The last day working in year 2011

Ramai tanya apa plan hari ni sebab hari ni kan hari last untuk bekerja tahun ni. Hmm...korang ni mentang-mentanglah bos masih lagi tak balik office sebab masih tersangkut kat Betong korang boleh berangan nak jadi jin bertanduk kat ofis ni. Pagi lagi kay, jangan nak berangan.

Aku? Entahlah. Tgh carik idea. Balik awal boleh? Tak pun buat konsert kat office. Tak silap Lola ada bawak gitar tadi kan...hu3x.

Hujan...banjir

Berita (newspaper or TV) dua tiga hari ni asyik cerita tentang banjir jer. Tak heran member saja bagi alasan balik rumah sebab takut jalan masuk kampung dinaiki air.

Sekarang ni penduduk kat KM 77 Serian - Sri Aman mesti tengah hangat bercerita dalam bahasa Bidayuh tentang kejadian tanah runtuh berdekatan Kampung Semungkoi

Sapa-sapa nak balik ke Kuching dari Sri Aman atau dari Sri Aman nak ke Kuching hati-hati lah kat jalan raya. Dengar citer ada jalan alternatif dari simpang Kampung Slabi kalau dari Serian nak ke Sri Aman. Kalau dari Sri Aman kena ikut jalan melalui simpang Krait Batu 11.



Dengar citer mendapan jalan sepanjang 50 meter dan sedalam 17 kaki. Hai, sapelah yang buat jalan ni. Kalau tak silap aku jalan ni baru je siap.
Note:
Ini lah yang akan berlaku apabila mother earth berbicara... Fikir-fikirkan.
Sumber dari namaberita

A Night at Pullman

Dinner ni dah lama dah lama dah berlalu. About two weeks ago. Malas tol nak update. Lebih-lebih lagi cuti2 lama ni. hmmm...lagi malas nak update blog.
Mystery 11, untuk franchisee jer...kita orang ni bekerja. "Terpaksarela" datang. Upahnya makan tapi macam tak berbaloi jer sebab kena kelaur duit lak untuk beli baju. Keje nak buat macam mana kan3x.
Few pic for the eyes.


Note:
Merry Krismas and happy new year.
25hb (ahad) yang lepas, a few place kat Kuching dinaiki air. Kampung aku pun kena gak. Air paras lutut. Merasa gak menimba air kat dalam rumah. Hari Ahad tu jer lah. Kira bernasib baik dari rumah orang lain.
Seronok menengok bebudak main air tapi paling tak boleh nak belah, bila air naik macam2 benda masuk rumah. Semalam yang aku tak berapa boleh nak blah, ular menjalar kat bawah kaki...nasib baik ular air jer. Tak boleh nak dibayangkan ular lain.
"Teringat masa first day bawa Aisya balik dari hospital, a few hour later ada abang bomba datang sebab jiran nampak ular tedung kat bawah rumah..."

Pre X-Mas Party

End of this week dah X-Mas. Walaupun tak celebrate tapi oleh sebab kat office ni most of my colleagues is kristian, kita orang buat pre X-Mas party. Next week ramai dah start bercuti sampai next year. Selain makan-makan we have present exchange. Simple party masa office hour but quit meriah. Hux.

X-mas tree ni sponser by CT. Sebab tu tak de deco. Lepas ni nak bawak balik rumah. Nak angkut dari tingkat bawah besar bangat. Part of present yang ada.


Muka lapar ni. Tengah tunggu other colleagues yang tak sampai lagi. Ni semua teacher Smart Reader Kids.

Semua happy sebab perut dah kenyang dan hadiah pun dapat gak...

Anyway, thanks Noel for the management diary. Baru plan nak beli. So boleh jimat sen.
Merry X-MAS and Happy New Year to all SRK teacher and Kolej SRI staff...and Yani Note Blog readers.

www.picnik.com

Malam ni ada Franchisee Night. So sekarang ni tengah dalam mood party. Kerja tak fikir langsung. Event stuff yang memang dok buat kerja tak pandai nak tangkap ular pun boleh hilang dari ofis. Last minute shopping.
So tgh blokwalking tadi tervisit this blog "maribinablog.blogspot.com". Baca sepintas lalu jer dan ternampak artikel about this web www.picnik.com. Sound interesing. Why not share, mana tau berguna untuk masa lain. Bagi yang dah tau tu buat do know jer lah yer.
Kita boleh guna web ini untuk mengedit gambar sebelum dipaparkan dalam blog. Edit tool yang ada kat dalam web ni pun amat mudah dan sesuai lah untuk orang macam saya ni ha kalau boleh semua nak cepat jer. Cuba gak tadi dan inilah hasilnya. Paling best tentang web ni ialah kita tak payah register.


Gambar sebelum edit.


Gambar selepas edit guna picnik.
Selamat mencuba!!!

Saja nak share...

Note:
Kat atas tu cuma anggaran sahaja rasanya. Tuhan dah bagi kita 24 jam sehari. So pandai-pandailah nak bahagi 24 jam tu. Memang dunia sekarang ni more to material tapi tak ada yang lebih berharga dari anak-anak.
Yani sekarang ni...sampai rumah no more work. HP tu letak jauh-jauh. Tak pun off terus. Concentrate dengan orang kat rumah la pulak.