Lagi isu bir halal.

Guys, updated untuk isu bir halal yang aku pernah tulis sebelum ni. Petikan daripada surat khabar Kosmo hari ni.

Unipeq nafi sahkan Barbican halal

KUALA LUMPUR – Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan ia telah mengesahkan status halal terhadap produk minuman malta berperisa buah-buahan Barbican seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr. Siti Noorbaiyah Abdul Malek berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

“Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
.

Yang jadi mangsa sekarang ni siapa? Kita juga.

Sepatutnya pihak berwajib ni semak betul2. Confirm ke tak...ni tak check lagi dah dihebahkan satu Malaya. Dah jadi kes macam ni tunding jari kat orang lain. Dan orang kita ni satu gak...dgr halal terus jer redah.

Sebelum ni ada bro dari Kuwait bagi tau yang Barbican ni dijual kat Kuwait. Bro, correct me if I am wrong! He said that barbican ni adalah minuman harian pak-pak arab kat sana. Aku no comment le pasal ni.

Kalau nak cerita pasal halal ni...dua Tahun lepas ada pulak Bak Kut Teh halal. Dia orang tau ke tak makna Bak Kut Teh tu? Ikut suka dia orang jer. Oleh sebab ada yang dah menegur tenggelam isu Bak Kut Teh halal ni.

Pasal bir ni lak, aku memang tak suka. Perlu ke panggil bir halal? Boleh tak guna nama lain. Nanti tak pasal-pasal anak kita fikir semua bir tu halal. Tak mustahil nanti anak-anak kita mintak "Tiger" tanpa berselindung. Ye la...bir kan halal?

Tepuk dada tanya Iman. Hu3x...

NOTE:
Update daripada news paper semalam (27 Julai 2011), Majlis Fatwa Kebangsaan bagi tau yang bir halal mcm barbican tu halal diminum sebab tujuan pembuatannya tidak ke arah kepada minuman beralkohol.

P/s: Kalau macam tu okay lah kan. Selamat semua yang kaki bedal air ni tapi boleh tak tukar bir tu kepada minuman lain. Contoh paling senang kan macam air Sparkling Juice yang ala-ala botol wain dengan champagne tu kita boleh beza. Kalau sparkling juice maknanya tak de alkohol. Kalau wine tu haram. Tukar la bir halal tu ke nama lain macam sparkling malta ke. Hu3x. Tak le confius kita. Tak le susah sesangat nak cite ngan anak-anak. nanti tak pasal-pasal budak menjerit..."Mummy, daddy minum bir. Bukan bir tu haram ke?"

No comments: