The last day working in year 2011

Ramai tanya apa plan hari ni sebab hari ni kan hari last untuk bekerja tahun ni. Hmm...korang ni mentang-mentanglah bos masih lagi tak balik office sebab masih tersangkut kat Betong korang boleh berangan nak jadi jin bertanduk kat ofis ni. Pagi lagi kay, jangan nak berangan.

Aku? Entahlah. Tgh carik idea. Balik awal boleh? Tak pun buat konsert kat office. Tak silap Lola ada bawak gitar tadi kan...hu3x.

Hujan...banjir

Berita (newspaper or TV) dua tiga hari ni asyik cerita tentang banjir jer. Tak heran member saja bagi alasan balik rumah sebab takut jalan masuk kampung dinaiki air.

Sekarang ni penduduk kat KM 77 Serian - Sri Aman mesti tengah hangat bercerita dalam bahasa Bidayuh tentang kejadian tanah runtuh berdekatan Kampung Semungkoi

Sapa-sapa nak balik ke Kuching dari Sri Aman atau dari Sri Aman nak ke Kuching hati-hati lah kat jalan raya. Dengar citer ada jalan alternatif dari simpang Kampung Slabi kalau dari Serian nak ke Sri Aman. Kalau dari Sri Aman kena ikut jalan melalui simpang Krait Batu 11.



Dengar citer mendapan jalan sepanjang 50 meter dan sedalam 17 kaki. Hai, sapelah yang buat jalan ni. Kalau tak silap aku jalan ni baru je siap.
Note:
Ini lah yang akan berlaku apabila mother earth berbicara... Fikir-fikirkan.
Sumber dari namaberita

A Night at Pullman

Dinner ni dah lama dah lama dah berlalu. About two weeks ago. Malas tol nak update. Lebih-lebih lagi cuti2 lama ni. hmmm...lagi malas nak update blog.
Mystery 11, untuk franchisee jer...kita orang ni bekerja. "Terpaksarela" datang. Upahnya makan tapi macam tak berbaloi jer sebab kena kelaur duit lak untuk beli baju. Keje nak buat macam mana kan3x.
Few pic for the eyes.


Note:
Merry Krismas and happy new year.
25hb (ahad) yang lepas, a few place kat Kuching dinaiki air. Kampung aku pun kena gak. Air paras lutut. Merasa gak menimba air kat dalam rumah. Hari Ahad tu jer lah. Kira bernasib baik dari rumah orang lain.
Seronok menengok bebudak main air tapi paling tak boleh nak belah, bila air naik macam2 benda masuk rumah. Semalam yang aku tak berapa boleh nak blah, ular menjalar kat bawah kaki...nasib baik ular air jer. Tak boleh nak dibayangkan ular lain.
"Teringat masa first day bawa Aisya balik dari hospital, a few hour later ada abang bomba datang sebab jiran nampak ular tedung kat bawah rumah..."

Pre X-Mas Party

End of this week dah X-Mas. Walaupun tak celebrate tapi oleh sebab kat office ni most of my colleagues is kristian, kita orang buat pre X-Mas party. Next week ramai dah start bercuti sampai next year. Selain makan-makan we have present exchange. Simple party masa office hour but quit meriah. Hux.

X-mas tree ni sponser by CT. Sebab tu tak de deco. Lepas ni nak bawak balik rumah. Nak angkut dari tingkat bawah besar bangat. Part of present yang ada.


Muka lapar ni. Tengah tunggu other colleagues yang tak sampai lagi. Ni semua teacher Smart Reader Kids.

Semua happy sebab perut dah kenyang dan hadiah pun dapat gak...

Anyway, thanks Noel for the management diary. Baru plan nak beli. So boleh jimat sen.
Merry X-MAS and Happy New Year to all SRK teacher and Kolej SRI staff...and Yani Note Blog readers.

www.picnik.com

Malam ni ada Franchisee Night. So sekarang ni tengah dalam mood party. Kerja tak fikir langsung. Event stuff yang memang dok buat kerja tak pandai nak tangkap ular pun boleh hilang dari ofis. Last minute shopping.
So tgh blokwalking tadi tervisit this blog "maribinablog.blogspot.com". Baca sepintas lalu jer dan ternampak artikel about this web www.picnik.com. Sound interesing. Why not share, mana tau berguna untuk masa lain. Bagi yang dah tau tu buat do know jer lah yer.
Kita boleh guna web ini untuk mengedit gambar sebelum dipaparkan dalam blog. Edit tool yang ada kat dalam web ni pun amat mudah dan sesuai lah untuk orang macam saya ni ha kalau boleh semua nak cepat jer. Cuba gak tadi dan inilah hasilnya. Paling best tentang web ni ialah kita tak payah register.


Gambar sebelum edit.


Gambar selepas edit guna picnik.
Selamat mencuba!!!

Saja nak share...

Note:
Kat atas tu cuma anggaran sahaja rasanya. Tuhan dah bagi kita 24 jam sehari. So pandai-pandailah nak bahagi 24 jam tu. Memang dunia sekarang ni more to material tapi tak ada yang lebih berharga dari anak-anak.
Yani sekarang ni...sampai rumah no more work. HP tu letak jauh-jauh. Tak pun off terus. Concentrate dengan orang kat rumah la pulak.

11.11.11

Saje bukak topik ni sebab bila bukak news paper pagi tadi, Borneo Post said 217 pasangan di Sibu pilih tarikh hari ni utk tamatkan zaman bujang. Sama lah dengan student aku. Sekarang ni tgh tunggu pengantin lelaki datang kot. SELAMAT PENGANTIN BARU to Dayang Noraini (Anne). Buang semua rasa was2 tu. Semua tu bisikan syaitan jer!!!
And also selamat datang kat orang baru... Lambat nye aku nak update. Makin duduk kat rumah ni makin malas nak mengadap laptop. Hari ni dah masuk hari ke 28 to Muhd Qalish Rizqin. Rajin nanti upload gamba.

Seluar hitam, T-shirt merah dan sport shoes

Selama ni as parent kita sering berpesan kat anak-anak semasa hantar mereka pergi sekolah. Belajar rajin-rajin, dengar cakap cikgu, jgn nakal dan bla...bla...bla. Aku pun actually one of them lah. Kalau kena out station a few day. Lagi lah panjang lebar pesanan tu. Macam lah budak lima tahun kat atas ni boleh faham. Ambik mudah...buat2 dia orang faham jer lah kan.

So hari ni entah macam mana Aisya kata kat aku cikgu pesan hari ni pakai seluar hitam, t-shirt merah dan sport shoes. Adik aku yang selalu jemput balik bantah cakap dia..."Cikgu tak pesan apa2 pun. Kalau betul mesti cikgu dah pesan kat Mak Su. Kalau tak dia orang SMS jer." Mak aku pulak sokong sekali kata Mak Su nye.

Mengamuk minah ni sebab semua orang tak percayakan dia. Oleh kerana nak cepat, aku pujuk suruh jer dia pakai baju kurung dan bekalkan jugak seluar hitam, t-shirt merah dan sport shoes (nak sedapkan hait dia). Sampai sekolah nanti tukar. Rajuk si genit sampai mak aku lambai bg flying kiss pun dia boleh buat dont know. Selalunya dia lah beria2 mcm tak balik rumah dah.

Sampai kat Kindy dia, semua orang pakai seluar hitam, t-shirt merah dan sport shoes. Aku approached cikgu dia.

Cikgu Aisya bagi tahu memang dia dah pesan awal2 supaya bawak seluar hitam, t-shirt merah dan sport shoes since hari Rabu hari tu, takut budak-budak lupa. Si genit ni terus ambik baju kat dalam beg dan tukar kat toilet. Masa aku tolong tukar baju tu sempat dia bisik kat telinga aku..."Cece tak tipu kan". Aku hanya angguk kepala dan senyum. "OK Mummy say SORRY.

Air muka dia ada riak puas hati. Dia tak bohong.

Lesson yang aku dapat hari ni...
Budak2 memang tak akan bohong. As parent, kita boleh tahu mereke berbohong atau tak dari gerak laku mereka. Macam Aisya pagi tadi, mengamuk lain macam. Sebelum ni aku boleh baca dia bohong atau tidak. Tidak tahu kenapa hari ni jadi lain. May be sebab ramai support fakta Mak Usu nya.

A prove yang dia memang pay attention kat kelas. Hu3x.

Dari riak muka dia aku tak ralat say sorry. Hope itu akan jadi contoh pada dia. Tak salah kan mengaku kesalahan sendiri...

Mukah...part 1


Salam buat semua.



Pagi Selasa ni rasa macam hari Isnin lah pulak. Penat travel tak habis lagi. Hu3x. Bagi yang selalu memandu jauh (bukan highway tapi drive atas jalan di negeri Sarawak ni) pasti faham betapa penatnya driving all the way dari Kuching ke Mukah. So far rasanya antara tempat yang jauh paling aku pernah drive sebelum ni. Jarak Kuching Mukah 600++ KM. Drive 7 - 8 jam.


Nasib baik ada Nade. Minah ni boleh drive dari - Mukah ke Betong dengan company car yang dah uzur tu tak sampai 3.5 jam. Kita orang tak lalu tol Sibu tapi ikut jalan Durin, jalan untuk ke Julau dan Kanowit. Yang mencabar sikit mungkin selekoh-selekoh tajam selepas Sarikei - Saratok...memanjat bukit Sebangkoi. Kat sini ada Sebangkoi Recreation Park. More info boleh klik kat sini. (Tak larat nak download pic. Nak bergambar pun malas.)


Back to story kat Mukah...



Kita orang stay kat King Inn Hotel (Hotel budget jer). Murah tapi memang bersih...berbaloi-baloi sangat. Biasa nya kalau hotel murah ni aku tak leh tahan dengan bau yang tak berapa nak sedap. Tapi bilik hotel ni, masuk jer memang wangi dan toilet pun bersih. (Itu yang penting). Ada wifi kat bilik dan boleh layan Astro hu3x.


Mukah ni tak lah besar sangat tapi hari kita orang pegi tu semua hotel dah fully booked. May be ada event besar kot. Hotel pun bukan banyak sangat pun. Annual event kat Mukah adalah Pesta Kaul. More info tentang Pesta kaul boleh klik kat sini.
Makanan kat Mukah ni masih lagi murah kalau compare dengan Kuching. Masih boleh dapat Mee / nasi goreng dalam RM3.50. Not bad jugaklah. Seafoodnya pulak sooo...cheap and fresh. Tiga malam kat Mukah, tiga malam jugaklah dinner dengan seafood. Tempat makan lak jalan kaki jer dari hotel. Satu jer yang tak berapa nak best, service nya lambat sangat...

Ada citer seram nak kongsi masa on the way pegi ke Mukah ni. Tunggu next post...picture nya pun next post...hu3x

Semangat Baru!!!

Hmmm...nampak macam dah menebal sawang kat blog aku ni. Dah lama sangat tak di update. Penyakit malas ni dah melarat sampai bertukar bulan. Kalau tak diketuk untuk sedar neh...sampai tahun depan ler blog tak berupdate. Bukan sakat sesawang jer...debu ngan habuk pun berinci-inci tebalnya.
So sebelum tahun baru ni nak pasang azam lah nak aktif balik. Sakit MALAS dengan SIBUK tu buang jauh2. Tak boleh nak diturut sesangat...Sian lak dengan blog ni. Tak kisahlah org baca ke tak. Janji ada gak pengisi masa lapang.
Rajin-rajin le jengak coz YANI BACK!

Ohhh...Tidak!

Saja jer bikin gempak kat blog. Dalam keadaan tangan yang tak 100% boleh bekerja dan kegatalan yang melampau ni, aku gagah jugak menaip sambil melayan mata yang tak boleh nak tidur.

Beberapa hari ni kerja aku makan ubat demam tapi demamnya tak kebah-kebah. Panas yang melampau-lampau. Pg klinik doktor kata mungkin tonsel penyebab demam teruk tu. Dia bagi 1 gm panadol and 1 gm antibiotik. Hmmm...dgn keadaan sekarang ni aku paksa jugak makan. Sakitnya tekak nak menelan tu Tuhan jer yang tahu. Entah mcm mana pagi semalam timbul pulak bintik-bintik merah kat tapak tangan, gatal lak tu. Demam dah kebah, aku gagah kan jugak pergi kerja. Balik petang semalam, bukan setakat tekak yang sakit, tapak tangan makin gatal dan bintik-bintil merah pun timbul gak kat tapak kaki.

Dalam kepala aku asyik kata...tak kan kot. Tanya orang rumah...jawapannya mungkin. Ade ke??? Untuk confirm aku tak dapat tunggu esok, direct pegi klinik time tu gak dengan baju kurungnya. Well, betul gak tekaan aku. Penyakit apa? HFM atau nama panjangnya Penyakit Kaki Tangan & Mulut.

Ya Allah, simptom dalam beberapa hari ni aku rasa siksanya hanya Tuhan jer yang tahu. Aku tak boleh bayangkan macam manalah budak2 kecik yang dapat penyakit ni nak menanggung kesakitan tu!

1. Demam panas yang kita sendiri boleh rasa haba tu keluar dari mulut. Bila mandi / terkena air menggigil. Kalau yang penah kena demam denggi, mcm tu lah rasanya. Mcm ne aku tahu? Sebelum ni pun aku penah kena demam denggi. Side effect gila sebab org kata kalau kena kali kedua bahaya.
2. Gatal tangan dan kaki ni sampai aku tak leh nak tidur.
3. Nak makan tak leh sebab mulut sakit dan ada tonsel. Nak menelan makan tu sakit sangat. Dahlah aku ni kuat makan. Rasa mcm hilang satu nikmat hidup.

May be artikel ni bagus untuk you all. Sama-sama beringat.

Note: Risaunya kalau budak kecik kat rumah ni terkena. Mintak-mintak le tak ada apa2. Doakanlah aku cepat sembuh. Sabtu ni ada banyak kerja nak kena buat.

Raya Merdeka Note.

Selamat Hari Raya aidilfitri pada semua. Kalau ada salah dan silap secara sengaja atau tak haraplah dimaafkan.

Sepanjang bulan Ramadhan hari tu byk sangat perkara nak dititip disini tapi yelah masa tak begitu mengizinkan. Terlalu banyak perkara perlu disettlekan dengan keadaan sekarang yang tak berapa nak sihat...dah login masuk dah. Then logout balik. Tiba-tiba mood menulis tu hilang.

First day raya pun masih sama. Login then logout balik. Buntu nak menulis. Nak upload gambar pun...menunggu a few second pun aku boleh marah. Daripada aku membebel tak tentu pasal sebab marahkan laptop dgn broadband tu lebih baiklah aku stop sebelum keluar perkataan yang tah pa pe. Nantilah ada masa akan diupload gambar-gambar raya dengan gambar-gambar kek lapis (kebanggaan Sarawak) buat tatapan uoall. Tapi sorry lah...semua kek nya tunjuk tak ada yang buat sendiri.

Raya tahun ni byak duit habis kat kek. Jadi memang di recommend buat semua. Sapa-sapa yang datang Sarawak, nak beli kek lapis Sarawak...D' Wannie Kek lapis is the best. Sedap. Berbaloi dengan harga walaupun harga dua kali ganda dari Kek lapis Dayang Salhah. Dari pengalaman beberapa tahun lepas (since kerja aku tak pernah lagi buat kek raya), beli yang murah lepas 7 hari masuk tong sampah. Raya tahun ni, alhamdulillah. habis. Hari ni kena beli lagi. Hu3x.

Malam raya pertama, dalam malas tu aku walk blogging gak. Kebanyakan blogger citer pasal Hajah Sitt Al-Wazura. Sebelum ni aku pernah citer pasal minah ni. Kita dah merdeka 54 tahun tapi masih ada lagi hati manusia yang tak merdeka. Penuh dengan perasaan jahat, dendam dan sakit hati. Kalau ramai manusia macam ni...rosak akhlak kita. Ye...lah, kita ikut mencarut sekali sebab marah sangat kat dia. Bagi aku as muslim, secara tak sengaja kita dah mempopularkan minah ni dan itulah yang dia nak sesangat2. Orang ni sebenarnya bukan apa, mereka cuma nak kan perhatian dan itulah yang dia dapat. Misi dia dah tercapai. Kalau tak suka tak payah citer pasal dia byk2...kita report terus kat SKMM. Habis citer.
Banyak perkara berlaku sampai tak tertulis. Ramai yg bertanya tentang perkara yang mungkin bagi sesetengah pihak rasa benda tu tak peribadi sangat why not citer dan kongsi kat sini. Well, aku ada pendirian sendiri dan takkan lah semua perkara kita nak cerita. Bagi yang menanya tu aku tak bagi apa2 dan tak publish pun comment korang aku minta maaf sesangat. Bukan tak nak aku nak tapi kalau orang tu kata tak payah tak kan aku tak dengar. May be next time.
Again, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan kalau ada yang ditulis tu tak berkenan dihati anda. Siapalah manusia bernama Yani ni. Walau pun dah lebih suku abad namun masih ada kurangnya.

Mencari Lailatul Qadar

Mungkin N3 ni dah terlalu lambat sebab mungkin malam Lailatul Qadar dah pun berlalu. Tapi tak bermakna bila dah berakhir kita terus berhenti beribadah sebab 10 malam terakhir bulan Ramadhan, pahala ibadah berlipat kali ganda. Jadi selamat beramal dan Selamat Hari Raya.

Ramadhan Notes



Salam buat semua reader.

Dah lama tak update blog. Tak bz pun cuma terkena penyakit M. Lebih-lebih lagi tengah puasa ni rasa macam makin teruk jer penyakit M ni. Ingatkan lepas sahur nak update blog. Last-last dah hari ke 8 ni baru hajat tercapai. Tapi bukan lepas sahur pun...kat office ni. Ini pun rasa macam berat betul butang keyboard ni. Otak pun tepu semacam.

Actually nak update travel ke Miri. sampai la ni tak menyempat gak. My buddy pun dah lama dah picture masuk dalam facebook. Sebelum puasa hari tu makan steambot kat hornbill dengan students...gambar masih lagi kat dalam kamera memory kad. Macam tak akan masuk blog jer...

Kat Sarawak sekarang sebelum puasa lagi kecoh pasal mentega "Butter Churn" yang tak halal. Dah 32 tahun umur aku ni...dari usia 10 tahun aku dah tolong mak buat kek baru sekarang isu ni timbul. Hmmm...kan betul statement aku sebelum ni. "Olang Melayu mana kata tarak pernah makan itu babi!!!" Sapa nak tanggung?


Untuk yang dah selalu makan kek lapis ni rasanya tak payah nak risau kot sebab kebanyakan penjual kek lapis kecil-kecilan kat Kuching ni, aku rasa paling famous kat pelancong dari semenanjung Kedai Kek Lapis Dayang Salhah tu, mereka tak guna mentega ni sebab harganya mahal compare to other brand. Kalau beli kek yang agak mahal, kek dia tak kering and extra sedap tu...tu aku boleh gerenti pakai mentega ni.

Tapi sekarang ni walaupun byk kedai kek dah samak kedai dia orang dan ada yang bagi tahu tak pakai mentega ni, aku masih lagi rasa was-was nak pergi kedai kek. Tunggulah samapi isu ni reda kot. Raya tahun ni kena buang penyakit M ni jauh-jauh dan jadi extra rajin...buat kek sendiri lah nampaknya.

Apa-apa pun Selamat Berpuasa. Bulan ni kurang-kurangkan lah entry gosip banyak-banyakkanlah entry untuk kebaikan semua. Pesanan untuk aku sendiri. Huk3X. Selamat beramal.

Sosej Babi Halal?

Lagi isu halal yang tak berkesudahan sampai bila. Petikan dari Harian Metro hari ni.

KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.

Aku pergi tanya Encik Wiki dah sah-sah Chorizo merujuk kepada sosej diperbuat daripada daging babi. Boleh refer kat sini.

Ini bukan salah JAKIM kot tapi orang yang buat pembungkusan ni sebab mereka pun tak pasti Chorizo tu apa. Kesian ler kat orang Islam (kalau ada) yang buat kerja membungkus ni. Tak pasal-pasal dah pegang tut...tu. Kalau tanya kat aku pun aku tak tahu apa Chorizo tu. Nasib baik ada pengguna yang prihatin yang bangkitkan isu ni. Hati-hatilah beli barang kat supermarket. Kalau ada term yang tak faham tu lebih baik tak payah beli.

Note: Masih jugak tertipu walau berhati-hati macam mana pun.

Beckhem - Daddy Little girl

For sure ramai dah tengok gambar anak selebriti Beckham-Victoria yang lahir 10 Julai lepas. Kalau uall perasan full namenya Harper Seven Beckhem.


Beckhem bagi tau yang nama anaknya semperna nama penulis buku kegemaran Victoria "To kill the Mockingbird" Harper Lee dan nama tengah Seven selain daripada nomber jersi yang dipakai oleh Beckham sepanjang menjadi Kapten England 7, bagi beliau nombor 7 melambangkan kesempurnaan. 7 keajaiban di dunia, 7 warna pelangi dan bagi sesetengah budaya 7 adalah nombor bertuah.

Note: Bertuah sungguh budah tu. Baru lahir je dah jadi kanak-kanak paling popular kat Hollywood.

Sarawak Rainforest 2011

Sarawak Rainforest 2011 telah selesai last Sunday. For info, Sarawak Rainforest ni diadakan setiap tahun dan merupakan acara tahunan di Sarawak. Bagi peminat muzik, acara ni memang dinanti-nantikan sebab musician dari luar negara turut datang untuk membuat persembahan. Aku pun perminat muzik dan dalam banyak-banyak negara aku prefer muzik yang dipersembah oleh musician dari Eropah.

Last ten years, yes aku pernah pergi. Tapi itu lah kali pertama dan terakhir aku pergi kat situ. Kenapa? Mungkin gambar-gambar kat bawah ni akan bagi tahu.

Gambar-gambar ni aku ambik dari facebook member yang ada pergi dan juga dari web sponsor upacara tersebut. Selain dari mendengar muzik ibarat macam ada pesta arak. Aku malas nak letak gambar tu. Merosakkan blog aku aje. Tapi kalau ada sapa-sapa yang berminat nak datang next year untuk mendengar muzik sambil mencuci mata, Rainforest ni every year diadakan. Selalunya bulan Julai lepas perayaan Gawai Dayak kat Sarawak. Masa ni lah Mat-mat Saleh ramai kat Kuching Town.

Kisah si Genius.

Masa tengah blog walking aku tertarik dengan satu artikel tentang 10 orang kanak-kanak pintar di dunia. Tempat pertama adalah orang Korea bernama Kim Ung-Yong dengan IQ 210 dan namanya tercatat dalam Guinness Book of World record. Aku pun google lah nama lelaki ini sebab nak tahu kisah dia...
Beliau memasuki university di usia 4 tahun dan memperolehi Phd diusia 7 tahun. Bekerja dengan NASA di usia 8 tahun dan 10 tahun kemudian berhenti bekerja dan kembali semula ke Korea.
Ramai bertanya kenapa ramai kanak-kanak bijak apabila dewasa mereka gagal? Perkara ini juga berlaku pada beliau sehinggakan media Korea menggelar beliau sebagai "failure genius" kerana sekembalinya beliau dari US ramai yang menjangka yang beliau akan menjadi ‘somebody’ tetapi beliau hanya memilih bekerja di institusi kecil dan bermula semula dari bawah. Dia sendiri pelik kenapa media mengatakan dia gagal sedangkan bagi dirinya dia berjaya dan gembira dengan apa yang beliau ada.


Kita tidak berkesempatan berjumpa dengan para genius ni dan aku rasa amat baik aku berkongsi kisah si genius ni kerana sebagai parent kita amat excited apabila anak kita bijak, heboh dengan media yang anak kita ini genius tapi kita tidak pernah tahu apa yang tersembunyi di hati kanak-kanak ni. Mereka pun nak jadi kanak-kanak normal, bermain lumpur, mandi air hujan macam kanak-kanak normal lain.


Kita rasa amat hebat kalau dapat bekerja dengan NASA. Tapi bagi Kim Ung-Yong, 10 tahun di NASA adalah tahun-tahun yang amat sepi tanpa kawan dan keluarga. Hidup seperti robot, kerja…tidur…makan. Yelah, dulu mana ada HP. Twitter atau facebook.

“I was sick and tired of being the centre of attention again. I felt like a monkey in a zoo,”

Pendapat jujur dari beliau. Disebabkan tidak suka dengan perhatian yang diberi oleh media sekembali dari US, beliau mengasingkan diri dan ramai yang mengatakan beliau adalah contoh manusia gagal “Failure model”.
Kenapa? Kerana di Korea, beliau bermula semula dari bawah. Beliau mengambil semula sijil, duduk exam middle school dan high school untuk mendapatkan diploma. Semua proses tersebut mengambil masa 2 tahun. Beliau masuk university untuk ijazah dan last sekali Phd. Di usia 7 tahun beliau pemegang Phd in Fizik tapi di Korea beliau mengambil jurusan Kejuruteraan Awam dan sekali lagi sampai Phd. Sekarang beliau berkerja di salah sebuah universiti ternama di Korea.


Pasti ramai yang akan kata “what a waste”? Bagi beliau, beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau gembira dengan kehidupan beliau sekarang. Kata Kim, “Society should not judge anyone with unilateral standards – everyone has different learning levels, hopes, talents, and dreams and we should respect that.”

Apa pendapat anda? Wasted? Setiap orang berbeza pendapat dari segi berjaya. Ada yang kata, kalau genius mesti jadi “some body” Kereta besar, rumah besar kalau boleh semua besar. Ada sesetengah berpendapat cukup lah apa yang ada janji bahagia. Itu pendapat Kim dan pasti ramai yang bersetuju.

Jangan lagi ada ayat, "kecil-kecil bukan main lagi bijak, dah besar ni kerja macam tu jer!" atau "Genius tapi hidup porak-peranda"sebab kita sendiri tidak tahu kisah sebenar. Macam tu jugak kalau kita ada anak yang tak berapa cerdik, jangan le kita terus kata dia bodoh...

Tengah carik gaun pengantin???

Pada siapa nak kawin dan tgh pening kepala carik gaun pengantin yang lain daripada yang lain mungkin anda boleh guna idea ni. Pegi toilet or dapur, anda boleh design sendiri gaun pengantin yang tak sampai RM1K. Tak caya? Cuci le mata dengan gambar kat bawah ni. Mungkin boleh dapat idea dari situ.

Gaun pengantin yang lawa ni semuanya diperbuat daripada beberapa gelung tisu tandas, gam dan salotep.

Selamat menjamu mata...



Pesta Benak Sri Aman

Sebelum ni ada cerita tentang Pesta Benak atau "Tidal Bore" kat Sarawak. Bagi yang tak tau apa ke benda Benak (Tidal Bore) ni adalah fenomena gelombang besar yang berlaku disebabkan oleh pasang surut sungai. Kat Sarawak dipanggil benak.

Sebenarnya benak ni berlaku setiap hari kat Sungai Krian, Sri Aman ni tapi pada waktu tertentu sahaja di mana gelombang sungai ni lebih besar daripada biasa. Pesta ni disambut setiap tahun kat Sarawak sebagai acara pelancongan utama kat sini. Ada macam-macam acara diadakan. Waktu ini lah kita akan lihat ramai mat-mat saleh datang ke sini untuk river surfing. So, uall boleh bayangkan betapa tingginya gelombang tu sampai boleh surf.

Bagi yang tak sempay pergi, just enjoy the pic. Kalau berminat nak datang untuk lihat secara life fenomena ni, boleh turun Sri Aman. Next year aku update tarikh bila pesta benak ni akan berlangsung.


Ini adalah keratan majalah dari Jerman "Surfers" - Die Benak Gezietenwelle"

Kualiti lebih baik dari kuantiti...

Belek - belek paper harian metro tadi terbaca cerita tentang Octomum ni.


Impian Nadya bertukar ngeri

DIA adalah ibu kepada 14 anak, yang melahirkan kembar lapan yang hidup paling lama dalam sejarah AS.

Namun, dalam komennya yang mengejutkan kakitangan khidmat sosial, Nadya Suleman, berkata dia ‘bencikan’ lapan bayinya.

Ibu tunggal berusia 36 tahun itu turut menggelar enam lagi anaknya yang lebih tua ‘haiwan’.

“Saya bencikan bayi, mereka menjengkelkan saya,” katanya kepada majalah InTouch.

“Enam lagi anak saya adalah haiwan, semakin sukar dikawal kerana saya tidak mempunyai cukup masa untuk mendisiplinkan mereka.”


Berita lanjut boleh klik kat sini.


Aku rasa mungkin ada antara kita ni ada pasang impian untuk beranak ramai. Tapi zaman sekarang ni tak macam zaman atuk kita dulu-dulu. Anak sampai dozen-dozen. Contoh kita boleh lihat kat Nadya Suleman ni. Stress menjaga anak sampai dia boleh samakan anak dia macam binatang sebab tak ada masa nak didik mereka kerana terlalu bz dengan kembar lapan yang dua daripadanya adalah anak istimewa.

Aku tak leh nak bayangkan macam manalah ye. Sorang baby pun penat inikan pulak lapan. Sorang anak istimewa pun dah cukup payah inikan 2.

Pasti korang setuju kalau kita tekan kualiti baik pada anak kita. Kalau uall tak setuju itu terpulang pada anda. Tapi perlu ke anak ramai kalau kita sendiri tak ada masa untuk diri sendiri ataupun anak-anak terabai macam tu jer?

Pendapat uall berapa agaknya bilangan anak yang ideal dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Barang naik tapi gaji macam tu gak tiap-tiap bulan.

Gara-gara Transformers: Dark of the Moon

Pasti ramai dah pergi wayang tonton movie ni. May be dah lambat untuk review sebab dah ramai blogger update tentang movies ni. Lain orang lain pendapatnya kan. Aku bukan nak cerita pasal filem ni cuma bad experience masa on da way nak tengok wayang.

Aku tak terfikir lak ramai orang nak keluar pergi tengok wayang masa hujung minggu ni. I aku tak expect sini macam kat KL gak. Tapi kat KL ok gak lah kan sebab cinema banyak. Kat Kuching ni ada 3 jer. Macam tak caya semua penuh. Kat Spring ni lak 4 hari dari Jumaat lepas fully booked. At last aku beli jer lah tiket for the next day. (Aku pergi Jumaat, beli tiket untuk malam Sabtu).

Oleh sebab hari tu hari Sabtu, parking lak full. Aku buat bodo parking keta comel aku tu kat tepi jalan jer. Aku tak tau lak lepas operation, semua pintu masuk kat shopping mall tutup selain pintu depan. Kena pulak tawaf bangunan tu. Tak pasal-pasal lak exercise tengah malam buta. Semua gara-gara Transformer.

Berbaloi ke tak? Sebagai peminat action movie, well memang berbaloi-baloi.

Dulu aku pernah complaint nape cepat sangat robot-robot tu bertukar dari robot ke kereta atau dari kereta ke robot (Transformer I and 2). Tapi untuk this franchise, aku puas hati lah jugak sebab changes tu dia show step by step.

Byk part yang aku rasa tak sesuai. May be just minor think yang orang tak berapa nak ambik berat. Contohnya:
1. Bukan main lagi bom meletup sana-sini, tapi jalan raya nya OK jer langsung tak berlubang. Mungkin jalan kat US ni lagi kuat kot kat Malaysia.
2. Aku nak sangat lah kasut high heel yang dipakai oleh Carly tu. Berlari macam mana pun tak gak koyak-koyak. Tumit nye elok jer, tak patah2.
3. Best betul dia orang berperang. Sikit calar pun tak de. Comot sikit jer. Heroin nya pun mantain cantik dari awal sampai habis.

Ada banyak lagi le. Malas nak citer. Ramai pulak yang tak setuju. Overall...robot best tapi lakonan Shia dengan Rosie tu tak berapa nak menjadi. Cinematograpy memang cantik banget.

Loser Like Me - Glee cast

Yeah, you may think that I'm a zero
But, hey, everyone you wanna be
Probably started off like me
You may say that I'm a freakshow (I don't care)
But, hey, give me just a little time
I bet you're gonna change your mind

All of the dirt you've been throwin' my way
It ain't so hard to take, that's right
'Cause I know one day you'll be screamin' my name
And I'll just look away, that's right

(Chorus)
Just go ahead and hate on me and run your mouth
So everyone can hear
Hit me with the words you got and knock me down
Baby, I don't care
Keep it up, I'm tunin' up to fade you out
You wanna be
You wanna be
A loser like me
A loser like me

Push me up against the locker
And hey, all I do is shake it off
I'll get you back when I'm your boss
I'm not thinkin' 'bout you haters
'Cause hey, I could be a superstar
I'll see you when you wash my car

All of the dirt you've been throwin' my way
It ain't so hard to take, that's right
'Cause I know one day you'll be screamin' my name
And I'll just look away, that's right

(Chorus)

Hey, you, over there
Keep the L up-up in the air
Hey, you, over there
Keep the L up, 'cause I don't care
You can throw your sticks, and you can throw your stones
Like a rocket, just watch me go
Yeah, l-o-s-e-r
I can only be who I are

(Chorus)

(Chorus)

Note:Mesti pelik, apesal tiba-tiba letak lyric lagu ni kat sini. Buang tabiat ape! Well the other way untuk release tension. Ok pe lagu ni...lirik dia pun boleh motivate kita. Sekali LOSER tak selamanya Loser. Dunia bulat. What comes around, goes around.

Ilusi Optik (Optical Illusion)

Selalu kita dengar orang kata jangan percaya dengan apa yang kita lihat sebab kadang-kadang mata pun boleh berbohong dengan kita.

Yang belajar sains pasti tau apa tu ilusi optik. Bagi yang tak tau mungkin boleh tau maknanya bila tengok picture kat bawah ni. Lepas ni uoll pasti percaya jangan terlalu percaya pada apa yang dilihat. Tengok dan selidik dulu. Ayat "Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri..." kita boleh tendang jauh-jauh sebab mata pun berbohong dan apa yang kita nampak tu tak semestinya itu yang sebenar.


Cuba uol tengok gambar kat bawah ni uoll akan nampak macam kekacang kat dalam gambar tu bergerak macam gelombang. Tapi sebenarnya tak. (Pening kepala aku! Hu3x)



Gambar kat bawah ni lak uoall akan nampak macam kat tengahnya ada beberapa lapisan. Tapi sebenarnya tak.


p/s: Actually akak ada a few lagi pic tapi tak larat nak upload. Sakit kepala I. Kalau rajin nanti akak upload lagi. Hu3x.

Lagi isu bir halal.

Guys, updated untuk isu bir halal yang aku pernah tulis sebelum ni. Petikan daripada surat khabar Kosmo hari ni.

Unipeq nafi sahkan Barbican halal

KUALA LUMPUR – Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan ia telah mengesahkan status halal terhadap produk minuman malta berperisa buah-buahan Barbican seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr. Siti Noorbaiyah Abdul Malek berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

“Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
.

Yang jadi mangsa sekarang ni siapa? Kita juga.

Sepatutnya pihak berwajib ni semak betul2. Confirm ke tak...ni tak check lagi dah dihebahkan satu Malaya. Dah jadi kes macam ni tunding jari kat orang lain. Dan orang kita ni satu gak...dgr halal terus jer redah.

Sebelum ni ada bro dari Kuwait bagi tau yang Barbican ni dijual kat Kuwait. Bro, correct me if I am wrong! He said that barbican ni adalah minuman harian pak-pak arab kat sana. Aku no comment le pasal ni.

Kalau nak cerita pasal halal ni...dua Tahun lepas ada pulak Bak Kut Teh halal. Dia orang tau ke tak makna Bak Kut Teh tu? Ikut suka dia orang jer. Oleh sebab ada yang dah menegur tenggelam isu Bak Kut Teh halal ni.

Pasal bir ni lak, aku memang tak suka. Perlu ke panggil bir halal? Boleh tak guna nama lain. Nanti tak pasal-pasal anak kita fikir semua bir tu halal. Tak mustahil nanti anak-anak kita mintak "Tiger" tanpa berselindung. Ye la...bir kan halal?

Tepuk dada tanya Iman. Hu3x...

NOTE:
Update daripada news paper semalam (27 Julai 2011), Majlis Fatwa Kebangsaan bagi tau yang bir halal mcm barbican tu halal diminum sebab tujuan pembuatannya tidak ke arah kepada minuman beralkohol.

P/s: Kalau macam tu okay lah kan. Selamat semua yang kaki bedal air ni tapi boleh tak tukar bir tu kepada minuman lain. Contoh paling senang kan macam air Sparkling Juice yang ala-ala botol wain dengan champagne tu kita boleh beza. Kalau sparkling juice maknanya tak de alkohol. Kalau wine tu haram. Tukar la bir halal tu ke nama lain macam sparkling malta ke. Hu3x. Tak le confius kita. Tak le susah sesangat nak cite ngan anak-anak. nanti tak pasal-pasal budak menjerit..."Mummy, daddy minum bir. Bukan bir tu haram ke?"

My short Note.

Beberapa hari ni setiap kali nak update blog, dah login ni aku boleh logout balik. Penyakit malas dah datang. Sebenarnya banyak cerita yang aku nak kongsi tapi bila dah duduk depan screen ni aku jadi blank. Tak tahu nak taip apa.


Sebenarnya 18 June (Sabtu) hari tu blog aku sambut hari jadi yang pertama. Ingat nak bagi hadiah kat my first follower tapi check-check my first follower tu my own sister. Belanja makan jer lah. One year tak betul2 one year coz ada a few month aku langsung tak menulis dan ada bulan hanya satu entry jer. Baru sekarang ni betul2 nak menulis tapi ikut mood jer lah sebab aku ni bukan blogger tegar. Menulis ikut suka hati aku ajer ler.

Pada yang sudi singgah, thanks so much. Yang sudi buat bising kat sini pun...also thanks.

Astro mahal?

Sudah dua malam ni aku tengok berita TV3 buat liputan tentang bil Astro (satu-satunya stesen TVberbayar) mahal. Then, org sebelah tunjukkan surat dari Astro tentang kenaikan bil dan alasan yang mereka beri senang jer...disebabkan kenaikan kos bla bla bla...

Ingat lagi first time aku pasang dekoder Astro kat rumah (about 8 years ago). Caj utk Sport + Movie + 2 mini baru jer RM79.90. Bila caj tu naik sampai RM100++ aku buang sport dengan Movie tu sebab tak de orang nak tengok. Yelah kan. Semua orang keje, Sabtu Ahad belum tentunye duduk rumah. Bayar bil tu macam gitu jer. Best way buang both Movie and Sport. So, byr RM50 jer. basic + mini.

Oleh sebab Aisya dah besar. Hari2 gaduh berebut TV aku pasang lagi satu dekoder kat umah. Duduk dalam bilik diam - diam. Kalau barang mainan bersepah atas lantai, gasak jer lah Chah. But then lepas budget last year, ada pulak goverment tax. Rakyat biasa macam kita ni pulak buat tak faham-faham kenapa goverment bagi tax kat TV berbayar. Kita tetap tutup sebelah mata, byr gak.

But then bila dapat notis dari Astro bagi tau yang bil naik lagi, baru aku teringat artikel yang aku pernah baca kat dalam Yahoo sebelum ni, bagaimana lelaki ni dan family dia dapat save USD 500 sebulan. Antara yang dia buat ialah hentikan langganan TV berbayar, kurangkan makan kat luar...


Buat aku terfikir. Kenapa lah aku boleh pasang Astro ni sampai 2. Rasanya satu cukup kat umah ni. Siang bukannya ada orang kat rumah pun. Chah ni pun petang baru ada. Sabtu Ahad bukannya tengok sangat pun TV. Kita dua orang ni lak selalu tak de kat rumah. Almost every week pergi travel.

Last-last aku cakap kat orang sebelah aku ni supaya hantar jer kad astro yang kat dalam bilik Aisya tu. Dekoder tu bagi jer kat sapa-sapa. Then, pasang ariel TV kalau TV tak berapa nak clear. Pakej TV luar tu kurangkan. Tak payah letak banyak-banyak. Bukan tengok pun. Set, besok pergi pejabat Astro kat Batu 3.

Yang baca entry aku baik korang cepat-cepat do the same. Astro ni kena ajar sikit. Every year naik kan rate tu. Alasan nye benda yang sama. Service masih macm tu gak. Kalau hujan jer terus tak de siaran. Cerita pulak asyik ulang movie, telemovie yang sama. Sampai aisya ni pun boleh hafal dialag movie.

Astro berani buat mcm ni sebab mereka satu-satunya TV berbayar kat Malaysia ni. Kalau you all ada belajar ekonomi pasti tau. Mereka the only pembekal, walaupun harga naik tapi permintaan tetap sama. Tak berubah pun. So kita sebagai pengguna sepatutnya guna kuasa kita sebagai pengguna. Tak semestinya kita boikot terus. Cara paling halus, kurangkan langganan. kalau ada 100 customer yang kurangkan langganan RM70 tukar ke ke RM 50 mereka dah lost RM2000 kat situ. Kalau 1000? 10000? Memang lah amaun tu tak banyak tapi as company yang bergantung pada service payment, terasa jugak jumlah tu. Nampak jugak perubahan kat graf.

Aku sokong dengan cadangan brother yang email dia dibaca kat TV3. ASTRO sepatutnya guna pendekatan macam telefon prabayar sekarang. Bayar apa yang diguna sahaja. Bukannya tiap-tiap hari orang tengok TV pun.

Satu perkara lagi, out of this topik. Korang perasan tak Astro first tu ibarat membantu lanun2 cetak rompak? Sebabnya dekoder Astro yang ada perakam tu boleh diguna untuk merakam movie. Mereka ni boleh ambik peluang ni untuk merakam filem dalam Astro first dan buat copy. Pelaburan tak sampai RM20 boleh untung berkali- kali ganda. Pihak berwajib, cuba cek. Betul ke tak.

So reader, gunakanlah KUASA PENGGUNA anda.

Status: Tgh BZ dgn proposal...

Hmmm...org letak status kat FB or Twitter aku letak status ni kat blog. Hu3x. Sebab simple dan aku pasti ramai yang terkejut beruk kalau aku kata aku tak de akaun for both application yang tengah in sekarang ni. Tak caya? Betul...aku tak de FB dan tak de Twitter. Kui3x...Ni mesti korang tengah gelak sakan. Sebenarnya aku ada sebab tak buka akaun aku kat situ. Tak yah le aku cite tapi pasti ramai yang boleh agak kenapa...

Sekarang ni memang tengah bz sesangat dengan marketing proposal. Bukak blog tapi aku tak update pa pe. Lagipun sekarang ni tengah excited buat program menyelam sambil minum air. Bekerja sambil melancong. Memang tak pegi jauh. Dalam Sarawak saja tapi dalam sebulan aku merayap dari Sri Aman sampai Miri. Kira macam melamcong ditaja.

Dalam kepala aku tengah berkira ni...

Sri Aman awal Julai nanti ada pesta benak. Benak tu apa??? Bila aku masuk entry pasal trip ni nanti aku cite pasal benak (Tidal bore dalam bahasa omputeh).

Sibu...aku terbayang-bayang buah dabai. (Boleh baca entry aku pasal dabai kat sini.) Sebelum ni tak sempat pegi ke Junaco Park. Kalau ada masa boleh singgah jap.


Kalau tak pun pergi ke Nirvana Memorial Park, Sibu. Dulu pernah pegi tapi tak de peluang nak masuk kat dalam. Nak curi masa pegi sini lagi lah. For info, the largest population kat Sibu ni adalah bangsa Cina dan buktinya ialah park ni. Pintu depan tu memang cantik sangat...penuh dengan identiti Cina. Kalau tipu kat kengkawan pergi Cina orang percaya. Rupa-rupanya Cina kat Sibu Sarawak je.

Bintulu ada Taman Tumbina (Taman Tumbuhan dan Binatang). Yang ni mesti koman bagi reader kat West Malaysia. Ye la kat sana ada Zoo Negara. Tapi tempat paling popular kat Bintulu ni ialah Similajau National Park. Bagi yang suka nature, ini le tempat yang patut korang pergi. May be korang boleh baca kat sini sebab byk info tentang taman ni. Kalau malas nak baca, korang boleh enjoy ngan gambar kat bawah ni.

Golden beach yang pasirnya berwarna keemasan. Kat sini selain boleh tengok penyu bertelur dari bulan Mac hingga September juga ada dolphin. Biasanya dolphin kita akan jumpa dalam berkumpulan empat ke lima ekor.

Sungai Likau ni ada buaya. Tapi setakat ni tak pernah pulak dengar buaya serang pengunjung. So kira selamat lah.

Ni Rock Formation yang boleh kita jumpa kat dalam taman ni. Selain daripada apa yang aku tunjuk kat atas ni kita jugak boleh jumpa periuk kera terkecil di dunia, yang saiznya cuma 1cm jer, Info ni aku dapat dari klik aku.

Dari Bintulu, ke Sungai Asap. Gara-gara tempat ni tak pasal-pasal kena gelak dengan officer kat Pejabat Daerah Sg Asap. Yelah, bila plan nak pegi sini semua kata tak boleh naik keta biasa. Kena naik four wheel sebab kena ikut jalan balak. Rupa-rupanya dah elok dah jalannya. Dari simpang jalan besar ke Belaga kena drive 3 jam lagi. Menarik kat sini, kalau nak merasa kehidupan orang Kayan boleh homestay kat umah panjang.

Lepas tu Miri. Miri popular dengan Taman Negara Mulu dan Niah. Tak sempat kalau nak pegi. Shopping??? Orang kata tempat ni macam JB. Barang mahal sebab biasanya warga Brunei yang datang untuk shopping. Tak pegi mana2 kot sebab for sure bila sampai Miri dah kepenatan.

So folk, for sure banyak info korang dapat dan banyak research lak kat sebelah aku. Lepas ni lama ler baru aku ada masa nak update blog. So enjoy reading, kalau boring...I'm Sorry. Short note dari aku. Kui3x.

Breaking Down I thriller.

Sooo... excited nak tengok movie ni. Lambat lagi ke nak bulan November? A few pic untuk twilighter. Enjoys it. Kalau masih tak puas boleh klik kat sini untuk thriller. Selamat mencuci mata dan membayangkan macam ne lah keseluruhan filem ni.

Bill Condon (The director) dah janji yang jalan cerita ni akan copy bulat-bulat dari buku. I hope so dan kalau tengok second dan last pic tu memang macam kat dalam buku. Bagi yang tak tau apa ke benda ni...carik-carik le buku Twilight ni mesti tau apa ke benda yang Yani tgh cite ni. Bagi Twilighter...enjoyssss...









Selamat Hari Gawai Dayak

Hari ni 1st June. Public Holiday kat Sarawak sampai besok sempena Hari Gawai. To all Ibans and Bidayuh I wish you Selamat Hari Gawai Gayu Guru Garai Nyamai (maknanya long life, health and prosperity). Too all my klik...and especially Roselind kalau ada baca. Sorry tak dapat datang ngabang (visiting), adik ipar datang rumah hari ni. Hu3x. Besok kot.

For those yang biasa dengar what is Gawai festival, bolek refer wiki. Hu3x termalas sudah. Jap gi nak pegi Puncak Borneo.

Puncak Borneo ni pun antara tempat yang wajib dilawat masa pergi Kuching. (Promote sikit). Kat sini ada perkampungan Bidayuh, Kampung Anna Rais. Boleh homestay lah kalau nak merasa kehidupan orang Bidayuh di Sarawak. Kat sini jer ada lagi rumah asal orang Bidayuh. Aku pun tak tahu macam mana mereka panggil rumah bangsa ni. Kalau Iban aku tau ler.

Kat atas Puncak Borneo ni pun ada resort dan bagi kaki golf boleh ler main golf kat resort ni. Lagi best sebab tak panas. On da way nak ke Puncak Borneo boleh singgah kat Taman Negara Semenggok.

Jom berambeh ke Kuching.

Bir halal?

Sekarang ni heboh kat news paper bagi tau yang bir halal di jual sekarang ni sebenarnya haram sebab kandungan alkoholnya melebihi 0.01 peratus.

Ingat lagi aku masa MIHAS 2009. Heboh tentang bir halal dari negara Timur Tengah. Oleh sebab waktu tu aku involve dengan projek company kat MATRADE, ambik ler peluang pergi exhibition. Wah, wah orang kita bila dengar bir halal berpusu - pusa nak mencubanya. Ye lah sebelum ni kan bir ni haram untuk orang Islam. Bila ada halal why not mencuba dan mulut aku ni terlepas cakap "BETUL KE HALAL?' dan secara automatiknya Kak Sue kat sebelah aku tu menjawab, "Engkau ni, dah namanya halal showcase...mestilah halal". Pak cik sebelah yang terdengar perbualan kita orang ni sengeh-sengeh perli. Aku tengok jer semua orang pakat testing. Nak rasa bir halal.

Ada tu siap rembat 5 - 6 botol. Ye lah, murah banget masa tu. Tak salah 3 botol RM10. Kalau kat luar boleh cecah RM5 sebotol. Masuk office...bersusun botol bir halal ni kat meja.

Aku tak ingat sama ada aku ada rasa ke tak. Tapi niat nak beli tu memang tak ade sebab aku ingat lagi conversation aku dengan kawan aku ni beberapa tahun sebelum MIHAS. Dia bukan ustaz atau orang pakar pasal agama tapi bab makan dia memang terror sebab keja kat bahagian hospitaliti. Aku tanya pasal benda ni sebab tertengok student Islam, Kolej tempat aku bekerja sebelum tu tengah meneguk MALTA.

Aku : Boleh ke minum MALTA tu?
Dia : Kau rasa?
Aku : Boleh kot. (Jawapan bodoh aku).
Dia : Pergi ler minum kalau nak bebal berpuluh2 tahun. (Aku tengok muka dia. Confius.) Cik akak, MALTA tu buat dari apa? (Dia tanya aku balik la pulak)
Aku : Barli kan. Malt.
Dia : Beer dibuat dari apa?
Aku : Sama lah.
Dia : So, halal ke haram? (Boleh tanya aku balik). Malt tu kalau diperap memang ada alkohol. Tak leh minum. Kalau kau teringin aku belanja. Nak? (Memang mangkuk hayun betul mamat ni. Lebih kurang macam tu ler. Short but easy to remember.)

Sebab tu ler aku tak mencuba sebab tengok bir halal tu dari barli (sumber untuk membuat bir). Walaupun org kata halal aku tak tau kenapa aku tak sanggup nak sentuh. Itu sebabnya kot. So berbaloi gak soalan bodoh aku tu. Buat pak cik yang senyum menyindir tu (aku tak kenal sapa) ingat-ingat ler budak bodah yang tanya halal ke tak masa MIHAS tu.

Tak salah kan ikut kata hati sendiri. Jangan ikut orang atau percaya bulat-bulat. Especially orang yang jual barang tu. Selidik betul-betul. Nasihat free dari orang marketing macam aku. Hu3x.

Glee season 2 finale

Glee season 2 finale dah nak dekat. Kat Astro malam ni episode ke 19: Rumours . Kalau kat US dah habis dah season ni. Mesti Gleek kat Malaysia tertanya - tanya apa yang berlaku masa last episod ni. Dah tau dah season finale nye mcm mana. Boleh gak nak share tapi mesti ramai kata tak payah sebab tengok nanti tak thrill dah. So Yani simpan jer lah ye.

Last episode: Born this way (tajuk lagu Lady Gaga). Ada gak terbaca komen dari Si Gaga ni yang dia nak satu watak kat dalam Glee ni. Macam mana le rupa dia berlakon kat dalam Glee ni kalau betul si Fulchuk ni invite dia. Masa American Idol yang dia jadi mentor hari tu pun aku masih terbayang sampai sekarang make up dia.

So, reader. Enjoy your Glee to night.

P/s: Tak banyak moment dalam Glee season ni yang masih aku ingat compare to last season. Even lagu yang dipilih pun tak seberapa. Tak tau orang lain macam mana. Aku ada banyak wish list untuk Glee next season lepas tengok season finale. Nanti ler, bila dah habis kat sini baru aku tulis my Glee next season wish list.

Congrat to Salma

Semalam pasti ramai yang duduk depan TV tengok Final Mentor. Aku pun tengok gak, tengok opening jer lepas tu TV tengok aku. Awal pagi aku tanya dgn mak aku siapa menang? Selamba jer mak aku jawab. Entah, ngantuk sangat. Tak tengok habis. Apa2 lah mak. Selalunya bukan you yang tengok TV, TV yg tengok you kat depan tu.

Pagi ni usha gak la blog-blog lain. Official Salma protege Erra Fazira menang dengan 85 markah, jauh tinggalkan Shiha dan Iqa and markah paling banyak daripada undi SMS peminat.

Masa Salma tak dapat masuk final last week lepas tu TV3 dengan baik hati bagi 3 orang masuk final aku dah dapat agak minah ni mesti menang punya. Ini org panggil taktik untuk pancing undi. Sebab kalau Salma tak masuk final, off course Shiha boleh menang mudah. Jadi tak banyak ler undi masuk. Kalau Salma masuk final sudah pasti peminat Shiha pun undi banyak dan macam tu gak dengan pengundi si Salma ni. Siapa dapat untung? TV dan sponsor. Satu undi tu 50 sen beb. Memang tak byk bagi rakyat Malaysia yang ramai kaya-kaya. Cuba you kira kalau ada 500 000 undi. (500 000 X 0.50 = 250 000). Satu malam boleh dapat banyak tu dari undi jer. Jadi hadiah RM100 000 tu siput jer.

Kemana pegi juara ni nanti? Dah 5 musim Mentor ni. Aku kenal 3 jer termasuk Salma. Mentor 1 dan 2 entah pergi mana. Mohd (Juara musim 4) tenggelam jer. Yg agak berjaya cuma si Black sorang jer. So Salma ni nanti nak pergi mana? Penat jer peminat mengundi. Dah menang terus tak timbul2. Pelaburan pengundi ni mcm tak berbaloi jer. (Bagi aku ler). Tapi kalau uol tak kisah berhabis duit aku tak de hak nak persoalkannya. Tapi itu ler yg aku nampak.

To Salma congrat. Selamat menjadi artis...

Taman Sahabat

Last Saturday bawak Cece pg Taman Sahabat sebab nye sini jer pegi tak yah keluar sen dan jimat minyak (dekat - dekat ngan umah jer). Dah lama tak pegi sini. Dekat dua tahun kot. Lain sgt dah tempat ni. Seluruh taman tu di pasang pagar dan ikan pun mcm dah kurang jer.

For info, taman Sahabat ni kat Jalan Song. Dibina untuk memperingati persahabatan antara Cina dan Malaysia. Biasanya kalau uol pg Kuching tempat popular Waterfront, Kampung Budaya Sarawak, Taman Negara Semenggok. For sure tak pernah pegi sini. Aku rasa tak rugi kot datang melawat kat sini. Pg sini ibarat kita berada di taman diraja Cina sebab ada tasik siap dgn ikan kap, wishing wall etc. So enjoy the pic.






Gambar last ni replika Panglima Zheng He (Cheng Ho dalam bahasa Melayu). Yg kat depat ni siapa lagi kalau bukan Cece. Seronok sesangat dia. Aku jugak yg berpeluh kepanasan.

Dipersilakan ke sini bila datang ke Kuching.