Drama Sakti Delima dihentikan.

Semalam semasa menonton WHI, Abby Fana bagi tau drama Sakti Delima dihentikan disebabkan sebab-sebab tertentu dan digantikan dengan drama Akukah Tanggang? Mula-mula aku tak ambik kisah sangat tapi kecewa gak sebab cerita tu menarik. Tapi bila aku baca Harian Metro hari ni apabila Shiela Rosly bagi tau yang tayangan drama dihentikan sebab tak lepas LPF aku jadi confuse. Alasannya sebab banyak unsur syirik dan khurafat? Kat celah mana tu?

Aku ingat lagi episod 4 hari Khamis lepas, dialog Putera Firdaus (Iqram Dinzly) dgn Melur (Bienda). Dialognya lebih kurang "Sakti Delima itu byk saktinya. Untuk manusia ia boleh menyembuhkan bermacam penyakit. Tetapi kita perlu berusaha kerana yang menentukan hanyalah Allah SWT". Aku rasa tak menyesatkan langsung.

Adakah sebab watak permaisuri bunian tu? Hmmm...watak jahat Catriona Ross. Kalau itu alasannya, tak masuk dek akal. Sbb watak tu lebih kurang sama jer dgn watak bomoh dalam drama lain yang melambak kat TV. Persoalan watak orang bunian tu Islam ke bukan? Dia org tak dengar ke salam diberi setiap kali bertemu? Atau watak Sireh budak org asli tu khurafat? Apa yg khurafatnya? Drama-drama lagenda Indonesia yg selau ditayangkan di TV yg lagi byk khurafat dan tak masuk dek akal tu kenapa lepas? Aku tak faham lah dgn LPF ni?

Seboleh-bolehnya aku nak drama ni ditayangkan balik. Tindakan LPF arahkan drama ni dihentikan tak munasabah langsung. Dia orang ada tak tengok drama ni atau takat dengar komen orang lain je. Sepatutnya mereka sokong niat baik kak Shiela. Drama ni ada byk unsur islamiknya. Mungkin ada yg terasa sebab dalam drama ni byk unsur yg tak kena dgn keadaan semasa sekarang ni. Tu yang LPF sakit hati sbb drama filem yg lepas tapisan mereka membenarkan perempuan lelaki berpeluk, keruntuhan akhlak remaja sekarang ni. Konon nak membuka mata tapi sebenarnya menggalakkan lagi.

To Kak Shiela, keep up the good work and fight for this drama.

Lepas ni terlepas ler nak tengok drama ni. Rindu dgn watak Siti Tanjung (Sapura) dan Siti Anggerik (Shiela Rosli). Dua watak ni le yg jadi penyebab aku dgn mak aku terus follow drama ni.


YANI

Majlis Kahwin dan ayah masuk hospital

Hai, aku rasa dah sebulan lebih tak update blog. Almost a month buzy dgn wedding preparation, "Pak andam, pelamin, baju penagntin, sewa khemah dan bla..bla..bla..besok nak baca nikah ayah aku masuk hospital. Korang boleh bygkan mcm mane? Ada rasa mcm nak seronok? Kalau sakit demam biasa mungkin kita boleh ignore. Tapi mlam sblm majis kahwin (mlm berinai) ayah aku masuk operation theater sbb usus perut dah pecah. Even doktor sendiri tak leh nak janji pa pe pun. Ayat nye 50-50 sbb dia dah tua, jantung tak berapa nak kuat. Kalau org muda maybe boleh recover cepat tapi ayah aku dah 84++. Cucu cicit dah berderet.

Tak ke bebelah bagi...Nak berseronok mcm org lain jadi tak sedap hati. Oleh sbb majis tu dah dirancang lebih awal, show must go on. Tapi tak ler beria2 sgt mcm planning. Uhuk...

1hb Dec - Adik aku dah sampai Bintulu for majlis Akad nikah. Mak aku pun ada kat Bintulu. Ayah merajuk ngan mak sebab dia pun kalau boleh nak pegi sekali. Sebab org tua ni tak berapa nak dgr so terpaksa ler jerit. Awak pg kemudian ngan Yanti.

Entah mcm mane on the way nak ke bus station kamera tertinggal kat umah sekali ngan cincin kawin. Nasib baik sempat ambik sblm bus berlepas.


2hb. Awal pagi ayah menjerit nama Yanti. Bagi tau sakit perut. Ingatkan sakit perut biasa jer. Sbb sbm ni mmg ayah ada gastrik. Siap tanya smlm ada makan tak? Dia angguk kepala. Muka dah merah sampai bergoleng2 atas katil sbb tahan sakit. Pagi tu Yanti bwk ayah pg Hospital.
Mak baru jer sampai Bintulu. Kol 9.00 pg Yanti kol ayah admitted...maybe ptg ni masuk OT sbb ususnya dah bocor.

Kat Bintulu ramai jemputan dah datang sbb besuk majlis akad nikah.

Di Kuching, pukul 5 ptg ayah masuk dewan bedah. Pukul 6 tak keluar lagi...sampai pukul 10 mlm, operation dah siap. Tapi doktor tak benarkan masuk melawat.

3hb - "Aku terima nikahnya..." Ayah masih lagi kat ICU.

Ptg, ayah masuk wad. Doktor masih lagi katakan perkara yg sama. Be prepared, sbb ayah dah tua. Jantung tak berapa kuat dan ada darah tinggi. Bila dia sedar kita pun tak berapa pasti. Bila jumpa ayah for the first time lepas keluar dari dewan bedah...org yg kenal dia pun pasti terkejut. Dgn muka dan badan bengkak. Hampir tak kenal. Betul ke tu ayah?

4hb - Ayah masih lagi tak sedar.

5hb - Ayah masih tak sedar. Majlis bersanding masih berlangsung mcm biasa. Tapi gelak tawa...mcm hambar jer.

6hb - Ayah masih tak sedar.

7hb - masih tak sedar

8hb - masih tak sedar. Darah ayah naik mendadak dan doktor suspek mungkin dia ada strok.

9hb - ayah dah mula buka mata...

10hb - makin puih. Doktor bukan Tuhan. Mungkin dia sendiri pun tak sangka dia boleh survive. Betapa kuatnya semangat ayah. Aku rasa org muda pun mungkin tak terlawan. Tapi satu lagi berita yg amat merisaukan. Jika ayah tak respond, mungkin doktor akan buat lubang di leher supaya boleh bernafas. Yanti dah sign pun surat kebenaran.

11hb - ayah dah mula sedar dan kenal kami adik beradik.

12hb-ayah dah mula bercakap. Syukur pada Allah.

13hb - Dr tak jadi tebuk bawak leher malah tiub yg digunakan sebagai sokongan bernafas dah pun dibukak.

14hb - ayah dan mula bercakap. Syukur ya Allah.

15hb

16hb - Ayah beransur pulih. Majlis sebelah lelaki 19hb cancel.

Skrg ni pun aku tgh update blog kat sebelah katil dia. Ayah tido lena mcm baby dgn air liur melilih, aku tenyeh dgn tisu pun dia tak sedar. Mungkin ada hikmah atas semua ni. Yang aku tak jangka dah lama ayah sakit perut tak sangka boleh jadi mcm ni. Syukur la nasib dia tak sama mcm arwah kakak aku. Aku risau kalau usus yg bocor tu kanser.

Adik aku selama ayah kat hospital asyik kata, pandai ayah carik time sakit teruk mcm ni. Ye ler semua org ada kat rumah. Kalau tak hanya ada dia emak ngan Cece jer kat umah. Aku adik beradik semua merantau jauh dari Swak. Doakan ayah aku cepat sembuh.

YANI