Pengganti Paul the Octopus?

Kalau sesiapa ingat 2 tahun lepas semasa World Cup 2010, Paul si sotong Kurita menjadi perbualan hangat semua peminat bola apabila membuat 8 ramalan tepat mengenai keputusan perlawanan termasuk ramalan perlawanan akhir antara Belanda dan Sepanyol. (Waktu tu, aku rasa macam nak goreng je sotong tu.)


Di Poland tahun ini, mereka ada "Citta the elephant". Mereka percaya yang Citta ni ada kuasa psikik macam si Paul ni selepas bulan lepas si gajah ini telah membuat ramalan tepat tentang perlawanan antara Chelsea vs Bayern Munich dalam Champions League, Citta telah memilih Chelsea. So far, ramalan Citta ni 100% betul. Mungkin dia dah buat ramalan lain sebelun ni kot. Untuk perlawanan pertama antara Poland dan Greece, si gajah ni telah memilih Poland. Well, wait and see.

Ukraine pula, mereka ada hog. (Tak nak aku letak gambar kat sini. Tak pasal2 ada "color pink" kat sini)

P/S: Aku tak percaya ramalan-ramalan ni. Bagi aku semuanya kebetulan jer. Kesian cik gajah ni. Kalau betul, jadi lah macam Paul tu. Dapat ugutan bunuh. Hu3X. Manusia punya hal haiwan jadi mangsa.

No comments: