Indonesia ke World Cup?

Sebelum ni aku pernah kata Indonesia adalah negara Asia pertama ke World Cup. Rasanya tak ramai tahu ttg fakta ini dan ramai akan kata aku merepek ke apa? Yang pasti, fakta ini benar. Indonesia adalah negara Asia pertama yg menyertai World Cup, edisi 1938 di Perancis.

Waktu tu Indonesia x merdeka lagi dan mengguna nama Nederlandsche Indiesche @ Netherland East Indies @ Hindia Belanda. Pemainnya adalah bangsa Indonesia yang bekerja di Eropah. (Please check senarai nama) Peluang bermain ni diperolehi bila Jepun menarik diri (masalah transport. Dulu mana ada kapal terbang mcm sekarang ni. Nak ke France naik kampul. Mau sampai 2/3 bulan).

Hindia Belanda mengisi ruang sebagai wakil Asia. Team ini mengguna nama NIVU (Nederlandsche Indische Voetbal Unie) yang diketuai oleh Soeratin Sosrosoegondo.

Team NIVU (Nederlandsche Indische Voetbal Unie)

Pelatih

  • Johannes Mastenbroek

Nama para pemain adalah :

  • Bing Mo Heng (Goalkeeper)
  • Herman Zommers
  • Franz Meeng
  • Isaac Pattiwael
  • Frans Pede Hukom
  • Hans Taihattu
  • Pan Hong Tjien
  • Jack Sammuels
  • Suwarte Soedermandji
  • Anwar Sutan
  • Nawir yang juga bertindak sebagai kapten
Walaubagaimanapun team ini kalah pada Hungary 6-0. Sebelum ini World Cup guna format kalah mati. Format sekarang ni mula digunakan selepas edisi World Cup 1938.



No comments: