The Hobbit: Unexpected Journey

Early 2000's aku ingat lagi bertapa obsesnya aku dengan movie Lord of The Ring (LOTR), start dari The Fellowship of the Ring, The Two Tower hingga ke Return of the King. Obses tu aku rasa melampau-lampau sampai satu masa tu apabila The Return of the King main kat pawagam aku sanggup ikut maraton 9 jam hanya untuk tonton ketiga-tiga filem tu serentak walaupun kat rumah aku ada ketiga-tiga VCD (masa tu tak da lagi DVD and Blue Ray). Beku duduk kat pawagam 9 jam. Hu3x. Oleh sebab feel tak sama tengok kat rumah dgn kat cinema aku gagahkan jugak.
Then bila keluar berita a year later yang Peter Jackson nak buat pre-sequel aku tertunggu2 bila lagi ni? Almost 10 years dah and now good news. At last. Filem ni confim keluar this coming 14 Disember 2012. Malah tarikh untuk another 2 film pun dah ada. Wa...I cant wait.

So, enjoy the trailer and bagi yang tak tau about LOTR tu can go here.
 

Untuk teruskan hidup...

One month ni aku tengok bertapa berusahanya adik bungsu aku nak kurangkan berat badan. Diet no karbohidrat, no sugar, no fruit. In one month aku dengar dia dah dapat kurangkan about 5KG. Good for her. Kalau nak tau macam mana dia kuruskan badan...next time lah aku cerita.

Sebelum ni aku pernah bercerita perbezaan kita dulu dan budak-budak sekarang kat SINI. Kemewahan anak-anak yang lahir kat Malaysia ni.

Di sini aku hanya nak share video kat bawah ni, may be boleh share dengan anak - anak kita yang selalu complaint makanan hari ni tak sedap lah. Tak nak makan. Orang nak McD / KFC gak sekarang. Tanpa tanya waktu tu mak ayah ada uwang gak. Hu3x.

Video ni tentang rakyat Haiti yang berpendapatan RM6 sehari dan bagaimana mereka survive dengan makan mud cookies / biskut tanah. TANAH...siapa sanggup makan tanah?

 

Share dengan anak-anak dan kita tengok reaksi mereka.

Kredit to Mazidulakmal.com

Trailer Breaking Down 2

Bagi yang tengah menanti sambungan Twilight: Breaking Dawn, hope enjoy the new trailer. Watak Renesmee akan dipegang oleh Mackenzie Foy. Sebenarnya Yani ada a few picture pelakon yang akan pegang watak Renesmee ni sampai dia besar tapi tak larat betul nak upload picture tu. Tunggulah rajin nanti.



Berpisah selepas 115 tahun bersama.

Masa mula-mula baca tajuk ni kat Yahoo, aku pun suspend. Wah! Kenapa dah tinggal bersama begini lama boleh berpisah? Bila aku buka halaman berita tersebut, rupa-rupanya kura-kura punya cerita.

Berita: Bibi dan Poldi yang telah bersama selama 115 tahun akhirnya berpisah setelah lebih seabad bersama. Tanda-tanda tidak serasi antara 2 ekor penyu ini dikesan oleh pihak Austria Zoo apabila Bibi (Kura-kura betina) mula menggigit belakang cengkerang Poldi. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak zoo untuk merapatkan semula hubungan Bibi dan Poldi tetapi tidak berjaya.  Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak zook untuk menyemarak semula  cinta antara 2 ekor penyu ini seperti bermain bersama dan kaunseling tapi tidak berjaya. Akhirnya Bibi dipindahkan dari kandang yang telah mereka tinggal bersama selama 36 tahun di Austria Zoo. Sebelum Zoo Austria, penyu-penyu telah tinggal bersama di Switzerland.

Notes:
Haiwan pun boleh bosan dengan pasangan yang sama. Aku ingatkat manusia jer.

Sumber: Yahoo!

Pengganti Paul the Octopus?

Kalau sesiapa ingat 2 tahun lepas semasa World Cup 2010, Paul si sotong Kurita menjadi perbualan hangat semua peminat bola apabila membuat 8 ramalan tepat mengenai keputusan perlawanan termasuk ramalan perlawanan akhir antara Belanda dan Sepanyol. (Waktu tu, aku rasa macam nak goreng je sotong tu.)


Di Poland tahun ini, mereka ada "Citta the elephant". Mereka percaya yang Citta ni ada kuasa psikik macam si Paul ni selepas bulan lepas si gajah ini telah membuat ramalan tepat tentang perlawanan antara Chelsea vs Bayern Munich dalam Champions League, Citta telah memilih Chelsea. So far, ramalan Citta ni 100% betul. Mungkin dia dah buat ramalan lain sebelun ni kot. Untuk perlawanan pertama antara Poland dan Greece, si gajah ni telah memilih Poland. Well, wait and see.

Ukraine pula, mereka ada hog. (Tak nak aku letak gambar kat sini. Tak pasal2 ada "color pink" kat sini)

P/S: Aku tak percaya ramalan-ramalan ni. Bagi aku semuanya kebetulan jer. Kesian cik gajah ni. Kalau betul, jadi lah macam Paul tu. Dapat ugutan bunuh. Hu3X. Manusia punya hal haiwan jadi mangsa.

Jadual Perlawanan EURO 2012

Esok EURO dah start. Minggu depan ramai lah datang office dengan tak bermaya sebab tak cukup tidur.

Jadual Perlawanan EURO 2012 Waktu Malaysia

Group A – EURO 2012
8 June – 11:55 night | POLAND vs GREECE
9 June – 02:45 morning | RUSSIA vs REP CZECH
13 June – 02:45 morning | POLAND vs RUSSIA
13 June – 11:55 night | GREECE vs REP CZECH
17 June – 02:45 morning | GREECE vs RUSSIA
17 June – 02:45 morning | REP CZECH vs POLAND

Group B – EURO 2012
9 June – 11:55 night | BELANDA vs DENMARK
10 June – 02:45 morning | JERMAN vs PORTUGAL
13 Jun - 11:55 night | DENMARK vs PORTUGAL
14 June – 02:45 morning | BELANDA vs JERMAN
17 Jun - 11:55 night | DENMARK vs JERMAN
17 June – 02:45 morning | PORTUGAL vs BELANDA


Group C – EURO 2012
10 June – 11:55 night | SEPANYOL vs ITALI
11 June – 02:45 morning | IRELAND vs CROATIA
14 June – 02:45 morning | SEPANYOL vs IRELAND
14 June – 11:55 night | ITALI vs CROATIA
18 June – 02:45 morning | CROATIA vs SEPANYOL
18 June – 02:45 morning | ITALI vs IRELAND

Group D – EURO 2012
11 June – 11:55 night | PERANCIS vs ENGLAND
12 June – 02:45 morning | UKRAINE vs SWEDEN
15 June – 11:55 night | SWEDEN vs ENGLAND
16 June – 02:45 morning | UKRAINE vs PERANCIS
20 June – 02:45 morning | ENGLAND vs UKRAINE
20 June – 02:45 morning | SWEDEN vs PERANCIS

P/S: Dari dulu dan sekarang aku setia dengan Jersi Orange walaupun masa World Cup hari tu kalah dengan Spain. Hu3X.

Ingat lagi dua tahun lepas masa world Cup Semifinal kalau tak salah aku. Belanda vs Brazil. Tengok live dekat Dataran Merdeka. Orang semua dok sokong Brazil. Berapa kerat jer pakai baju Orange. Mamat2 kat tengah padang siap perli2 lagi. Bila Brazil kalah semua dok diam. Ha3x Riak lagi.

Please don't do this to your kids.

Waktu tengah belek-belek berita kat Yahoo! secara tak sengaja terpandang gambar kat bawah ni. Apa pendapat anda?


Berita:  Seorang ibu dari Colorado ditahan oleh polis trafik kerana membuat pusingan-U dalam keadaan merbahaya. Semasa pemeriksaan dibuat polis tersebut mendapati ibu tersebut telah meletakkan setin gas di atas kerusi bayi siap dipasangkan dengan tali pinggang keledar. Manakala beliau dengan bayi ditempat duduk belakang tidak berbuat demikian. Gambar tersebut telah diupload ke dalam facebook sebagai peringatan untuk semua pengguna.

P/S:
Bayangkan kalau kemalangan berlaku. Tak mustahil si kecik tu akan terhumbat keluar dari tingkap atau terperesuk kat bawah kerusi kerana tak memakai talipinggang. Mungkin niat ibu itu nak pastikan tin gas itu tidak bergolek dan tertumpah. Masalahnya siapa lebih penting? Tin gas or baby kat sebelah tu?

Venus Transit 2012

Fail:Venus transit 2012 animation.gif - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Fail:Venus transit 2012 animation.gif  

Fenomena Transit Zuhrah berlaku apabila planet Zuhrah @ Venus @ Kejora muncul sebagai cakera kecil dan gelap bergerak di seluruh permukaan bumi. Ia dapat dilihat sebagai satu titik kecil di atas matahari. Di Malaysia ia berlaku hari ini bermula dari jam 6.09 pagi hingga 12.50 tengah hari. Fenomena ini hanya akan berlaku lagi lpada Disember 2117 dan Disember 2125. Maknanya ini adalah transit terakhir bagi abad ini.

Bukan semua orang bertuah dapat melihat fenomena sebegini. Ia dapat dilihat dengan mata kasar sekali sahaja dalam masa satu abad.
Sumber: Wiki.

Rainforest World Music Festival 2012

Rainforest World Music Festival (RWMF) adalah acara tahunan di Sarawak dan antara acara yang ditunggu bukan sahaja oleh Sarawakian tapi juga pelancong asing dari luar negara. Apa yang menarik mengenai acara ini ialah ia diadakan di Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Culture Village - SCV). Orang kata kalau pergi Kuching, tempat ni adalah antara tempat yang WAJIB pergi. Sebab melawat SCV ini ibarat dah melawat satu Sarawak. Sebab SCV ni macam muzium hidup. Visitor boleh belajar cara hidup dan mengenali kebudayaan semua etnik yang ada kat Sarawak ni. Mungkin itulah simboliknya RWMF diadakan di sini.

Event boss aku sendiri pun dari last year lagi tanya pasal event ni. Siap dah beli tiket dengan booked hotel sekali sebab waktu ini semua hotel akan fully booked pada mid Julai. Tak payah ke Kuching town, naik flight dari KL ke Kuching pun boleh nampak ramai foreigner.

This year RWMF akan diadakan pada 13-15 Julai. You can save the date. Tapi tak pasti lah ada tak flight dan hotel waktu tu sekarang ni. Try checked. Kalau tak mahal mesti dah tak de. Hu3X next year.

Mesti tanya apa yang best sangat tentang event ni? Sori, aku pun tak berapa nak pasti. Aku pernah pergi sekali saja. Abaut 10 years ago. Kalau dalam hati ada MUZIK tu mungkin tahu jawapannya kot. Tak payah pusing satu dunia sebab nak menghayati muzik tradisi dari negara-negara lain. Pergi kat sini je dah cukup. Rasanya.

Some pic aku ambik dari web Rainforest World Music Festival (RWMF). More Nak tau more info boleh ke Sini.


Selamat Hari Gawai Dayak 2012

Salam...

So looong...tak update blog. Betapa jauh lari dari Malaysia. Ha3X. "Jauh lah sangat".

Honestly...memang tengah tak de mood nak menulis. Kalau ada idea pun bila dah login otak boleh block. Terus lost idea.

By the way 2morrow start cuti panjang kat Sarawak. 4 hari you sampai next monday. Tengah plan nak buat apa end of this week. May be pergi ngabang kot. (Ngabang to dalam bahasa Iban. Maknanya visiting). Kalau tak pun pergi "tracking" - jengok2 projek kat tanah ayah. Orang dah habis bersihkan ke belom.

Sepanjang Mei ni sibuk dengan preparation Gawai. Kalau nak visit Sarawak aku suggest mid May sebab banyak aktiviti kebudayaan kat Sarawak Cultural Village. Past tu ada pertandingan Kumang Gawai kat merata tempat di Sarawak ni. Rasanya kat Sarawak ni kot orang Melayu boleh masuk petandingan Ratu Cantik. Tempat lain kat Malaysia rasanya tak de.  Ada pun senyap2. Kat sini siap masuk paper. Sorry le dengan statement aku tu. Itulah kenyataannya.


Bulan Julai ni ada lagi event lagi besar. Rainforest World Musical Festival dari 13 - 15 Julai 2012. Poster kat atas itu sekarang ni boleh nampak kat mana2. Masa mula2 event ni diadakan dulu dalam 10 tahun lepas (masa daarah masih muda. Tuanya aku.) ada jugak aku pergi. Tapi sekarang ni macam tak sesuai pula rasanya. 

Tapi buat yang nak berhibur tu, tak payah nak mengeliling satu dunia untuk dengar muzik2 yang exotic, release tension bekerja, have fun and make freind. This is the place. Ramai musician dari seluruh dunia datang. AKU? Aku rasa suasana tu dah tak sesuai untuk aku dah.

Untuk yang tiba2 tersinggah, kebetulan sambut Gawai tu. SELAMAT HARI GAWAI.

P/S: Need more info tentang event kat atas ? Boleh visit kat SINI.

Kalau geli tak yah baca!

Biasanya tajuk post macam ni lagi ler orang nak baca kan...


Dua hari lepas balik rumah...berkumpul ramai-ramai adik beradik. Tak tahu lak macam mana boleh terbuka cerita pasal habit buruk salah seorang adik aku. Aku tak ingat umur dia waktu tu berapa. May be 2 atau 3 tahun...tapi habit ni memang tak leh nak diterima. Sampai kita orang boleh tanya, sedap ke? Aku tak ingat apa jawapan dia waktu tu. Tapi bila topik ni dibuka, dia akan blushing...Nasib baik tak bawa sampai ke tua.

Entah hari tu, kebetulan dia tgh online dah terus tanya En. google tentang ni dan info tu dia dapat kat sini. Just to share with you all. Geli tak yah baca...Nak percaya ke tak terpulang. My dear, sorry I pecah rahsia you kat sini. Hu3x.

DOKTOR SARAN MAKAN TAHI HIDUNG. (petikan keratan akhbar 25.8.2004)

VIENNA:Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria. Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.
  • Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih.
  • Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan, katanya.
  • Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.
  • Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma, katanya. Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikkan dan antisosial.
  • Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik, katanya.Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.

Miri...I come again!

Well...lama tak menulis. Sooo...bz mengalahkan manager huk2x. Sepanjang Feb ni travel jer keja aku. Baru jer balik Sibu last Monday. Tomorrow dah nak travel ke Miri lak. 3rd time in 6 months. Sampai orang rumah tanya, "Ada org tunggu ke kat sana?" Kui3x. Kalau betul sapa nak jawap? Keje kan...

Gambar2 masa ke Miri hari tu pun tak sempat2x nak up load. First time nak pegi hari tu siap buat research nak pegi mana. Kali kedua pegi...nasib baik ada tourist guide. Third time ni lak rasa malas la pulak.

Rajin2x nanti I will upload the pic. Tapi third time ni rasa nak pegi tracking ler pulak kat Taman Negara Lambir.