya dan Maher Zain nyanyi lagu Inya-Allah.
Bertuahnya budak2 sekarang...aku dulu KFC pun aku tak kenal. First time masuk KFC masa umur dah 15 - 16 tahun kot. Nak makan ayam goreng??? Beli jer kat kedai atau goreng sendiri. Tak tau pun KFC.
Budak sekarang
- belum 1 tahun dah pegi KFC, dah kenal Big Apple, Secret Receipt, Kenny Rogers
- belum 5 tahun dah reti guna hp, pakai laptop. ada yg mintak as b'day present. Belum sekolah lagi tu
- dah reti surf internet
- belum 5 tahun mak ayah dah bawak pg tengok wayang
- shopping...pilih barang sendiri. Nak Barbielah (girl especially), kalau lelaki Ben 10 kot
So many thing aku rasa ada byk lagi. Tak tertaip...
Kita dulu apa yg mak ayah bagi itu le yg kita ambik. Tak leh nak demand. Wayang / PC / Internet, rasanya masa kat U baru tau semua tu. Aku bukan budak kampung yg duduk nun kat pedalaman yg jauh dr bandar. Kenapa aku sendiri boleh lambat di expose dgn benda ni kan. May be sbb parent aku tak bwk pg ke tempat mcm tu.
Bila aku fikir balik...aku pernah tanya kat diri sendiri kenapa masa budak2 dulu mak ayah aku boleh besarkan kita (aku ada 4 beradik) dgn duit gaji yg tak sampai 300 pun sebulan sedangkan kita sekarang ni gaji 3K - 4K, hujung bulan pun boleh sesak. Bila aku tengok list down yg aku buat sendiri...now I know. Kita sendiri dah biasakan anak2 dgn benda mewah. Ye lah...zaman sekarang ni more to material than rohani.
Bila tengok list down yg aku buat sendiri...buat mcm apa yg parent aku buat dulu byk benda boleh save. Tapi kalau tak de langsung kesian pulak ngan anak2. Kena kurangkan kot dari sekarang ni. Duit lebih boleh simpan. Kalau tak pun guna pg bercuti. SPEND lagi.
So, my dear reader (kalau ada), what do you think?
Me and my car
Sblm ni aku risau sgt ttg keta kecil aku ni. Selain dashboard bergegar, (yg ni aku tau le apa problem nya. Air cond nak kena service kak) sometimes aku rasa mcm susah sgt gear nak masuk ler, engine berbunyi kuat sgt le. Makin aku risau coz’ makanik tempat aku selalu service keta ni kata aku kena buat major service coz’ keta meter dah over 80 000. Then clutch timing pun sebulan lagi leh guna. Dah nak habis tempoh. Kalau nasib tak baik, keta tak leh nak jalan terus.
OK as perempuan memang ler hal keta satu benda pun kite tak tau. Tau pakai jer. So, tanye ler dgn org rumah. Nak service ke tak nak ni. Mingkin nak ambik senang sebab aku kata aku sendiri nak bawak keta pg service, dia suruh buat jer. Tapi aku tak pegi terus kat pomen aku selalu htr keta nih. Aku jumpa org lain coz aku rasa charge yg dia bagi tak reasonable.
Aku jumpa mekanik lain and ask for his opinion. Dia check and test drive keta aku. Dia kata taka de masalah pun kat keta aku ni, ok jer. May be bergegar coz air cond aku tak service lagi. Lainnya tak de masalah. Bearing, alignment, timing semua OK. Gear tu mungkin keras sikit sebab keta lama. Siap kata lagi tak yah ler service dulu. Tunggu 100 000 baru service.
Hmmm..apa cer. Itu beza nya kot kita jumpa dgn tauke sendiri dgn pekerja. Tauke mesti nak duit masuk jer. Pekerja…dia peduli apa kan. Major service cancel, service air cond jer.
Moral of the story kat atas, utk ibu2 / women car driver…selain belajar sikit hal keta, trust your instincts and ask for second opinion. Tak rugi walau sesen pun. Now, keta aku jln ok jer. Mungkin selama ni perasaan aku jer kot. So, duit yg sepatutnya pg service keta…aku htr kat shopping mall. Jadi baju hu3x.
Bin Laden dah tak de
Back tu story (iklan jap). Presiden Amerika, Barrack Obama bg tau yg Osama bin Laden dah meninggal. As muslim, kita sedekahkan Al-fatihah. Tentang penglibatan beliau dgn pengganas, benar ke tidak itu urusan dia dgn Allah SWT.