Status: Tgh BZ dgn proposal...

Hmmm...org letak status kat FB or Twitter aku letak status ni kat blog. Hu3x. Sebab simple dan aku pasti ramai yang terkejut beruk kalau aku kata aku tak de akaun for both application yang tengah in sekarang ni. Tak caya? Betul...aku tak de FB dan tak de Twitter. Kui3x...Ni mesti korang tengah gelak sakan. Sebenarnya aku ada sebab tak buka akaun aku kat situ. Tak yah le aku cite tapi pasti ramai yang boleh agak kenapa...

Sekarang ni memang tengah bz sesangat dengan marketing proposal. Bukak blog tapi aku tak update pa pe. Lagipun sekarang ni tengah excited buat program menyelam sambil minum air. Bekerja sambil melancong. Memang tak pegi jauh. Dalam Sarawak saja tapi dalam sebulan aku merayap dari Sri Aman sampai Miri. Kira macam melamcong ditaja.

Dalam kepala aku tengah berkira ni...

Sri Aman awal Julai nanti ada pesta benak. Benak tu apa??? Bila aku masuk entry pasal trip ni nanti aku cite pasal benak (Tidal bore dalam bahasa omputeh).

Sibu...aku terbayang-bayang buah dabai. (Boleh baca entry aku pasal dabai kat sini.) Sebelum ni tak sempat pegi ke Junaco Park. Kalau ada masa boleh singgah jap.


Kalau tak pun pergi ke Nirvana Memorial Park, Sibu. Dulu pernah pegi tapi tak de peluang nak masuk kat dalam. Nak curi masa pegi sini lagi lah. For info, the largest population kat Sibu ni adalah bangsa Cina dan buktinya ialah park ni. Pintu depan tu memang cantik sangat...penuh dengan identiti Cina. Kalau tipu kat kengkawan pergi Cina orang percaya. Rupa-rupanya Cina kat Sibu Sarawak je.

Bintulu ada Taman Tumbina (Taman Tumbuhan dan Binatang). Yang ni mesti koman bagi reader kat West Malaysia. Ye la kat sana ada Zoo Negara. Tapi tempat paling popular kat Bintulu ni ialah Similajau National Park. Bagi yang suka nature, ini le tempat yang patut korang pergi. May be korang boleh baca kat sini sebab byk info tentang taman ni. Kalau malas nak baca, korang boleh enjoy ngan gambar kat bawah ni.

Golden beach yang pasirnya berwarna keemasan. Kat sini selain boleh tengok penyu bertelur dari bulan Mac hingga September juga ada dolphin. Biasanya dolphin kita akan jumpa dalam berkumpulan empat ke lima ekor.

Sungai Likau ni ada buaya. Tapi setakat ni tak pernah pulak dengar buaya serang pengunjung. So kira selamat lah.

Ni Rock Formation yang boleh kita jumpa kat dalam taman ni. Selain daripada apa yang aku tunjuk kat atas ni kita jugak boleh jumpa periuk kera terkecil di dunia, yang saiznya cuma 1cm jer, Info ni aku dapat dari klik aku.

Dari Bintulu, ke Sungai Asap. Gara-gara tempat ni tak pasal-pasal kena gelak dengan officer kat Pejabat Daerah Sg Asap. Yelah, bila plan nak pegi sini semua kata tak boleh naik keta biasa. Kena naik four wheel sebab kena ikut jalan balak. Rupa-rupanya dah elok dah jalannya. Dari simpang jalan besar ke Belaga kena drive 3 jam lagi. Menarik kat sini, kalau nak merasa kehidupan orang Kayan boleh homestay kat umah panjang.

Lepas tu Miri. Miri popular dengan Taman Negara Mulu dan Niah. Tak sempat kalau nak pegi. Shopping??? Orang kata tempat ni macam JB. Barang mahal sebab biasanya warga Brunei yang datang untuk shopping. Tak pegi mana2 kot sebab for sure bila sampai Miri dah kepenatan.

So folk, for sure banyak info korang dapat dan banyak research lak kat sebelah aku. Lepas ni lama ler baru aku ada masa nak update blog. So enjoy reading, kalau boring...I'm Sorry. Short note dari aku. Kui3x.

No comments: