Mana aku pergi???
11 Julai 2010 – Awal2 pagi aku dah keluar pg KL Central coz nak catched flight call 8.15 utk balik KUCHING. Hari ni naik MAS - airbus. Dah lama aku tak naik MAS. Asyik2 Air Asia. Buat mcm ner, tak de budget. Hari tu terbeli MAS sbb bila aku compare hg nak balik hari ni, Air Asia lagi mahal. So, as pembeli berhemah aku beli yg paling murah. MAS ler jwpn nye. Mesti korang pelik kan. Apasal Air Asia boleh mhl. Jwpnnya hari ini ada big event kat Kuching. International Rain Forest Festival.
Buat yg nak terbang tu, before beli better u check prize. Compare hg antara MAS and Air Asia / Air Asia and Firefly. Tapi, kalau naik MAS mmg puas hati walau mcm mana pun hg nya. Service mmg tip top.
12-13 Julai 2010 – Aku lepak kat rumah sambil2 tlg mak aku buat preparation. Hari sabtu nanti ada majlis cukur jambul anak adik aku.
Dah lama aku tak drive sampai bandar Kuching. Sblm ni, nak shopping pun aku pg Tabuan Jaya. Tak pun sampai Spring jer. Dah berubah benar Kuching Town. Paling aku bengang ialah cara org kt sini memandu. Nak park keta ikut suka, nak masuk lorong pun ikut suka dorg. Kalau jln besar tak pe, ni jln kecik jer. Tak fhm aku. Paling nampak jln kat Kuching ni makin buruk. Lobang sana-sini, lampu jalan tak de. Dua tiga tahun sblm ni ok jer. Aku ingatkan aku dah terbiasa ngan jln kat KL, bila tanya kat mak aku jwb nye...Mmg dari dulu lagi jln ni buruk mcm ni. Kalau ok pun jln tertentu jer. TERTENTU? Maksud mak aku tu jln yg biasa ORG2 BESAR SWAK ni pakai. Org Swak mesti fhm maksud aku...Politik.
Pagi tadi ada call suruh dtg interview...
14 Julai 2010 – Interview. Aku saja nak pg, practice skill. Hu3x. Aku dtg lambat sbb tak jumpa office. Baru jer nak blah kerani nya call. Aku patah balik. Interview nya biasa jer. Malas nak cerita.
15 – 16 Julai 2010 – Masuk keja baru. Suasana baru dan segala2 nya.
BARU: Masa keja for the 1st month pukul 9.00am – 6.00pm. Lepas tu aku akan start shift. Helpdesk, bisalah kan. Pakaian kasual. So, lepas ni baju kurung / office wear semua aku simpan dlm almari. Jadi hiasan. Collegue aku 95% chinese. Tempat keja dalam banglo OK, bukan kat office. Mmg peace sgt. Oleh sbb waktu keja start lambat aku tak merasa traffic jem masa pg keja dan balik pun jln dah clear.
17 Julai 2010 – Majlis cukur jambul anak buah aku. Ya ALLAH, penat gila. Aku tak stop dr pg sampai ke majlis start. Aku duduk dapur jer sampai majlis habis...dgn tak mandinye.
18 Julai 2010 – Aku rehat. Tidur sampai ptg. Kesian Cece. Sblm ni nak bwk pg taman. Aku penat...aku buat2 lupa. SORRY SAYANG!
19 – 23 Julai 2010 - Keje. Belajar sistem. Nak buat mcm mane. Kalau tak belajar tak tau. Kalau tak tau mcm mane nak buat keja?
21 Julai 2010 – Bday Cece yg keempat tahun. Dah besar anak Mummy. So, aku tempah kek Tiramisu.
24 – 25 Julai 2010 – Adik aku balik dr Saratok. Kalau minah ni ada, tak duduk rumah ler. Buat apa lagi. Jalan lah. Malam 24, buat bday party utk Cece. Aku buat spegetti. Hari ni belajar perkataan baru dr mak aku. Bukan spegeti ye tapi Spekeriti. Bukan main lagi ko gelak ye Yanti. First time buat, habis jugak.
Hari ini 26 Julai 2010 – Bwk Cece pg Klinik. Then pg TASKI ABIM kat Tabuan Jaya. Register dia kat situ. Aku tanya nak sekolah kat sini tak? Dia geleng kepala. Ko nak ke tak nak, nasib ler CE...mummy dh register pun.
So lepas ni macam ni ler aku tulis blog. Sbb tu la namanya Yani Note. Note tu...ringkasan kan!
YANI
Twilight Saga: Eclipse
Meadow Bella-Edward memang cantik sgt. Manalah mereka dpt carik tempat tu kan...CGI ler tu. Dlm Eclipse ni wtk Bella benar2 dh jadi matang. Kenapa aku rasa Jacob lagi menonjol dr Edward? Namun aku puji Rob sebab beliau dpt adunkan perasaan cinta, jaelous, prihatin tu dgn baik sekali. Especiallydlm tent.
Alice semakin gemalai pergerakannya spt dlm buku.Yes, Rosalie mmg cantik compare dlm New Moon. At last Jasper dpt byk dialog selain drpd mimik muka yg suffer sbb ketagih drh. Tapi yg aku tak leh blah, rambut carlisle. Boleh tak buat elok sikit? Yg aku suka sgt perubahan mata semasa sblm jadi vampire, slps dan color gold yg makin pudar bila the vege tu perlu mkn.
Aku tak puas hati le dgn wolf. Nampak CGI ssgt. Especially part Bella - Jacob masa mereka berlatih mcm mana nak kalahkan vampire muda. Patut kena polish lagi kat situ. Ramai yg komen kenapa Jacob asyik tak pakai baju. Jawapannya, kenalah baca buku. Hu3x. Jg byk complain kalau tak tahu.
Parenthood. Inilah yg aku nampak dlm filem ini. Pengarah berjaya tunjukkan betapa kuatnya hubungan antara Bella dgn Renee. Yg aku tak boleh blah, tapi sweet ssgt masa Chief Swan (Billy Burke) bertanya kat Bella ttg protection dan Bella jwb Edward tu old - fashion dan dia still virgin. Billy Burke dpt bua situasi awkward yg pendek ni menarik. Begitu juga Esme - Carlisle yg secara spontan akan bertanggungjawab pada vampire yg baru mereka jumpa. Dlm buku nama watak ni Bree Tanner. Tak puas dgn babak pertarungan. Kalau boleh, tambah ler sikit.
Dimulakan di Bella-Edward meadow dan diakhiri di tempat yg sama.
Aku puas hati tgk dan tak rugi rasanya sbb beberapa hari ini kerja aku asyik mencari tiket je. Aku pun tak heran kalau ada yg kata akan tgk lagi dan lagi dan lagi.
YANI
Predators (2010)
Ceritanya bermula apabila Royce (Adrien Brody) jatuh dari langit bersama beberapa yg lain. Kesemua mereka mempunyai latarbelakang berbeza, tetapi yg pastinya kesemua mereka mempunyai persamaan yang sama, pemangsa. Dah nama filemnya thriller dan diklassifikasi sbg 18SG, of course ada byk darah dan action.
Yg aku confuse, senjata yg mereka guna tak sama seolah-olah mereka diculik dari era yg berbeza.
Tadi aku ada cakap aku nak block filem Predator (1987) dan tak nak buat perbandingan tapi tak boleh. Sebab bg yg pernah tengok filem2 Predator sblm ni mungkin akan rasa tak ada yg baru pun dlm filem ini. Even part last Royce berlawan dgn Predator sama saja dgn part Maj Dutch (Arnold Schwarzenegger) dalam Predator (1987) iaitu melumur bdn dgn lumpur utk mengelak haba badan dari dikesan. Mungkin yg barunya adalah part api semasa pertarungan tersebut dan juga perlawanan pedang antara Huzan / Yakuza (Louis Ozawa Changchien) dgn Predators.
Sound effect biasa jer, bising dan menyakitkan telinga aku. Adrenalin aku tak naik langsung sbb tak ada action yg mendebarkan. Pemandang dekat valley, di mana semua pelakon nampak planet2 kat langit mcm tak real tapi aku suka hutan tempat mereka berlakon. Cantik.
Aku rasa watak Royce tu tak begitu meyakinkan. Kalau watak Noland (Laurence Fishburne) tak mati atau lambat dimatikan, dia pasti akan tenggelam. Salute dgn Fishburne, walaupun kejap jer wtk nya tapi aku masih ingat sampai skrg. Bercakap secara berbisik dan separuh gila sbb lama sgt dah kat tempat tu. Ending, tak berapa nak sesuai. Mungkin aku ni jenis nak ending yg betul2 sampai. Kalau kau dah terperangkap kat situ, mesti carik jalan keluar. Lebih kurang mcm tu la.
Overall, aku bagi 6/10. Sbb bila keluar jer adik aku terus kata tak best. Tak leh nak lawan Predator (1987). Aku rasakan, kalau watak Major Dutch tu diwujudkan balik dan diculik bersama-sama dgn mereka ni mesti best.
Pulangkan semua.
YANI
Juara Baru World Cup 2010
Belanda
WC 2010 adalah penyertaan mereka untuk kali ke 8. Tak pernah menang, tapi 3 kali masuk final termasuk WC2010.
- Penyertaan pertama pd thn 1934 di Itali setakat pusingan pertama.
- Penyertaan kedua pd thn 1938 di Perancis juga setakat pusingan pertama.
- Penyertaan kali ke-3 pd thn 1970 di Jerman Barat, berjaya masuk final tetapi kalah pada West Germany (host) 2 - 1. Kaki bola mesti kenal lagenda bola sepak Jerman Frank Beckenbauer.
- Penyertaan kali ke-4 pd thn 1978 di Argentina, juga sampai final tetapi kalah pada Argentina 3-1. Final waktu ni Dutch menuduh Argentina sengaja menggunakan taktik jahat dgn melengahkan waktu perlawanan dan menyebabkan havoc dikalangan penontot. (Cik pun tak tau. Waktu ni tak lahir lagi).
- Penyertaan kali ke-4, pd thn 1990 di Itali. Berjaya sampai pusingan kalah mati (round 16) shj. Again, kalah pada West Germany 2 - 1. West Germany menang title WC champin kali ke-3 mengalahkan Argentina. Tak salah aku Maradona pun ada jugak time ni.
- Penyertaan kali ke -5 , pada tahun 1994 di USA, berjaya sampai Quarter Final. Kalah pada Brazil 3-2. Tahun ni juaranya adalah Brazil yang mengalahkan Argentina 3-2 (sepakan penalti). Kaki bola...ingat Romario. Lagenda bola Brazil selain Pele. Aku berpeluang jugak la tgk mamat ni main kat pdg.
- Penyertaan ke-6, thn 1998 di Perancis. (Aku ingat lagi final thn ini sbb masa tu kat UUM. Waktu tu cuti ptghn semester. Aku tak balik. So layan bola la). Netherlands ditangga ke-4. Kalah pada Crotia 2-1 utk tempat ke-3. Waktu ni mesti korang ingatkan. Ada Zidane, Petit, Ronaldo, Fabian Barthez dan player yg aku minat Robero Carlos. Org nye comel je kat Padang and also Dennis Bergkamp. WC thn ni pg kat France lepas kalahkan Brazil 3-0.
- Penyertaan ke - 7, thn 2006 di Jerman. Berjaya sampai pusingan kalah mati (round 16). Kalah pada Portugal 1-0
- Penyertaan ke-8 tahan 2010 di Afrika Selatan. Final. Result? 11 Julai baru tahu.
YANI
Spain beat Germany 1-0
Tapi yg pastinya aku salute le ngan Paul si Octopus tu. Mmg betullah ramalan dia. Aku rasa kalau dia boleh bercakap mungkin dia dah siap bg berapa gol dan minit keberapa. Apa2 pun final ni Netherlands mesti kalahkan Spain.
YANI
3 reson why Germany will win.
Although Germany will miss scoring threat Thomas Müller because of a one-game suspension for accumulation of yellow cards, the team has plenty of offensive firepower to fill the void. Lukas Podolski, Mesut Özil, and, of course, Miroslav Klose will force
Here are the top three reasons why
1) Miroslav Klose
When it comes to putting the ball in the back of the net in the World Cup, there’s no one better than the 32-year-old Polish-born former carpenter, Miroslav Klose. Only
2) Organization
3) They strike early, score in bunches
When it comes to breaking down opponents,
Paul, Jerman or Spain?
6hb Julai (smlm), Paul telah meramalkan Sepanyol akan mengalahkan Jerman. TV nasional Jerman siap buat siaran langsung dan minta Paul bual ramalan sekali lagi. Pilihan tetap sama. Paul pilih Sepanyol.
Positif - Mungkin Paul pilih yg Sepanyol kalah.
Negatif - Jerman kalah.
Utk penyokong Jerman, uol percaya kt sotong ni ke atau player korang. Kalau dr performance aku percaya Jerman boleh kalahkan Sepanyol.
Teori adik aku: Sotong kurita ni suka warna merah, sebab tu lah dia pilih Sepanyol sbb bendera Sepanyol ada byk merah kalau compare to Jerman. Logik jugak, sbb sblm ni kebayakan negara yg dikalahkan (England, Australia, Ghana, Argentina, Slovakia, Brasil) tak de color merah sgt except Serbia yg telah kalahkan Jerman ari tu.
Bg aku apa pun yg diramalkan si Octopus ni aku masih yakin Jerman akan menang. Final Nethelands vs Jerman.
Belanda oh Belanda...
Walaupun game awal pg, sehari sblm nye aku penat shopping...aku gagahkan jugak bangun pagi. Berbaloi bgn sbb once again Netherlands won big. Tgh tunggu lawan utk final. Jerman or Spain? Kalau aku, off course aku pilih Jeman. N3 aku dulu pun aku dah tetapkan target aku. Final - Netherlands vs Germany. So, kita tunggu jerla pagi ni...
YANI
MOHD juara mentor 4
ps: Gambar aku ambik dr www.beautifulnara.com
YANI
Aktiviti Hujung Minggu
Sabtu
Pagi aku pg Nilai 3. Utk yg nak buat preparation tunang dan kahwin, tempat ni mmg heaven. Byk sgt pilihan. Memang aku suggest ssgt tempat ni. Utk yg nak shopping kain/tudung/brg rumah, kalau tinggal dekat2 situ ok la tapi yg dok jauh mcm KL baik tak yah. Buang masa jer. Tak berbaloi langsung. Baik korang pg Jln TAR / Jln Masjid India, lagi byk murah. Mlm nya aku sambung shopping kt pasar malam belakang umah.
Ahad
Petang aku pg Jalan TAR ngan Ina. Borong kain ngan tudung kat Muaz Textile. Tak de nye aku nak pg Ariani / Aalia. Kalau terror pilih, korang boleh dpt kualiti sama jer mcm tudung Ariani kt pasar malam.
Malam aku merempit ngan adik aku pg Down Town Cheras carik jeans.
Pagi Isnin mmg aku KONG (tak larat / penat).
YANI
Dont Cry Argentina!!!
Pertahanan German malam ni mmg superb. Tadi bila gol Argentina dibatalkan aku terus ckp kat ex-housemate aku. Tanda kalah. Sama mcm Brasil semalam. So Argentina fan, DONT CRY FOR ME ARGENTINA...
YANI
Netherlands beat Brasil 2:1
Aku ngan Fatah dah siap pakai bg orange, walaupun bukan baju Netherland tapi aku dh siap psg niat. Aku ckp kt Fatah, kalau Netherland masuk semi aku beli baju team tu. He3x. Mmg kena beli lah. Entah mcm mane, aku tak tau ler abg ni sokong Brasil atau tak. Tapi nampak jer kita org terus jer jerit HIDUP NETHERLANDS! Aku tak pasti le dia sokong sape. Aku juga tak tau dia betul2 maksudkannya atau nak provok jer. Yg pastinya penyokong Brasil mlm ni lebih ramai dr Netherlands.
Lepas hampar newspaper Fatah kata kat aku, "Aku rasa Brasil kalah mlm ni". Aku sengih jer. Nothing Impossible. Then both team keluar. Netherlands pakai baju orange mcm biasa. Brasil tak pakai baju yg selalu dipakai (Kuning) . Hari ini Brasil pakai baju biru. Aku pandang Fatah. "Beb, aku rasa Brasil kalah mlm ni sebab pakai baju Biru". Fatah sengih jer.
Apabila 1st goal Brasil tak dikira. Aku pdg Fatah. "Rasanya firasat kita betul".
Then Brasil jaringkan 1st goal. Riuh gile dtrn. Aku tak tau ler awek mane, siap melompat-lompat lagi. Hello, awak tu kt mana? Kalau seronok sgt pun tak yah ler nak melompat-lompat mcm kera. Habis 1st half, Brasil lead. Lepas tu drizzling.
2nd half, Netherlands fightbacks and buried Brasil. (Sukanya aku ngan ayat ni.)
Bygn kekalahan Brasil makin ketara. Apabila Kapten Brasil, Felipe Melo mengisi gol sendiri. 20 minit terakhir, beliau dilayangkan kad merah sbb mengasari pemain Netherlands. Bila Wesley Sneijder menjaringkan gol ke-2 Netherlands minit ke 68, peminat Brasil dah senyap. Ada yg blah awal. Kat sini game dah start rancak, Brasil serang balik dan aku puji kat pertahanan Netherlands. Sebab last 10 minit tu mmg amat2 menakutkan. Dia org mmg kena main dgn baik sbgi menebus kesilapan dia org masa Brasil jaringkan gol diawal game. Netherlands menang, Brasil bye, bye.
Aku rasa punca kekalahan Brasil adalah dia org terlalu confident. Gol awal dia org dpt pun sbb Netherlands player masih lagi dlm keadaan NERVOUS. Yelah, main dgn team ranking pertama dunia yang dah menang 5 kali dan since aku start tengok bola, tak pernah lagi aku tgk Brasil tak sampai semi-final.
Mlm ni Argentina vs Germany...aku go for Germany. Final aku nak tgk Germany vs Netherlands. For host kt dtrn Merdeka yg sblm ni asyik kata dia nak tgk final Argentina vs Brasil...sorry. Tengok dalam mimpi jer.
YANI
Twilight Saga: Eclipse
Bella (Kirsten Stewart) once again finds herself encircled with danger as Seattle is ravaged by a sequence of mystifying killings and a spiteful vampire who continues her quest for revenge. In the midst of it all, she is forced to choose between her love for Edward Cullen (Robert Pattinson) and her friendship with Jacob (Taylor Lautner) as the struggle between vampires and werewolves continues. Other than that, there is still another choice for Bella to make, mortality or immortality?
Note:
Tak sabar nak tunggu filem ni.
Siapa dah baca buku ni angkat kaki? Kalau yg betul2 ikut kisah Edward-Bella-Jacob ni mesti tak sabar nak tonton movie. Sama le ngan aku. Aku rasa aku dah baca buku ni lebih dari 3 kali.
1. Masa Billy Black bercerita tentang legenda Quileute. Kenapa ware wolf bermusuh dgn Vampire.
2. Betapa sweetnya Edward menghantar Bella untuk berjumpa dgn Jacob.
3. Part Jacob cium Bella di garage dan pertengkaran antara Edward – Jacob di depan rumah Bella.
4. Masa Edward melamar Bella. Kalau boleh buat le lama sikit.
5. Aku dgr ada part Rosalie dgn tunangnya sblm dia jadi vampire. Aku nak juga kisah mcm mana Jasper boleh jadi vampire dan bagaimana dia jumpa dgn
6. Sesi latihan vampire dgn ware wolf. Bagaimana mesranya Bella semasa Jacob dalam bentuk ware wolf.
7. Sebelum peperangan berlaku, dlm khemah antara Jacob-Bella-Edward. Yang dah baca tentu tahu part ni mmg romantic sgt. Mesti lagi ramai yg akan jatuh cinta dgn Edward dan akan rasa simpati sgt kat Jacob.
8. Of course peperangan tu. Kalau boleh ware wolf tu biarlah nampak real sikit. Tak mcm sblm ni (dlm New Moon), ware wolf tu kdg2 nampak kecik, kdg2 besar.
YANI
To forgive and to forget…
Bagi aku org yg sanggup meminta maaf itu sgt berani kerana untuk dptkan kekuatan berjumpa dan memohon maaf tu amat sukar. Ye lah, semua manusia tu ada egonya. Org yg memberi maaf itu tentunya org yg besar hatinya kerna bukan mudah utk memberi kemaafan, lebih2 lagi jika kesalahan tu akan sentiasa dilihat seumur hidup.
Mungkin korang pelik…apa yg aku merepek ni.
Hati aku? Pada DIA, aku maafkan tapi boleh ke aku lupa. Entahlah…Biar lah masa menentukan semua. Aku tak berdendam tapi boleh ke kita bersikap macam tak de apa yg berlaku? Perasaan “tak selesa tu pasti ada” kan!
YANI