Selamat Hari Gawai Dayak 2012

Salam...

So looong...tak update blog. Betapa jauh lari dari Malaysia. Ha3X. "Jauh lah sangat".

Honestly...memang tengah tak de mood nak menulis. Kalau ada idea pun bila dah login otak boleh block. Terus lost idea.

By the way 2morrow start cuti panjang kat Sarawak. 4 hari you sampai next monday. Tengah plan nak buat apa end of this week. May be pergi ngabang kot. (Ngabang to dalam bahasa Iban. Maknanya visiting). Kalau tak pun pergi "tracking" - jengok2 projek kat tanah ayah. Orang dah habis bersihkan ke belom.

Sepanjang Mei ni sibuk dengan preparation Gawai. Kalau nak visit Sarawak aku suggest mid May sebab banyak aktiviti kebudayaan kat Sarawak Cultural Village. Past tu ada pertandingan Kumang Gawai kat merata tempat di Sarawak ni. Rasanya kat Sarawak ni kot orang Melayu boleh masuk petandingan Ratu Cantik. Tempat lain kat Malaysia rasanya tak de.  Ada pun senyap2. Kat sini siap masuk paper. Sorry le dengan statement aku tu. Itulah kenyataannya.


Bulan Julai ni ada lagi event lagi besar. Rainforest World Musical Festival dari 13 - 15 Julai 2012. Poster kat atas itu sekarang ni boleh nampak kat mana2. Masa mula2 event ni diadakan dulu dalam 10 tahun lepas (masa daarah masih muda. Tuanya aku.) ada jugak aku pergi. Tapi sekarang ni macam tak sesuai pula rasanya. 

Tapi buat yang nak berhibur tu, tak payah nak mengeliling satu dunia untuk dengar muzik2 yang exotic, release tension bekerja, have fun and make freind. This is the place. Ramai musician dari seluruh dunia datang. AKU? Aku rasa suasana tu dah tak sesuai untuk aku dah.

Untuk yang tiba2 tersinggah, kebetulan sambut Gawai tu. SELAMAT HARI GAWAI.

P/S: Need more info tentang event kat atas ? Boleh visit kat SINI.

Kalau geli tak yah baca!

Biasanya tajuk post macam ni lagi ler orang nak baca kan...


Dua hari lepas balik rumah...berkumpul ramai-ramai adik beradik. Tak tahu lak macam mana boleh terbuka cerita pasal habit buruk salah seorang adik aku. Aku tak ingat umur dia waktu tu berapa. May be 2 atau 3 tahun...tapi habit ni memang tak leh nak diterima. Sampai kita orang boleh tanya, sedap ke? Aku tak ingat apa jawapan dia waktu tu. Tapi bila topik ni dibuka, dia akan blushing...Nasib baik tak bawa sampai ke tua.

Entah hari tu, kebetulan dia tgh online dah terus tanya En. google tentang ni dan info tu dia dapat kat sini. Just to share with you all. Geli tak yah baca...Nak percaya ke tak terpulang. My dear, sorry I pecah rahsia you kat sini. Hu3x.

DOKTOR SARAN MAKAN TAHI HIDUNG. (petikan keratan akhbar 25.8.2004)

VIENNA:Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria. Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.
  • Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih.
  • Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan, katanya.
  • Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.
  • Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma, katanya. Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikkan dan antisosial.
  • Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik, katanya.Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.