To forgive and to forget…

Mungkin semua pernah dgr ayat penyata kat atas tu. Meminta kemaafan dan memaafkan tu adalah dua perkara yg bunyinye mcm mudah tapi bila nak buat memang susah sgt sampai ada yg pernah kata “I can forgive but I can not forget”. Pasti ramai yg setuju.

Bagi aku org yg sanggup meminta maaf itu sgt berani kerana untuk dptkan kekuatan berjumpa dan memohon maaf tu amat sukar. Ye lah, semua manusia tu ada egonya. Org yg memberi maaf itu tentunya org yg besar hatinya kerna bukan mudah utk memberi kemaafan, lebih2 lagi jika kesalahan tu akan sentiasa dilihat seumur hidup.

Mungkin korang pelik…apa yg aku merepek ni.

Hati aku? Pada DIA, aku maafkan tapi boleh ke aku lupa. Entahlah…Biar lah masa menentukan semua. Aku tak berdendam tapi boleh ke kita bersikap macam tak de apa yg berlaku? Perasaan “tak selesa tu pasti ada” kan!


YANI

No comments: