Mana aku menghilang dalam tempoh 3 minggu ni? Actually tak pg mana2 pun. Hu3x. Cuma tak de masa nak update blog...
11 Julai 2010 – Awal2 pagi aku dah keluar pg KL Central coz nak catched flight call 8.15 utk balik KUCHING. Hari ni naik MAS - airbus. Dah lama aku tak naik MAS. Asyik2 Air Asia. Buat mcm ner, tak de budget. Hari tu terbeli MAS sbb bila aku compare hg nak balik hari ni, Air Asia lagi mahal. So, as pembeli berhemah aku beli yg paling murah. MAS ler jwpn nye. Mesti korang pelik kan. Apasal Air Asia boleh mhl. Jwpnnya hari ini ada big event kat Kuching. International Rain Forest Festival.
Buat yg nak terbang tu, before beli better u check prize. Compare hg antara MAS and Air Asia / Air Asia and Firefly. Tapi, kalau naik MAS mmg puas hati walau mcm mana pun hg nya. Service mmg tip top.
12-13 Julai 2010 – Aku lepak kat rumah sambil2 tlg mak aku buat preparation. Hari sabtu nanti ada majlis cukur jambul anak adik aku.
Dah lama aku tak drive sampai bandar Kuching. Sblm ni, nak shopping pun aku pg Tabuan Jaya. Tak pun sampai Spring jer. Dah berubah benar Kuching Town. Paling aku bengang ialah cara org kt sini memandu. Nak park keta ikut suka, nak masuk lorong pun ikut suka dorg. Kalau jln besar tak pe, ni jln kecik jer. Tak fhm aku. Paling nampak jln kat Kuching ni makin buruk. Lobang sana-sini, lampu jalan tak de. Dua tiga tahun sblm ni ok jer. Aku ingatkan aku dah terbiasa ngan jln kat KL, bila tanya kat mak aku jwb nye...Mmg dari dulu lagi jln ni buruk mcm ni. Kalau ok pun jln tertentu jer. TERTENTU? Maksud mak aku tu jln yg biasa ORG2 BESAR SWAK ni pakai. Org Swak mesti fhm maksud aku...Politik.
Pagi tadi ada call suruh dtg interview...
14 Julai 2010 – Interview. Aku saja nak pg, practice skill. Hu3x. Aku dtg lambat sbb tak jumpa office. Baru jer nak blah kerani nya call. Aku patah balik. Interview nya biasa jer. Malas nak cerita.
15 – 16 Julai 2010 – Masuk keja baru. Suasana baru dan segala2 nya.
BARU: Masa keja for the 1st month pukul 9.00am – 6.00pm. Lepas tu aku akan start shift. Helpdesk, bisalah kan. Pakaian kasual. So, lepas ni baju kurung / office wear semua aku simpan dlm almari. Jadi hiasan. Collegue aku 95% chinese. Tempat keja dalam banglo OK, bukan kat office. Mmg peace sgt. Oleh sbb waktu keja start lambat aku tak merasa traffic jem masa pg keja dan balik pun jln dah clear.
17 Julai 2010 – Majlis cukur jambul anak buah aku. Ya ALLAH, penat gila. Aku tak stop dr pg sampai ke majlis start. Aku duduk dapur jer sampai majlis habis...dgn tak mandinye.
18 Julai 2010 – Aku rehat. Tidur sampai ptg. Kesian Cece. Sblm ni nak bwk pg taman. Aku penat...aku buat2 lupa. SORRY SAYANG!
19 – 23 Julai 2010 - Keje. Belajar sistem. Nak buat mcm mane. Kalau tak belajar tak tau. Kalau tak tau mcm mane nak buat keja?
21 Julai 2010 – Bday Cece yg keempat tahun. Dah besar anak Mummy. So, aku tempah kek Tiramisu.
24 – 25 Julai 2010 – Adik aku balik dr Saratok. Kalau minah ni ada, tak duduk rumah ler. Buat apa lagi. Jalan lah. Malam 24, buat bday party utk Cece. Aku buat spegetti. Hari ni belajar perkataan baru dr mak aku. Bukan spegeti ye tapi Spekeriti. Bukan main lagi ko gelak ye Yanti. First time buat, habis jugak.
Hari ini 26 Julai 2010 – Bwk Cece pg Klinik. Then pg TASKI ABIM kat Tabuan Jaya. Register dia kat situ. Aku tanya nak sekolah kat sini tak? Dia geleng kepala. Ko nak ke tak nak, nasib ler CE...mummy dh register pun.
So lepas ni macam ni ler aku tulis blog. Sbb tu la namanya Yani Note. Note tu...ringkasan kan!
YANI
No comments:
Post a Comment