Berpisah selepas 115 tahun bersama.
Masa mula-mula baca tajuk ni kat Yahoo, aku pun suspend. Wah!
Kenapa dah tinggal bersama begini lama boleh berpisah? Bila aku buka halaman
berita tersebut, rupa-rupanya kura-kura punya cerita.
Berita: Bibi dan Poldi yang telah bersama selama 115 tahun akhirnya
berpisah setelah lebih seabad bersama. Tanda-tanda tidak serasi antara 2 ekor
penyu ini dikesan oleh pihak Austria Zoo apabila Bibi (Kura-kura betina) mula
menggigit belakang cengkerang Poldi. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak
zoo untuk merapatkan semula hubungan Bibi dan Poldi tetapi tidak berjaya. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak zook
untuk menyemarak semula cinta antara 2
ekor penyu ini seperti bermain bersama dan kaunseling tapi tidak berjaya. Akhirnya Bibi dipindahkan dari kandang yang telah mereka tinggal bersama selama 36 tahun di Austria Zoo. Sebelum Zoo Austria, penyu-penyu telah tinggal bersama di Switzerland.
Notes:
Haiwan pun boleh bosan dengan pasangan yang sama. Aku ingatkat manusia jer.
Sumber: Yahoo!
No comments:
Post a Comment