Note for today!

Dah dekat 2 minggu aku tak update blog. Malas...malas yg amat.
1. Malas nak mengadap laptop sbb dah sehari suntuk mengadap PC kt opis.
2. Malas sbb sampai jer kat umah tak sempat buat pape Cece dah mintak dukung.
3. Malas nak berebut laptop dgn Cece. Dulu berebut ngan TV. TV dah ada dua skrg ni tak kan nak tambah lagi satu PC?
4. Malas sbb nampak jer katil mata aku tak boleh nak bukak

Ni pun baru balik keje aku gagahkan juga on kan laptop. Byk sgt benda aku nak buat tapi mcm tak larat jer.

YANI

Al - Fatihah

9 Oktober 2010, kakak aku Salmiah binti Waini telah kembali ke rahmatullah kerana kanser yg dah stage 4. Aku pun pelik kenapa dah tenat sgt baru doktor kata ada kanser? Aku nak upload gambar dia pun aku tak sanggup sebab dah tak macam kakak aku. Kurus sgt macam rangka berjalan. Masa dia hidup dulu kalau ada kenduri dia la org yg paling rajin sekali kat dapur. Majlis kahwin bulan 12 ni siapa yg nak tolong incharge dapur??? Hu3X.

Al - Fatihah buat allahyarham. Lambat update posting sebab buzy yg amat dan malas nak berebut laptop dgn budak umur 4 tahun.Dan aku rasa spjg bulan ini hujung minggu aku, aku byk habiskan masa kat hospital. Hu3X. Semalam cousin aku call bg tau pakcik aku masuk hospital sbb sakit jantung.

YANI

Renesmee - Breaking Down

Dah lama aku tak cari info tentang perkembangan filem Twilight Saga - Breaking Down I yang akan release next year. Masa tgh carik tadi aku dapat info ni. Bagi yg dah baca buku ni mesti tgh bygkan mcm mana le muka Renesmee Cullen. Gambar kat atas ni le org yg akan pegang watak Renesmee, even Stephenie Meyer sendiri dah confirm dalam web dia. For Twilighters, this is our Renesmee (Mackenzie Foy).
Foy berusia sembilan tahun dan pernah berlakon dalam drama Flash Forward dan Till Death.

Aku rasa perfect sgt dan muka dia hampir sama dengan apa yang Rob dan Kristen sendiri bayangkan. So, what you all think?
Other new vampire.
1. Rami Malik - Benjamin (Egyptian Coven).

Denali Coven
2. Eleazar - Cristian Camargo
3. Tanya - Myanna Buring
4. Kate - Casey LaBow
5. Carmen - Mia Maestro
6. Irina - Maggie Grace.


YANI





Tanggang Moden

Keluar dari blog aku pegi ke Berita Harian Online. Kes dera ibu bapa. Sila baca bagi yang terlepas. Sayang punca kes dera meningkat. Rasanya baru kejap tadi sambil menaip blog aku curi dgr isu ni dikupas dalam Saluran Oasis: Dahsyat 13.

Dulu sblm jadi ibu, aku tak tau bagaimana perasaan seorang ibu. Bila dah ada anak sendiri dan ada pengalaman melahirkan aku fhm bagaimana perasaan kasih seorang ibu pada anak2 nya. Seboleh2 nya nak semua yg terbaik utk anak sampai lupa kita dah terlebih manjakan anak. Lebihkan material dari rohani. Jadilah mcm cerita "Anak ku Sazali". Bila anak buat slh, buat2 tak nampak jer. Tak salah manjakan anak, kena le berpada...

Magika...betul2 magic?

Semalam aku pegi ler tengok magika sbb masa tgk triller kat you tube bukan main lagi pujian utk filem ni dan memang dah janji nak bawak Cece pegi tgk wayang. Sepanjang minggu ni asyik tagih janji bile nak pg wayang. Ingatkan nak tgk filem The Legend of the Guardian. Tapi dah bawak mak sekali, kena la tgk filem Melayu.

Kisah bermula apabila Ayu(Diana Danielle) dan Malik (Fimi) secara tidak sengaja masuk ke dunia Magika melalui sebuah perigi buta. Malik telah ditangkap oleh Nenek Kebayan untuk mendapat air mata budak sebagai ramuan rahsia untuk jamu awet mudanya. Ayu pula bertemu dengan Badang (Mawi) dan meminta bantuan Badang utk menyelamatkan adiknya dan keluar dari dunia Magika.

Dlm dunia Magika ni ada pelbagai watak dari cerita dongeng.
Nenek Kebayan (Ziana Zain) bagi aku Nenek Kebayan paling seksi setakat ni. Hu3x
Puteri Bunian (Maya Karin)Nak
Hang Tuah lima saudara (Apek dan Sinerio). Apek memang kelakar. Masa Senario keluar dgn tiga ekor gajah siap dgn baju uniform polis satu panggung gelak. Yang tak leh nak tahan bila mereka berlima ni bercakap dlm bahasa utara. Sgt le kelakar. Mck tak puas jer...aku rasa baik letak Apek (Tuah) dgn Diana Danielle drpd Badang (Mawi) mesti havoc movie tu.
Mawi (Badang). Sori aku bukan peminat Mawi. Tapi rasanya Mawi boleh berlakon.
Norman Hakim (Awang) Dari Lagenda Lembing Awang Pulang ke Dayang. Watak paling geli aku tengok. Yuks!
Nabil (Orang Minyak). Kalau sblm ni aku tak baca dulu senarai pelakon memang aku tak tau tu Nabil. Gelap gile. Namapak gigi jer.
Aznil Nawawi dan Raja Azura (Pak Pandir dan Mak Andeh).
Ning Baizura (Puteri Gunung Ledang)
Adibah Nor (Ibu tiri)
Sh Armani dan Kakaknya. DJ Hots tu (Bwg Putih dan Bwg Merah). Entahlah. Watak yg paling aku tak suka. Menyakitkan hati jer dgn gelak tah pape.
M Nasir (Naga Tasik Chini) Walaupun watak nya dgn dua dialog jer sampai skrg aku ingat.
"Nak kemana kamu bertiga, jgn sampai bgnkan Naga)" Lama tak tengok M Nasir berlakon. Tak puas rasanya.

Magika betul2 Magik ke? Sebenarnya aku harapkan more action, ye le. Magika. Mesti byk guna magic. Tapi tak berapa sgt. Aku pun tak pasti klimaks nya mana. Masa Badang berlawan dgn nenek kebayan tu ke atau masa mereka dah sampai kat batu belah batu bertangkup. Jalan cerita mendatar jer. Tapi kredit ler utk KRU atas afford dia org. Ni sekadar komen aku sbg penonton jer.

Sblm movie start ada tunjuk thriller Hikayat Merong Mahawangsa. Mcm best jer. Nak tgk juga ler nanti. Ingat dulu masa sekolah menengah org baca buku cerita aku dok pulun nak perabis baca buku ni. Ye la, buku klassik. Point nye satu jer tapi sampai sepuluh muka surat.

So, sapa nak tengok Magika, dtg ler tengok. Tak rugi duit. Gambar lawa. Tapi aku sakit hati sbb masa tgk tu filem mcm tersekat2 jer, ada gangguan bunyi lak tu. Menyakitkan hati. Salah pihak panggung ke atau salah system bunyi...

YANI