Twilight Saga: Eclipse

At last dpt jugak aku tgk Eclipse movie slps beberapa hari mecari tiket. Utk yg sdg mencari cinema yg available aku suggest korang tgk kt TGV Cap Square. Sbb kat situ tak ramai org dan tadi masa aku tgk pun byk lagi seat kosong. TGV tu tak jauh dari Kompleks Wilayah, bg akak2 yg suka tudung Ariani (Jln Masjid India) tu kan, Cap square kat sbrg jalan.
Fire and Ice
Some say the world will end in fire
Some say in ice
From what I've tasted of desire
I hold with those who favor fire
But if it had to perish twice
I think I know enough of hate
To say that for destruction ice
Is also great
And would suffice
Uol mesti pelik apa motif aku letak poem fire and ice ni kan. Kalau uol perasan, Eclipse ni start dgn poem ni masa Bella - Edward kt meadow. Buat yg baca buku poem ini berada sblm chapter pertama. Sblm ini aku ada buat n3 ttg apa yg aku nak tgk, meaning that mesti ada dlm movie ni. Aku puas hati sbb semua ada dan ceritanya langsung tak lari dr buku. Utk yg tak baca buku ni lagi, uol tak baca pun tak apa, tapi aku suggest korang baca sbb feel masa buku lagi best dr movie.

Meadow Bella-Edward memang cantik sgt. Manalah mereka dpt carik tempat tu kan...CGI ler tu. Dlm Eclipse ni wtk Bella benar2 dh jadi matang. Kenapa aku rasa Jacob lagi menonjol dr Edward? Namun aku puji Rob sebab beliau dpt adunkan perasaan cinta, jaelous, prihatin tu dgn baik sekali. Especiallydlm tent.

Alice semakin gemalai pergerakannya spt dlm buku.Yes, Rosalie mmg cantik compare dlm New Moon. At last Jasper dpt byk dialog selain drpd mimik muka yg suffer sbb ketagih drh. Tapi yg aku tak leh blah, rambut carlisle. Boleh tak buat elok sikit? Yg aku suka sgt perubahan mata semasa sblm jadi vampire, slps dan color gold yg makin pudar bila the vege tu perlu mkn.

Aku tak puas hati le dgn wolf. Nampak CGI ssgt. Especially part Bella - Jacob masa mereka berlatih mcm mana nak kalahkan vampire muda. Patut kena polish lagi kat situ. Ramai yg komen kenapa Jacob asyik tak pakai baju. Jawapannya, kenalah baca buku. Hu3x. Jg byk complain kalau tak tahu.

Parenthood. Inilah yg aku nampak dlm filem ini. Pengarah berjaya tunjukkan betapa kuatnya hubungan antara Bella dgn Renee. Yg aku tak boleh blah, tapi sweet ssgt masa Chief Swan (Billy Burke) bertanya kat Bella ttg protection dan Bella jwb Edward tu old - fashion dan dia still virgin. Billy Burke dpt bua situasi awkward yg pendek ni menarik. Begitu juga Esme - Carlisle yg secara spontan akan bertanggungjawab pada vampire yg baru mereka jumpa. Dlm buku nama watak ni Bree Tanner. Tak puas dgn babak pertarungan. Kalau boleh, tambah ler sikit.

Dimulakan di Bella-Edward meadow dan diakhiri di tempat yg sama.

Aku puas hati tgk dan tak rugi rasanya sbb beberapa hari ini kerja aku asyik mencari tiket je. Aku pun tak heran kalau ada yg kata akan tgk lagi dan lagi dan lagi.

YANI

No comments: