Astro mahal?

Sudah dua malam ni aku tengok berita TV3 buat liputan tentang bil Astro (satu-satunya stesen TVberbayar) mahal. Then, org sebelah tunjukkan surat dari Astro tentang kenaikan bil dan alasan yang mereka beri senang jer...disebabkan kenaikan kos bla bla bla...

Ingat lagi first time aku pasang dekoder Astro kat rumah (about 8 years ago). Caj utk Sport + Movie + 2 mini baru jer RM79.90. Bila caj tu naik sampai RM100++ aku buang sport dengan Movie tu sebab tak de orang nak tengok. Yelah kan. Semua orang keje, Sabtu Ahad belum tentunye duduk rumah. Bayar bil tu macam gitu jer. Best way buang both Movie and Sport. So, byr RM50 jer. basic + mini.

Oleh sebab Aisya dah besar. Hari2 gaduh berebut TV aku pasang lagi satu dekoder kat umah. Duduk dalam bilik diam - diam. Kalau barang mainan bersepah atas lantai, gasak jer lah Chah. But then lepas budget last year, ada pulak goverment tax. Rakyat biasa macam kita ni pulak buat tak faham-faham kenapa goverment bagi tax kat TV berbayar. Kita tetap tutup sebelah mata, byr gak.

But then bila dapat notis dari Astro bagi tau yang bil naik lagi, baru aku teringat artikel yang aku pernah baca kat dalam Yahoo sebelum ni, bagaimana lelaki ni dan family dia dapat save USD 500 sebulan. Antara yang dia buat ialah hentikan langganan TV berbayar, kurangkan makan kat luar...


Buat aku terfikir. Kenapa lah aku boleh pasang Astro ni sampai 2. Rasanya satu cukup kat umah ni. Siang bukannya ada orang kat rumah pun. Chah ni pun petang baru ada. Sabtu Ahad bukannya tengok sangat pun TV. Kita dua orang ni lak selalu tak de kat rumah. Almost every week pergi travel.

Last-last aku cakap kat orang sebelah aku ni supaya hantar jer kad astro yang kat dalam bilik Aisya tu. Dekoder tu bagi jer kat sapa-sapa. Then, pasang ariel TV kalau TV tak berapa nak clear. Pakej TV luar tu kurangkan. Tak payah letak banyak-banyak. Bukan tengok pun. Set, besok pergi pejabat Astro kat Batu 3.

Yang baca entry aku baik korang cepat-cepat do the same. Astro ni kena ajar sikit. Every year naik kan rate tu. Alasan nye benda yang sama. Service masih macm tu gak. Kalau hujan jer terus tak de siaran. Cerita pulak asyik ulang movie, telemovie yang sama. Sampai aisya ni pun boleh hafal dialag movie.

Astro berani buat mcm ni sebab mereka satu-satunya TV berbayar kat Malaysia ni. Kalau you all ada belajar ekonomi pasti tau. Mereka the only pembekal, walaupun harga naik tapi permintaan tetap sama. Tak berubah pun. So kita sebagai pengguna sepatutnya guna kuasa kita sebagai pengguna. Tak semestinya kita boikot terus. Cara paling halus, kurangkan langganan. kalau ada 100 customer yang kurangkan langganan RM70 tukar ke ke RM 50 mereka dah lost RM2000 kat situ. Kalau 1000? 10000? Memang lah amaun tu tak banyak tapi as company yang bergantung pada service payment, terasa jugak jumlah tu. Nampak jugak perubahan kat graf.

Aku sokong dengan cadangan brother yang email dia dibaca kat TV3. ASTRO sepatutnya guna pendekatan macam telefon prabayar sekarang. Bayar apa yang diguna sahaja. Bukannya tiap-tiap hari orang tengok TV pun.

Satu perkara lagi, out of this topik. Korang perasan tak Astro first tu ibarat membantu lanun2 cetak rompak? Sebabnya dekoder Astro yang ada perakam tu boleh diguna untuk merakam movie. Mereka ni boleh ambik peluang ni untuk merakam filem dalam Astro first dan buat copy. Pelaburan tak sampai RM20 boleh untung berkali- kali ganda. Pihak berwajib, cuba cek. Betul ke tak.

So reader, gunakanlah KUASA PENGGUNA anda.

Status: Tgh BZ dgn proposal...

Hmmm...org letak status kat FB or Twitter aku letak status ni kat blog. Hu3x. Sebab simple dan aku pasti ramai yang terkejut beruk kalau aku kata aku tak de akaun for both application yang tengah in sekarang ni. Tak caya? Betul...aku tak de FB dan tak de Twitter. Kui3x...Ni mesti korang tengah gelak sakan. Sebenarnya aku ada sebab tak buka akaun aku kat situ. Tak yah le aku cite tapi pasti ramai yang boleh agak kenapa...

Sekarang ni memang tengah bz sesangat dengan marketing proposal. Bukak blog tapi aku tak update pa pe. Lagipun sekarang ni tengah excited buat program menyelam sambil minum air. Bekerja sambil melancong. Memang tak pegi jauh. Dalam Sarawak saja tapi dalam sebulan aku merayap dari Sri Aman sampai Miri. Kira macam melamcong ditaja.

Dalam kepala aku tengah berkira ni...

Sri Aman awal Julai nanti ada pesta benak. Benak tu apa??? Bila aku masuk entry pasal trip ni nanti aku cite pasal benak (Tidal bore dalam bahasa omputeh).

Sibu...aku terbayang-bayang buah dabai. (Boleh baca entry aku pasal dabai kat sini.) Sebelum ni tak sempat pegi ke Junaco Park. Kalau ada masa boleh singgah jap.


Kalau tak pun pergi ke Nirvana Memorial Park, Sibu. Dulu pernah pegi tapi tak de peluang nak masuk kat dalam. Nak curi masa pegi sini lagi lah. For info, the largest population kat Sibu ni adalah bangsa Cina dan buktinya ialah park ni. Pintu depan tu memang cantik sangat...penuh dengan identiti Cina. Kalau tipu kat kengkawan pergi Cina orang percaya. Rupa-rupanya Cina kat Sibu Sarawak je.

Bintulu ada Taman Tumbina (Taman Tumbuhan dan Binatang). Yang ni mesti koman bagi reader kat West Malaysia. Ye la kat sana ada Zoo Negara. Tapi tempat paling popular kat Bintulu ni ialah Similajau National Park. Bagi yang suka nature, ini le tempat yang patut korang pergi. May be korang boleh baca kat sini sebab byk info tentang taman ni. Kalau malas nak baca, korang boleh enjoy ngan gambar kat bawah ni.

Golden beach yang pasirnya berwarna keemasan. Kat sini selain boleh tengok penyu bertelur dari bulan Mac hingga September juga ada dolphin. Biasanya dolphin kita akan jumpa dalam berkumpulan empat ke lima ekor.

Sungai Likau ni ada buaya. Tapi setakat ni tak pernah pulak dengar buaya serang pengunjung. So kira selamat lah.

Ni Rock Formation yang boleh kita jumpa kat dalam taman ni. Selain daripada apa yang aku tunjuk kat atas ni kita jugak boleh jumpa periuk kera terkecil di dunia, yang saiznya cuma 1cm jer, Info ni aku dapat dari klik aku.

Dari Bintulu, ke Sungai Asap. Gara-gara tempat ni tak pasal-pasal kena gelak dengan officer kat Pejabat Daerah Sg Asap. Yelah, bila plan nak pegi sini semua kata tak boleh naik keta biasa. Kena naik four wheel sebab kena ikut jalan balak. Rupa-rupanya dah elok dah jalannya. Dari simpang jalan besar ke Belaga kena drive 3 jam lagi. Menarik kat sini, kalau nak merasa kehidupan orang Kayan boleh homestay kat umah panjang.

Lepas tu Miri. Miri popular dengan Taman Negara Mulu dan Niah. Tak sempat kalau nak pegi. Shopping??? Orang kata tempat ni macam JB. Barang mahal sebab biasanya warga Brunei yang datang untuk shopping. Tak pegi mana2 kot sebab for sure bila sampai Miri dah kepenatan.

So folk, for sure banyak info korang dapat dan banyak research lak kat sebelah aku. Lepas ni lama ler baru aku ada masa nak update blog. So enjoy reading, kalau boring...I'm Sorry. Short note dari aku. Kui3x.