Kisah Trofi Piala Dunia

Dah dua minggu demam World Cup 2010 South Afrika melanda bumi. Byk info menarik ttg event ni kita boleh dpt bila tanya kt En. Google. Mungkin dah ramai blogger dah tau sejarahnya. Tapi tak salah kalau aku nak kongsi info kt semua reader ttg Trofi Piala Dunia yang direbut oleh 32 negara bertanding. Sepanjang sejarah piala dunia, hanya pernah ada dua piala yang direbut oleh team yang bertanding. Makna trofi sekarang ni bukan yg pertama.


http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/a5/Jules_rimet.jpg

Trofi Jules Rimet

Inilah Jules Rimet.


Trofi Jules Rimet adalah piala asal bola sepak dunia. Pada asalnya trofi Piala Dunia atau Coupe de Munde dikenali sebagai “Victory”. Tetapi ditukar namanya secara rasmi pada tahun 1946 untuk menghormati Presiden FIFA Jules Rimet iaitu orang pertama yang mencadangkan pertandingan bola sepak dunia diadakan.


Trofi ini diperbuat daripada emas padat yang pada dasarnya berwarna biru. Tingginya 35cm dan berat 3.8 KG. Terdapat sebuah cangkir bersegi lapan dan didukung oleh seorang dewi bersayap bernama Nike. Nike adalah dewi kemenangan Yunani. Negara pertama yang memenangi piala ini ialah Uruguay, pemenang piala dunia 1930. Piala ini digunakan sehingga Piala Dunia 1970 yang dimenangi oleh Brazil. Brazil adalah negara terakhir yang memenangi piala trofi ini. Walaubagaimanapun trofi ini telah dicuri daripada simpanan Brazil pada tahun 1983 dan sehingga kini tidak pernah dijumpai. (So, pencuri yg mencurinya. X nak bukak cerita ke. Pasti gempak satu dunia.)


Trofi Piala Dunia FIFA


Direka oleh artis Itali, Silvio Gazzaniga. Tinggi piala 36.5cm dan diperbuat dari 5kg (18 karat) emas dengan diameter dasar 13cm. Berat keseluruhannya ialah 6.175 kg. Piala ini menggambarkan dua orang manusia memegang bumi. Trofi ini pertama kali diterima oleh lagenda bola sepak Jerman Franz Beckenbauer apabila Jerman Barat memenangi Piala Dunia 1974. Negar pemenang akan diukir didasar piala tersebut berserta tahun sekali. (So, tahun ini agak2 nye sapa. I sokong Netherland)


Bila agaknya Malaysia akan masuk World Cup. Kalau nak tau, Indonesia adalah negara Asia pertama yang sertai World Cup. Nak tau cerita seterusnya? Haruslah I update kemudian.




No comments: