Kualiti lebih baik dari kuantiti...

Belek - belek paper harian metro tadi terbaca cerita tentang Octomum ni.


Impian Nadya bertukar ngeri

DIA adalah ibu kepada 14 anak, yang melahirkan kembar lapan yang hidup paling lama dalam sejarah AS.

Namun, dalam komennya yang mengejutkan kakitangan khidmat sosial, Nadya Suleman, berkata dia ‘bencikan’ lapan bayinya.

Ibu tunggal berusia 36 tahun itu turut menggelar enam lagi anaknya yang lebih tua ‘haiwan’.

“Saya bencikan bayi, mereka menjengkelkan saya,” katanya kepada majalah InTouch.

“Enam lagi anak saya adalah haiwan, semakin sukar dikawal kerana saya tidak mempunyai cukup masa untuk mendisiplinkan mereka.”


Berita lanjut boleh klik kat sini.


Aku rasa mungkin ada antara kita ni ada pasang impian untuk beranak ramai. Tapi zaman sekarang ni tak macam zaman atuk kita dulu-dulu. Anak sampai dozen-dozen. Contoh kita boleh lihat kat Nadya Suleman ni. Stress menjaga anak sampai dia boleh samakan anak dia macam binatang sebab tak ada masa nak didik mereka kerana terlalu bz dengan kembar lapan yang dua daripadanya adalah anak istimewa.

Aku tak leh nak bayangkan macam manalah ye. Sorang baby pun penat inikan pulak lapan. Sorang anak istimewa pun dah cukup payah inikan 2.

Pasti korang setuju kalau kita tekan kualiti baik pada anak kita. Kalau uall tak setuju itu terpulang pada anda. Tapi perlu ke anak ramai kalau kita sendiri tak ada masa untuk diri sendiri ataupun anak-anak terabai macam tu jer?

Pendapat uall berapa agaknya bilangan anak yang ideal dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Barang naik tapi gaji macam tu gak tiap-tiap bulan.

2 comments:

Rohaizam Rosli said...

Iejam nak 4org anak... 2laki 2 pompuan... hahahaha comey kan cmtu... huhu ~~~

Yanie said...

Rohaizam, macam kita adik beradik. 2 lelaki 2 pompuan. Pas tu jarak setahun sorang.