Drama Sakti Delima dihentikan.

Semalam semasa menonton WHI, Abby Fana bagi tau drama Sakti Delima dihentikan disebabkan sebab-sebab tertentu dan digantikan dengan drama Akukah Tanggang? Mula-mula aku tak ambik kisah sangat tapi kecewa gak sebab cerita tu menarik. Tapi bila aku baca Harian Metro hari ni apabila Shiela Rosly bagi tau yang tayangan drama dihentikan sebab tak lepas LPF aku jadi confuse. Alasannya sebab banyak unsur syirik dan khurafat? Kat celah mana tu?

Aku ingat lagi episod 4 hari Khamis lepas, dialog Putera Firdaus (Iqram Dinzly) dgn Melur (Bienda). Dialognya lebih kurang "Sakti Delima itu byk saktinya. Untuk manusia ia boleh menyembuhkan bermacam penyakit. Tetapi kita perlu berusaha kerana yang menentukan hanyalah Allah SWT". Aku rasa tak menyesatkan langsung.

Adakah sebab watak permaisuri bunian tu? Hmmm...watak jahat Catriona Ross. Kalau itu alasannya, tak masuk dek akal. Sbb watak tu lebih kurang sama jer dgn watak bomoh dalam drama lain yang melambak kat TV. Persoalan watak orang bunian tu Islam ke bukan? Dia org tak dengar ke salam diberi setiap kali bertemu? Atau watak Sireh budak org asli tu khurafat? Apa yg khurafatnya? Drama-drama lagenda Indonesia yg selau ditayangkan di TV yg lagi byk khurafat dan tak masuk dek akal tu kenapa lepas? Aku tak faham lah dgn LPF ni?

Seboleh-bolehnya aku nak drama ni ditayangkan balik. Tindakan LPF arahkan drama ni dihentikan tak munasabah langsung. Dia orang ada tak tengok drama ni atau takat dengar komen orang lain je. Sepatutnya mereka sokong niat baik kak Shiela. Drama ni ada byk unsur islamiknya. Mungkin ada yg terasa sebab dalam drama ni byk unsur yg tak kena dgn keadaan semasa sekarang ni. Tu yang LPF sakit hati sbb drama filem yg lepas tapisan mereka membenarkan perempuan lelaki berpeluk, keruntuhan akhlak remaja sekarang ni. Konon nak membuka mata tapi sebenarnya menggalakkan lagi.

To Kak Shiela, keep up the good work and fight for this drama.

Lepas ni terlepas ler nak tengok drama ni. Rindu dgn watak Siti Tanjung (Sapura) dan Siti Anggerik (Shiela Rosli). Dua watak ni le yg jadi penyebab aku dgn mak aku terus follow drama ni.


YANI