Trailer Breaking Down 2

Bagi yang tengah menanti sambungan Twilight: Breaking Dawn, hope enjoy the new trailer. Watak Renesmee akan dipegang oleh Mackenzie Foy. Sebenarnya Yani ada a few picture pelakon yang akan pegang watak Renesmee ni sampai dia besar tapi tak larat betul nak upload picture tu. Tunggulah rajin nanti.



Berpisah selepas 115 tahun bersama.

Masa mula-mula baca tajuk ni kat Yahoo, aku pun suspend. Wah! Kenapa dah tinggal bersama begini lama boleh berpisah? Bila aku buka halaman berita tersebut, rupa-rupanya kura-kura punya cerita.

Berita: Bibi dan Poldi yang telah bersama selama 115 tahun akhirnya berpisah setelah lebih seabad bersama. Tanda-tanda tidak serasi antara 2 ekor penyu ini dikesan oleh pihak Austria Zoo apabila Bibi (Kura-kura betina) mula menggigit belakang cengkerang Poldi. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak zoo untuk merapatkan semula hubungan Bibi dan Poldi tetapi tidak berjaya.  Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak zook untuk menyemarak semula  cinta antara 2 ekor penyu ini seperti bermain bersama dan kaunseling tapi tidak berjaya. Akhirnya Bibi dipindahkan dari kandang yang telah mereka tinggal bersama selama 36 tahun di Austria Zoo. Sebelum Zoo Austria, penyu-penyu telah tinggal bersama di Switzerland.

Notes:
Haiwan pun boleh bosan dengan pasangan yang sama. Aku ingatkat manusia jer.

Sumber: Yahoo!

Pengganti Paul the Octopus?

Kalau sesiapa ingat 2 tahun lepas semasa World Cup 2010, Paul si sotong Kurita menjadi perbualan hangat semua peminat bola apabila membuat 8 ramalan tepat mengenai keputusan perlawanan termasuk ramalan perlawanan akhir antara Belanda dan Sepanyol. (Waktu tu, aku rasa macam nak goreng je sotong tu.)


Di Poland tahun ini, mereka ada "Citta the elephant". Mereka percaya yang Citta ni ada kuasa psikik macam si Paul ni selepas bulan lepas si gajah ini telah membuat ramalan tepat tentang perlawanan antara Chelsea vs Bayern Munich dalam Champions League, Citta telah memilih Chelsea. So far, ramalan Citta ni 100% betul. Mungkin dia dah buat ramalan lain sebelun ni kot. Untuk perlawanan pertama antara Poland dan Greece, si gajah ni telah memilih Poland. Well, wait and see.

Ukraine pula, mereka ada hog. (Tak nak aku letak gambar kat sini. Tak pasal2 ada "color pink" kat sini)

P/S: Aku tak percaya ramalan-ramalan ni. Bagi aku semuanya kebetulan jer. Kesian cik gajah ni. Kalau betul, jadi lah macam Paul tu. Dapat ugutan bunuh. Hu3X. Manusia punya hal haiwan jadi mangsa.

Jadual Perlawanan EURO 2012

Esok EURO dah start. Minggu depan ramai lah datang office dengan tak bermaya sebab tak cukup tidur.

Jadual Perlawanan EURO 2012 Waktu Malaysia

Group A – EURO 2012
8 June – 11:55 night | POLAND vs GREECE
9 June – 02:45 morning | RUSSIA vs REP CZECH
13 June – 02:45 morning | POLAND vs RUSSIA
13 June – 11:55 night | GREECE vs REP CZECH
17 June – 02:45 morning | GREECE vs RUSSIA
17 June – 02:45 morning | REP CZECH vs POLAND

Group B – EURO 2012
9 June – 11:55 night | BELANDA vs DENMARK
10 June – 02:45 morning | JERMAN vs PORTUGAL
13 Jun - 11:55 night | DENMARK vs PORTUGAL
14 June – 02:45 morning | BELANDA vs JERMAN
17 Jun - 11:55 night | DENMARK vs JERMAN
17 June – 02:45 morning | PORTUGAL vs BELANDA


Group C – EURO 2012
10 June – 11:55 night | SEPANYOL vs ITALI
11 June – 02:45 morning | IRELAND vs CROATIA
14 June – 02:45 morning | SEPANYOL vs IRELAND
14 June – 11:55 night | ITALI vs CROATIA
18 June – 02:45 morning | CROATIA vs SEPANYOL
18 June – 02:45 morning | ITALI vs IRELAND

Group D – EURO 2012
11 June – 11:55 night | PERANCIS vs ENGLAND
12 June – 02:45 morning | UKRAINE vs SWEDEN
15 June – 11:55 night | SWEDEN vs ENGLAND
16 June – 02:45 morning | UKRAINE vs PERANCIS
20 June – 02:45 morning | ENGLAND vs UKRAINE
20 June – 02:45 morning | SWEDEN vs PERANCIS

P/S: Dari dulu dan sekarang aku setia dengan Jersi Orange walaupun masa World Cup hari tu kalah dengan Spain. Hu3X.

Ingat lagi dua tahun lepas masa world Cup Semifinal kalau tak salah aku. Belanda vs Brazil. Tengok live dekat Dataran Merdeka. Orang semua dok sokong Brazil. Berapa kerat jer pakai baju Orange. Mamat2 kat tengah padang siap perli2 lagi. Bila Brazil kalah semua dok diam. Ha3x Riak lagi.

Please don't do this to your kids.

Waktu tengah belek-belek berita kat Yahoo! secara tak sengaja terpandang gambar kat bawah ni. Apa pendapat anda?


Berita:  Seorang ibu dari Colorado ditahan oleh polis trafik kerana membuat pusingan-U dalam keadaan merbahaya. Semasa pemeriksaan dibuat polis tersebut mendapati ibu tersebut telah meletakkan setin gas di atas kerusi bayi siap dipasangkan dengan tali pinggang keledar. Manakala beliau dengan bayi ditempat duduk belakang tidak berbuat demikian. Gambar tersebut telah diupload ke dalam facebook sebagai peringatan untuk semua pengguna.

P/S:
Bayangkan kalau kemalangan berlaku. Tak mustahil si kecik tu akan terhumbat keluar dari tingkap atau terperesuk kat bawah kerusi kerana tak memakai talipinggang. Mungkin niat ibu itu nak pastikan tin gas itu tidak bergolek dan tertumpah. Masalahnya siapa lebih penting? Tin gas or baby kat sebelah tu?

Venus Transit 2012

Fail:Venus transit 2012 animation.gif - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Fail:Venus transit 2012 animation.gif  

Fenomena Transit Zuhrah berlaku apabila planet Zuhrah @ Venus @ Kejora muncul sebagai cakera kecil dan gelap bergerak di seluruh permukaan bumi. Ia dapat dilihat sebagai satu titik kecil di atas matahari. Di Malaysia ia berlaku hari ini bermula dari jam 6.09 pagi hingga 12.50 tengah hari. Fenomena ini hanya akan berlaku lagi lpada Disember 2117 dan Disember 2125. Maknanya ini adalah transit terakhir bagi abad ini.

Bukan semua orang bertuah dapat melihat fenomena sebegini. Ia dapat dilihat dengan mata kasar sekali sahaja dalam masa satu abad.
Sumber: Wiki.

Rainforest World Music Festival 2012

Rainforest World Music Festival (RWMF) adalah acara tahunan di Sarawak dan antara acara yang ditunggu bukan sahaja oleh Sarawakian tapi juga pelancong asing dari luar negara. Apa yang menarik mengenai acara ini ialah ia diadakan di Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Culture Village - SCV). Orang kata kalau pergi Kuching, tempat ni adalah antara tempat yang WAJIB pergi. Sebab melawat SCV ini ibarat dah melawat satu Sarawak. Sebab SCV ni macam muzium hidup. Visitor boleh belajar cara hidup dan mengenali kebudayaan semua etnik yang ada kat Sarawak ni. Mungkin itulah simboliknya RWMF diadakan di sini.

Event boss aku sendiri pun dari last year lagi tanya pasal event ni. Siap dah beli tiket dengan booked hotel sekali sebab waktu ini semua hotel akan fully booked pada mid Julai. Tak payah ke Kuching town, naik flight dari KL ke Kuching pun boleh nampak ramai foreigner.

This year RWMF akan diadakan pada 13-15 Julai. You can save the date. Tapi tak pasti lah ada tak flight dan hotel waktu tu sekarang ni. Try checked. Kalau tak mahal mesti dah tak de. Hu3X next year.

Mesti tanya apa yang best sangat tentang event ni? Sori, aku pun tak berapa nak pasti. Aku pernah pergi sekali saja. Abaut 10 years ago. Kalau dalam hati ada MUZIK tu mungkin tahu jawapannya kot. Tak payah pusing satu dunia sebab nak menghayati muzik tradisi dari negara-negara lain. Pergi kat sini je dah cukup. Rasanya.

Some pic aku ambik dari web Rainforest World Music Festival (RWMF). More Nak tau more info boleh ke Sini.