Sosej Babi Halal?

Lagi isu halal yang tak berkesudahan sampai bila. Petikan dari Harian Metro hari ni.

KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.

Aku pergi tanya Encik Wiki dah sah-sah Chorizo merujuk kepada sosej diperbuat daripada daging babi. Boleh refer kat sini.

Ini bukan salah JAKIM kot tapi orang yang buat pembungkusan ni sebab mereka pun tak pasti Chorizo tu apa. Kesian ler kat orang Islam (kalau ada) yang buat kerja membungkus ni. Tak pasal-pasal dah pegang tut...tu. Kalau tanya kat aku pun aku tak tahu apa Chorizo tu. Nasib baik ada pengguna yang prihatin yang bangkitkan isu ni. Hati-hatilah beli barang kat supermarket. Kalau ada term yang tak faham tu lebih baik tak payah beli.

Note: Masih jugak tertipu walau berhati-hati macam mana pun.

Beckhem - Daddy Little girl

For sure ramai dah tengok gambar anak selebriti Beckham-Victoria yang lahir 10 Julai lepas. Kalau uall perasan full namenya Harper Seven Beckhem.


Beckhem bagi tau yang nama anaknya semperna nama penulis buku kegemaran Victoria "To kill the Mockingbird" Harper Lee dan nama tengah Seven selain daripada nomber jersi yang dipakai oleh Beckham sepanjang menjadi Kapten England 7, bagi beliau nombor 7 melambangkan kesempurnaan. 7 keajaiban di dunia, 7 warna pelangi dan bagi sesetengah budaya 7 adalah nombor bertuah.

Note: Bertuah sungguh budah tu. Baru lahir je dah jadi kanak-kanak paling popular kat Hollywood.

Sarawak Rainforest 2011

Sarawak Rainforest 2011 telah selesai last Sunday. For info, Sarawak Rainforest ni diadakan setiap tahun dan merupakan acara tahunan di Sarawak. Bagi peminat muzik, acara ni memang dinanti-nantikan sebab musician dari luar negara turut datang untuk membuat persembahan. Aku pun perminat muzik dan dalam banyak-banyak negara aku prefer muzik yang dipersembah oleh musician dari Eropah.

Last ten years, yes aku pernah pergi. Tapi itu lah kali pertama dan terakhir aku pergi kat situ. Kenapa? Mungkin gambar-gambar kat bawah ni akan bagi tahu.

Gambar-gambar ni aku ambik dari facebook member yang ada pergi dan juga dari web sponsor upacara tersebut. Selain dari mendengar muzik ibarat macam ada pesta arak. Aku malas nak letak gambar tu. Merosakkan blog aku aje. Tapi kalau ada sapa-sapa yang berminat nak datang next year untuk mendengar muzik sambil mencuci mata, Rainforest ni every year diadakan. Selalunya bulan Julai lepas perayaan Gawai Dayak kat Sarawak. Masa ni lah Mat-mat Saleh ramai kat Kuching Town.

Kisah si Genius.

Masa tengah blog walking aku tertarik dengan satu artikel tentang 10 orang kanak-kanak pintar di dunia. Tempat pertama adalah orang Korea bernama Kim Ung-Yong dengan IQ 210 dan namanya tercatat dalam Guinness Book of World record. Aku pun google lah nama lelaki ini sebab nak tahu kisah dia...
Beliau memasuki university di usia 4 tahun dan memperolehi Phd diusia 7 tahun. Bekerja dengan NASA di usia 8 tahun dan 10 tahun kemudian berhenti bekerja dan kembali semula ke Korea.
Ramai bertanya kenapa ramai kanak-kanak bijak apabila dewasa mereka gagal? Perkara ini juga berlaku pada beliau sehinggakan media Korea menggelar beliau sebagai "failure genius" kerana sekembalinya beliau dari US ramai yang menjangka yang beliau akan menjadi ‘somebody’ tetapi beliau hanya memilih bekerja di institusi kecil dan bermula semula dari bawah. Dia sendiri pelik kenapa media mengatakan dia gagal sedangkan bagi dirinya dia berjaya dan gembira dengan apa yang beliau ada.


Kita tidak berkesempatan berjumpa dengan para genius ni dan aku rasa amat baik aku berkongsi kisah si genius ni kerana sebagai parent kita amat excited apabila anak kita bijak, heboh dengan media yang anak kita ini genius tapi kita tidak pernah tahu apa yang tersembunyi di hati kanak-kanak ni. Mereka pun nak jadi kanak-kanak normal, bermain lumpur, mandi air hujan macam kanak-kanak normal lain.


Kita rasa amat hebat kalau dapat bekerja dengan NASA. Tapi bagi Kim Ung-Yong, 10 tahun di NASA adalah tahun-tahun yang amat sepi tanpa kawan dan keluarga. Hidup seperti robot, kerja…tidur…makan. Yelah, dulu mana ada HP. Twitter atau facebook.

“I was sick and tired of being the centre of attention again. I felt like a monkey in a zoo,”

Pendapat jujur dari beliau. Disebabkan tidak suka dengan perhatian yang diberi oleh media sekembali dari US, beliau mengasingkan diri dan ramai yang mengatakan beliau adalah contoh manusia gagal “Failure model”.
Kenapa? Kerana di Korea, beliau bermula semula dari bawah. Beliau mengambil semula sijil, duduk exam middle school dan high school untuk mendapatkan diploma. Semua proses tersebut mengambil masa 2 tahun. Beliau masuk university untuk ijazah dan last sekali Phd. Di usia 7 tahun beliau pemegang Phd in Fizik tapi di Korea beliau mengambil jurusan Kejuruteraan Awam dan sekali lagi sampai Phd. Sekarang beliau berkerja di salah sebuah universiti ternama di Korea.


Pasti ramai yang akan kata “what a waste”? Bagi beliau, beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau gembira dengan kehidupan beliau sekarang. Kata Kim, “Society should not judge anyone with unilateral standards – everyone has different learning levels, hopes, talents, and dreams and we should respect that.”

Apa pendapat anda? Wasted? Setiap orang berbeza pendapat dari segi berjaya. Ada yang kata, kalau genius mesti jadi “some body” Kereta besar, rumah besar kalau boleh semua besar. Ada sesetengah berpendapat cukup lah apa yang ada janji bahagia. Itu pendapat Kim dan pasti ramai yang bersetuju.

Jangan lagi ada ayat, "kecil-kecil bukan main lagi bijak, dah besar ni kerja macam tu jer!" atau "Genius tapi hidup porak-peranda"sebab kita sendiri tidak tahu kisah sebenar. Macam tu jugak kalau kita ada anak yang tak berapa cerdik, jangan le kita terus kata dia bodoh...

Tengah carik gaun pengantin???

Pada siapa nak kawin dan tgh pening kepala carik gaun pengantin yang lain daripada yang lain mungkin anda boleh guna idea ni. Pegi toilet or dapur, anda boleh design sendiri gaun pengantin yang tak sampai RM1K. Tak caya? Cuci le mata dengan gambar kat bawah ni. Mungkin boleh dapat idea dari situ.

Gaun pengantin yang lawa ni semuanya diperbuat daripada beberapa gelung tisu tandas, gam dan salotep.

Selamat menjamu mata...



Pesta Benak Sri Aman

Sebelum ni ada cerita tentang Pesta Benak atau "Tidal Bore" kat Sarawak. Bagi yang tak tau apa ke benda Benak (Tidal Bore) ni adalah fenomena gelombang besar yang berlaku disebabkan oleh pasang surut sungai. Kat Sarawak dipanggil benak.

Sebenarnya benak ni berlaku setiap hari kat Sungai Krian, Sri Aman ni tapi pada waktu tertentu sahaja di mana gelombang sungai ni lebih besar daripada biasa. Pesta ni disambut setiap tahun kat Sarawak sebagai acara pelancongan utama kat sini. Ada macam-macam acara diadakan. Waktu ini lah kita akan lihat ramai mat-mat saleh datang ke sini untuk river surfing. So, uall boleh bayangkan betapa tingginya gelombang tu sampai boleh surf.

Bagi yang tak sempay pergi, just enjoy the pic. Kalau berminat nak datang untuk lihat secara life fenomena ni, boleh turun Sri Aman. Next year aku update tarikh bila pesta benak ni akan berlangsung.


Ini adalah keratan majalah dari Jerman "Surfers" - Die Benak Gezietenwelle"

Kualiti lebih baik dari kuantiti...

Belek - belek paper harian metro tadi terbaca cerita tentang Octomum ni.


Impian Nadya bertukar ngeri

DIA adalah ibu kepada 14 anak, yang melahirkan kembar lapan yang hidup paling lama dalam sejarah AS.

Namun, dalam komennya yang mengejutkan kakitangan khidmat sosial, Nadya Suleman, berkata dia ‘bencikan’ lapan bayinya.

Ibu tunggal berusia 36 tahun itu turut menggelar enam lagi anaknya yang lebih tua ‘haiwan’.

“Saya bencikan bayi, mereka menjengkelkan saya,” katanya kepada majalah InTouch.

“Enam lagi anak saya adalah haiwan, semakin sukar dikawal kerana saya tidak mempunyai cukup masa untuk mendisiplinkan mereka.”


Berita lanjut boleh klik kat sini.


Aku rasa mungkin ada antara kita ni ada pasang impian untuk beranak ramai. Tapi zaman sekarang ni tak macam zaman atuk kita dulu-dulu. Anak sampai dozen-dozen. Contoh kita boleh lihat kat Nadya Suleman ni. Stress menjaga anak sampai dia boleh samakan anak dia macam binatang sebab tak ada masa nak didik mereka kerana terlalu bz dengan kembar lapan yang dua daripadanya adalah anak istimewa.

Aku tak leh nak bayangkan macam manalah ye. Sorang baby pun penat inikan pulak lapan. Sorang anak istimewa pun dah cukup payah inikan 2.

Pasti korang setuju kalau kita tekan kualiti baik pada anak kita. Kalau uall tak setuju itu terpulang pada anda. Tapi perlu ke anak ramai kalau kita sendiri tak ada masa untuk diri sendiri ataupun anak-anak terabai macam tu jer?

Pendapat uall berapa agaknya bilangan anak yang ideal dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Barang naik tapi gaji macam tu gak tiap-tiap bulan.

Gara-gara Transformers: Dark of the Moon

Pasti ramai dah pergi wayang tonton movie ni. May be dah lambat untuk review sebab dah ramai blogger update tentang movies ni. Lain orang lain pendapatnya kan. Aku bukan nak cerita pasal filem ni cuma bad experience masa on da way nak tengok wayang.

Aku tak terfikir lak ramai orang nak keluar pergi tengok wayang masa hujung minggu ni. I aku tak expect sini macam kat KL gak. Tapi kat KL ok gak lah kan sebab cinema banyak. Kat Kuching ni ada 3 jer. Macam tak caya semua penuh. Kat Spring ni lak 4 hari dari Jumaat lepas fully booked. At last aku beli jer lah tiket for the next day. (Aku pergi Jumaat, beli tiket untuk malam Sabtu).

Oleh sebab hari tu hari Sabtu, parking lak full. Aku buat bodo parking keta comel aku tu kat tepi jalan jer. Aku tak tau lak lepas operation, semua pintu masuk kat shopping mall tutup selain pintu depan. Kena pulak tawaf bangunan tu. Tak pasal-pasal lak exercise tengah malam buta. Semua gara-gara Transformer.

Berbaloi ke tak? Sebagai peminat action movie, well memang berbaloi-baloi.

Dulu aku pernah complaint nape cepat sangat robot-robot tu bertukar dari robot ke kereta atau dari kereta ke robot (Transformer I and 2). Tapi untuk this franchise, aku puas hati lah jugak sebab changes tu dia show step by step.

Byk part yang aku rasa tak sesuai. May be just minor think yang orang tak berapa nak ambik berat. Contohnya:
1. Bukan main lagi bom meletup sana-sini, tapi jalan raya nya OK jer langsung tak berlubang. Mungkin jalan kat US ni lagi kuat kot kat Malaysia.
2. Aku nak sangat lah kasut high heel yang dipakai oleh Carly tu. Berlari macam mana pun tak gak koyak-koyak. Tumit nye elok jer, tak patah2.
3. Best betul dia orang berperang. Sikit calar pun tak de. Comot sikit jer. Heroin nya pun mantain cantik dari awal sampai habis.

Ada banyak lagi le. Malas nak citer. Ramai pulak yang tak setuju. Overall...robot best tapi lakonan Shia dengan Rosie tu tak berapa nak menjadi. Cinematograpy memang cantik banget.

Loser Like Me - Glee cast

Yeah, you may think that I'm a zero
But, hey, everyone you wanna be
Probably started off like me
You may say that I'm a freakshow (I don't care)
But, hey, give me just a little time
I bet you're gonna change your mind

All of the dirt you've been throwin' my way
It ain't so hard to take, that's right
'Cause I know one day you'll be screamin' my name
And I'll just look away, that's right

(Chorus)
Just go ahead and hate on me and run your mouth
So everyone can hear
Hit me with the words you got and knock me down
Baby, I don't care
Keep it up, I'm tunin' up to fade you out
You wanna be
You wanna be
A loser like me
A loser like me

Push me up against the locker
And hey, all I do is shake it off
I'll get you back when I'm your boss
I'm not thinkin' 'bout you haters
'Cause hey, I could be a superstar
I'll see you when you wash my car

All of the dirt you've been throwin' my way
It ain't so hard to take, that's right
'Cause I know one day you'll be screamin' my name
And I'll just look away, that's right

(Chorus)

Hey, you, over there
Keep the L up-up in the air
Hey, you, over there
Keep the L up, 'cause I don't care
You can throw your sticks, and you can throw your stones
Like a rocket, just watch me go
Yeah, l-o-s-e-r
I can only be who I are

(Chorus)

(Chorus)

Note:Mesti pelik, apesal tiba-tiba letak lyric lagu ni kat sini. Buang tabiat ape! Well the other way untuk release tension. Ok pe lagu ni...lirik dia pun boleh motivate kita. Sekali LOSER tak selamanya Loser. Dunia bulat. What comes around, goes around.