Ceritanya bermula apabila Royce (Adrien Brody) jatuh dari langit bersama beberapa yg lain. Kesemua mereka mempunyai latarbelakang berbeza, tetapi yg pastinya kesemua mereka mempunyai persamaan yang sama, pemangsa. Dah nama filemnya thriller dan diklassifikasi sbg 18SG, of course ada byk darah dan action.
Yg aku confuse, senjata yg mereka guna tak sama seolah-olah mereka diculik dari era yg berbeza.
Tadi aku ada cakap aku nak block filem Predator (1987) dan tak nak buat perbandingan tapi tak boleh. Sebab bg yg pernah tengok filem2 Predator sblm ni mungkin akan rasa tak ada yg baru pun dlm filem ini. Even part last Royce berlawan dgn Predator sama saja dgn part Maj Dutch (Arnold Schwarzenegger) dalam Predator (1987) iaitu melumur bdn dgn lumpur utk mengelak haba badan dari dikesan. Mungkin yg barunya adalah part api semasa pertarungan tersebut dan juga perlawanan pedang antara Huzan / Yakuza (Louis Ozawa Changchien) dgn Predators.
Sound effect biasa jer, bising dan menyakitkan telinga aku. Adrenalin aku tak naik langsung sbb tak ada action yg mendebarkan. Pemandang dekat valley, di mana semua pelakon nampak planet2 kat langit mcm tak real tapi aku suka hutan tempat mereka berlakon. Cantik.
Aku rasa watak Royce tu tak begitu meyakinkan. Kalau watak Noland (Laurence Fishburne) tak mati atau lambat dimatikan, dia pasti akan tenggelam. Salute dgn Fishburne, walaupun kejap jer wtk nya tapi aku masih ingat sampai skrg. Bercakap secara berbisik dan separuh gila sbb lama sgt dah kat tempat tu. Ending, tak berapa nak sesuai. Mungkin aku ni jenis nak ending yg betul2 sampai. Kalau kau dah terperangkap kat situ, mesti carik jalan keluar. Lebih kurang mcm tu la.
Overall, aku bagi 6/10. Sbb bila keluar jer adik aku terus kata tak best. Tak leh nak lawan Predator (1987). Aku rasakan, kalau watak Major Dutch tu diwujudkan balik dan diculik bersama-sama dgn mereka ni mesti best.
YANI
No comments:
Post a Comment