Majlis Kahwin dan ayah masuk hospital
Note for today!
Al - Fatihah
Renesmee - Breaking Down
Foy berusia sembilan tahun dan pernah berlakon dalam drama Flash Forward dan Till Death.
Aku rasa perfect sgt dan muka dia hampir sama dengan apa yang Rob dan Kristen sendiri bayangkan. So, what you all think?
Other new vampire.
1. Rami Malik - Benjamin (Egyptian Coven).
Denali Coven
2. Eleazar - Cristian Camargo
3. Tanya - Myanna Buring
4. Kate - Casey LaBow
5. Carmen - Mia Maestro
6. Irina - Maggie Grace.
YANI
Tanggang Moden
Magika...betul2 magic?
Sarawak Inter-Culture Moon Cake Festival
Selamat Hari Raya (Pt 2)
Selamat Hari Raya (Pt 1)
Aku goyang kaki jer le...
Hidangan wajib hari raya...Rendang ayam, kelupis, kari ayam.
Kek lapis sarawak? Ada. Bukan buat sendiri. Beli. Aku ni cerewet sikit bab beli kek lapis ni. Kek lapis famous yg org semenanjung selalu beli tu, sori tak lepas QA. Aku order dari kawan mak cik aku. Confirm sedap. Mhl sikit pun tak pe drpd membazir, cukup seminggu masuk tong sampah.
Adik aku buat satu dan Kek Hati Pari, resepi mak aku yg tak kan sama dgn kek hati pari beli atau org lain buat. Secret Recepi mak ku.
Biskut wajib aku, Almond London dan Cornflakes Chocolate mesti ada. Tahun ni cuba buat tart nanas. Alhamdulilah...menjadi. Adik aku biskut wajib rayanya, biskut Ghee yg ala2 biakut suji. Bezanya tak pakai tepung suji. Pakai Ghee, tepung ngan gula jer.
Kalau rajin besok aku update gambar...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
YANI
Hmmm...midnight shift yg sunyi sepi...
Dah dekat 2 minggu aku tak menulis. Tak larat. Dgn puasa dan busy dgn raya preparation. Hujung minggu pun bukan duduk rumah sgt pun. Org keja mlm tido sampai ptg, aku tgh hari dah bgn...sempat shopping lagi. Lebih2 lagi Yanti ada kat umah. Lagi ler aku senang sbb Cece sibuk ngan Usu nye jer. Aku dia buat tak nampak.
Mlm ni sempat layan Beautifulnara. Betapa outdated nya aku ngan gosip. Dulu aku yg paling awal dpt info. Isu semasa pun aku tak tau. Kat rumah bukan dpt tgk tv pun. Berebut remote dgn Cece. Budak tu pun cerdik bukan main gi, boleh disoroknya remote...
Hari ni dah 2 Sept...tak lewat kot nak ucap Selamat Hari Merdeka. Aku mlm merdeka keje. Huk3x. Isu semasa yg menyentap semangat patriotik aku off course isu Gayang Malaysia oleh org Indon yg tak sedar diuntung. Terus-terang aku kata, aku amat anti dgn org Indon ni dan buat pengetahuan semua aku tak minat lagu ngan citer Indon sbb aku memang dari dulu dah anti dgn dia org ni.
Ingat masa aku baru habis exam SPM, dah lebih sepuluh tahun yg lalu. Aku keje kilang dan sempat kenal hati perut Indon2 ni. Ckp bukan main melangit lagi. Mengaku betapa kaya nya mrk kat tempat mereka. Semua senang...hmmm kalau korang kaya dan senang sgt tak ler sanggup jadi kuli gaji tak sampai 10 ringgit sehari, mencuri dan ambik kesempatan atas kebaikan org tempat ko duk mencari rezeki. Kalau korang kaya sgt tak ler korang sanggup ambik risiko menggadai nyawa nak ke tanah yg ko kata jahanam ni.
Dan yg aku tak fhm dgn rakyat Malaysia ni, makin org Indon ni buat sial makin baik korang dgn mereka. Sbb tu ler mrk tak takut dgn kita. Mrk pijak kepala pun kita masih kata tak apa. Serumpun, tak elok gaduh2. Mereka baling taik kat bendera kita pun kata tak apa. Boleh berbincang. Yg aku tak boleeh blah, bila bukak TV masih ada lagi Sinotron Indon yg citer tah pa pe, on radio ada lagi DJ2 yg aku tak tau ler cerdik ke tak...masih gak main kan lagu mereka. Hello, org dah buat mcm tu pun korang masih lagi ke...org Malaysia ni bg aku bukan baik sebenarnya. Mungkin BEBAL, BODOH, DUNGU...apa2 jer yg aku boleh gelar.
Sepatutnya kalau betul kita syg negara kita, jgn ler biarkan org pijak kepala kita sesuka hati. Sepatutnya kita boikot terus produk Indon ni, sekat kemasukan mereka dan hantar jer manusia2 ni balik. Baru tahu langit ni tinggi ke rendah. Jgn lagi berbelanja di Bandung, melancong ke Bali. Ni tak, org kita dlm keadaan mcm ni le sibuk2 nak pg melancong ke Indon. Aku sendiri tak paham.
Satu lagi, si Namewee ni. Rakyat Malaysia yg sepatutnya ditarik kerakyatannya. Halau jer keluar kerana org mcm ni ler yg akan memporak - perandakan masyarakat. Malaysia ni ibarat IBUBAPA kita. Cuba bygkan yg kita ni satu keluarga yg tinggal dalam satu rumah. Seekor kambing hitam ni cuba memporak-perandakan rumah tempat tinggal kita, menyepak terajang ibubapa kita. Kita akan diam je ke? Pasti kita dah sembelih kambing ni buat kenduri tak pun halau jer dr rumah. Sepatutnya itu yg kita patut buat pada si Namewee ni. Jgn bg balik dah.
Tepuk dada tanya minda!
YANI
Ciannya dia...
Aku tgk adik ipar aku menangis. Ye le baby yg sblm ni jarang nangis...boleh nangis tak berhenti. Dah le ayah tak de...pg traveling. Di agah pun dia tgk jer muka kita. Tak macam selalu.
Mak aku pun tengok risau semacam. Ye le cucu.
Smlm Saba bg tau ada jangkitan kuman kat darah. Aku tengok anak buah aku ni pucat jer, biru. Badan menggeletar...Doakan dia cepat sembuh.
YANI
Selamat berpuasa!!!
Favourite dish aku...umai ikan yg bpk aku buat. Umai ayah aku ni tak sama mcm umai yg korang beli kat kedai / restoran tu ye. Jauh sgt beza. (Aku dah tertelan air liur ni.) Sbb umai ayah aku buat guna asam kelubi (bhs swaknya asam payak) dan ada kunyit. Pasti tak hanyir dan ikan betul2 masak kalau compare ngan umai yg letak asam limau jer.
Umai tu apa? Umai tu mknn tradisi org Melanau. Ikan tu dipotong halus2 dan masukkan asam kelubi, kunyit, bwg dan garam tanpa perlu dimasak. Mkn mentah? Aku kata tak sebab asam dan kunyit tu yg akan menyerap dalam isi ikan dan menyebabkan ikan tu masak.
Masa sahur tadi ayah aku dah sebut2 nk buat umai...huhuhu bila nak berbuka nih...
YANI
Arghhhh...headache!
Belum start shift lagi ni. Dh start nanti mcm mane yer...TOLONG!!!
YANI
Mana aku pergi???
11 Julai 2010 – Awal2 pagi aku dah keluar pg KL Central coz nak catched flight call 8.15 utk balik KUCHING. Hari ni naik MAS - airbus. Dah lama aku tak naik MAS. Asyik2 Air Asia. Buat mcm ner, tak de budget. Hari tu terbeli MAS sbb bila aku compare hg nak balik hari ni, Air Asia lagi mahal. So, as pembeli berhemah aku beli yg paling murah. MAS ler jwpn nye. Mesti korang pelik kan. Apasal Air Asia boleh mhl. Jwpnnya hari ini ada big event kat Kuching. International Rain Forest Festival.
Buat yg nak terbang tu, before beli better u check prize. Compare hg antara MAS and Air Asia / Air Asia and Firefly. Tapi, kalau naik MAS mmg puas hati walau mcm mana pun hg nya. Service mmg tip top.
12-13 Julai 2010 – Aku lepak kat rumah sambil2 tlg mak aku buat preparation. Hari sabtu nanti ada majlis cukur jambul anak adik aku.
Dah lama aku tak drive sampai bandar Kuching. Sblm ni, nak shopping pun aku pg Tabuan Jaya. Tak pun sampai Spring jer. Dah berubah benar Kuching Town. Paling aku bengang ialah cara org kt sini memandu. Nak park keta ikut suka, nak masuk lorong pun ikut suka dorg. Kalau jln besar tak pe, ni jln kecik jer. Tak fhm aku. Paling nampak jln kat Kuching ni makin buruk. Lobang sana-sini, lampu jalan tak de. Dua tiga tahun sblm ni ok jer. Aku ingatkan aku dah terbiasa ngan jln kat KL, bila tanya kat mak aku jwb nye...Mmg dari dulu lagi jln ni buruk mcm ni. Kalau ok pun jln tertentu jer. TERTENTU? Maksud mak aku tu jln yg biasa ORG2 BESAR SWAK ni pakai. Org Swak mesti fhm maksud aku...Politik.
Pagi tadi ada call suruh dtg interview...
14 Julai 2010 – Interview. Aku saja nak pg, practice skill. Hu3x. Aku dtg lambat sbb tak jumpa office. Baru jer nak blah kerani nya call. Aku patah balik. Interview nya biasa jer. Malas nak cerita.
15 – 16 Julai 2010 – Masuk keja baru. Suasana baru dan segala2 nya.
BARU: Masa keja for the 1st month pukul 9.00am – 6.00pm. Lepas tu aku akan start shift. Helpdesk, bisalah kan. Pakaian kasual. So, lepas ni baju kurung / office wear semua aku simpan dlm almari. Jadi hiasan. Collegue aku 95% chinese. Tempat keja dalam banglo OK, bukan kat office. Mmg peace sgt. Oleh sbb waktu keja start lambat aku tak merasa traffic jem masa pg keja dan balik pun jln dah clear.
17 Julai 2010 – Majlis cukur jambul anak buah aku. Ya ALLAH, penat gila. Aku tak stop dr pg sampai ke majlis start. Aku duduk dapur jer sampai majlis habis...dgn tak mandinye.
18 Julai 2010 – Aku rehat. Tidur sampai ptg. Kesian Cece. Sblm ni nak bwk pg taman. Aku penat...aku buat2 lupa. SORRY SAYANG!
19 – 23 Julai 2010 - Keje. Belajar sistem. Nak buat mcm mane. Kalau tak belajar tak tau. Kalau tak tau mcm mane nak buat keja?
21 Julai 2010 – Bday Cece yg keempat tahun. Dah besar anak Mummy. So, aku tempah kek Tiramisu.
24 – 25 Julai 2010 – Adik aku balik dr Saratok. Kalau minah ni ada, tak duduk rumah ler. Buat apa lagi. Jalan lah. Malam 24, buat bday party utk Cece. Aku buat spegetti. Hari ni belajar perkataan baru dr mak aku. Bukan spegeti ye tapi Spekeriti. Bukan main lagi ko gelak ye Yanti. First time buat, habis jugak.
Hari ini 26 Julai 2010 – Bwk Cece pg Klinik. Then pg TASKI ABIM kat Tabuan Jaya. Register dia kat situ. Aku tanya nak sekolah kat sini tak? Dia geleng kepala. Ko nak ke tak nak, nasib ler CE...mummy dh register pun.
So lepas ni macam ni ler aku tulis blog. Sbb tu la namanya Yani Note. Note tu...ringkasan kan!
YANI
Twilight Saga: Eclipse
Meadow Bella-Edward memang cantik sgt. Manalah mereka dpt carik tempat tu kan...CGI ler tu. Dlm Eclipse ni wtk Bella benar2 dh jadi matang. Kenapa aku rasa Jacob lagi menonjol dr Edward? Namun aku puji Rob sebab beliau dpt adunkan perasaan cinta, jaelous, prihatin tu dgn baik sekali. Especiallydlm tent.
Alice semakin gemalai pergerakannya spt dlm buku.Yes, Rosalie mmg cantik compare dlm New Moon. At last Jasper dpt byk dialog selain drpd mimik muka yg suffer sbb ketagih drh. Tapi yg aku tak leh blah, rambut carlisle. Boleh tak buat elok sikit? Yg aku suka sgt perubahan mata semasa sblm jadi vampire, slps dan color gold yg makin pudar bila the vege tu perlu mkn.
Aku tak puas hati le dgn wolf. Nampak CGI ssgt. Especially part Bella - Jacob masa mereka berlatih mcm mana nak kalahkan vampire muda. Patut kena polish lagi kat situ. Ramai yg komen kenapa Jacob asyik tak pakai baju. Jawapannya, kenalah baca buku. Hu3x. Jg byk complain kalau tak tahu.
Parenthood. Inilah yg aku nampak dlm filem ini. Pengarah berjaya tunjukkan betapa kuatnya hubungan antara Bella dgn Renee. Yg aku tak boleh blah, tapi sweet ssgt masa Chief Swan (Billy Burke) bertanya kat Bella ttg protection dan Bella jwb Edward tu old - fashion dan dia still virgin. Billy Burke dpt bua situasi awkward yg pendek ni menarik. Begitu juga Esme - Carlisle yg secara spontan akan bertanggungjawab pada vampire yg baru mereka jumpa. Dlm buku nama watak ni Bree Tanner. Tak puas dgn babak pertarungan. Kalau boleh, tambah ler sikit.
Dimulakan di Bella-Edward meadow dan diakhiri di tempat yg sama.
Aku puas hati tgk dan tak rugi rasanya sbb beberapa hari ini kerja aku asyik mencari tiket je. Aku pun tak heran kalau ada yg kata akan tgk lagi dan lagi dan lagi.
YANI
Predators (2010)
Ceritanya bermula apabila Royce (Adrien Brody) jatuh dari langit bersama beberapa yg lain. Kesemua mereka mempunyai latarbelakang berbeza, tetapi yg pastinya kesemua mereka mempunyai persamaan yang sama, pemangsa. Dah nama filemnya thriller dan diklassifikasi sbg 18SG, of course ada byk darah dan action.
Yg aku confuse, senjata yg mereka guna tak sama seolah-olah mereka diculik dari era yg berbeza.
Tadi aku ada cakap aku nak block filem Predator (1987) dan tak nak buat perbandingan tapi tak boleh. Sebab bg yg pernah tengok filem2 Predator sblm ni mungkin akan rasa tak ada yg baru pun dlm filem ini. Even part last Royce berlawan dgn Predator sama saja dgn part Maj Dutch (Arnold Schwarzenegger) dalam Predator (1987) iaitu melumur bdn dgn lumpur utk mengelak haba badan dari dikesan. Mungkin yg barunya adalah part api semasa pertarungan tersebut dan juga perlawanan pedang antara Huzan / Yakuza (Louis Ozawa Changchien) dgn Predators.
Sound effect biasa jer, bising dan menyakitkan telinga aku. Adrenalin aku tak naik langsung sbb tak ada action yg mendebarkan. Pemandang dekat valley, di mana semua pelakon nampak planet2 kat langit mcm tak real tapi aku suka hutan tempat mereka berlakon. Cantik.
Aku rasa watak Royce tu tak begitu meyakinkan. Kalau watak Noland (Laurence Fishburne) tak mati atau lambat dimatikan, dia pasti akan tenggelam. Salute dgn Fishburne, walaupun kejap jer wtk nya tapi aku masih ingat sampai skrg. Bercakap secara berbisik dan separuh gila sbb lama sgt dah kat tempat tu. Ending, tak berapa nak sesuai. Mungkin aku ni jenis nak ending yg betul2 sampai. Kalau kau dah terperangkap kat situ, mesti carik jalan keluar. Lebih kurang mcm tu la.
Overall, aku bagi 6/10. Sbb bila keluar jer adik aku terus kata tak best. Tak leh nak lawan Predator (1987). Aku rasakan, kalau watak Major Dutch tu diwujudkan balik dan diculik bersama-sama dgn mereka ni mesti best.
Pulangkan semua.
YANI
Juara Baru World Cup 2010
Belanda
WC 2010 adalah penyertaan mereka untuk kali ke 8. Tak pernah menang, tapi 3 kali masuk final termasuk WC2010.
- Penyertaan pertama pd thn 1934 di Itali setakat pusingan pertama.
- Penyertaan kedua pd thn 1938 di Perancis juga setakat pusingan pertama.
- Penyertaan kali ke-3 pd thn 1970 di Jerman Barat, berjaya masuk final tetapi kalah pada West Germany (host) 2 - 1. Kaki bola mesti kenal lagenda bola sepak Jerman Frank Beckenbauer.
- Penyertaan kali ke-4 pd thn 1978 di Argentina, juga sampai final tetapi kalah pada Argentina 3-1. Final waktu ni Dutch menuduh Argentina sengaja menggunakan taktik jahat dgn melengahkan waktu perlawanan dan menyebabkan havoc dikalangan penontot. (Cik pun tak tau. Waktu ni tak lahir lagi).
- Penyertaan kali ke-4, pd thn 1990 di Itali. Berjaya sampai pusingan kalah mati (round 16) shj. Again, kalah pada West Germany 2 - 1. West Germany menang title WC champin kali ke-3 mengalahkan Argentina. Tak salah aku Maradona pun ada jugak time ni.
- Penyertaan kali ke -5 , pada tahun 1994 di USA, berjaya sampai Quarter Final. Kalah pada Brazil 3-2. Tahun ni juaranya adalah Brazil yang mengalahkan Argentina 3-2 (sepakan penalti). Kaki bola...ingat Romario. Lagenda bola Brazil selain Pele. Aku berpeluang jugak la tgk mamat ni main kat pdg.
- Penyertaan ke-6, thn 1998 di Perancis. (Aku ingat lagi final thn ini sbb masa tu kat UUM. Waktu tu cuti ptghn semester. Aku tak balik. So layan bola la). Netherlands ditangga ke-4. Kalah pada Crotia 2-1 utk tempat ke-3. Waktu ni mesti korang ingatkan. Ada Zidane, Petit, Ronaldo, Fabian Barthez dan player yg aku minat Robero Carlos. Org nye comel je kat Padang and also Dennis Bergkamp. WC thn ni pg kat France lepas kalahkan Brazil 3-0.
- Penyertaan ke - 7, thn 2006 di Jerman. Berjaya sampai pusingan kalah mati (round 16). Kalah pada Portugal 1-0
- Penyertaan ke-8 tahan 2010 di Afrika Selatan. Final. Result? 11 Julai baru tahu.
YANI
Spain beat Germany 1-0
Tapi yg pastinya aku salute le ngan Paul si Octopus tu. Mmg betullah ramalan dia. Aku rasa kalau dia boleh bercakap mungkin dia dah siap bg berapa gol dan minit keberapa. Apa2 pun final ni Netherlands mesti kalahkan Spain.
YANI
3 reson why Germany will win.
Although Germany will miss scoring threat Thomas Müller because of a one-game suspension for accumulation of yellow cards, the team has plenty of offensive firepower to fill the void. Lukas Podolski, Mesut Özil, and, of course, Miroslav Klose will force
Here are the top three reasons why
1) Miroslav Klose
When it comes to putting the ball in the back of the net in the World Cup, there’s no one better than the 32-year-old Polish-born former carpenter, Miroslav Klose. Only
2) Organization
3) They strike early, score in bunches
When it comes to breaking down opponents,
Paul, Jerman or Spain?
6hb Julai (smlm), Paul telah meramalkan Sepanyol akan mengalahkan Jerman. TV nasional Jerman siap buat siaran langsung dan minta Paul bual ramalan sekali lagi. Pilihan tetap sama. Paul pilih Sepanyol.
Positif - Mungkin Paul pilih yg Sepanyol kalah.
Negatif - Jerman kalah.
Utk penyokong Jerman, uol percaya kt sotong ni ke atau player korang. Kalau dr performance aku percaya Jerman boleh kalahkan Sepanyol.
Teori adik aku: Sotong kurita ni suka warna merah, sebab tu lah dia pilih Sepanyol sbb bendera Sepanyol ada byk merah kalau compare to Jerman. Logik jugak, sbb sblm ni kebayakan negara yg dikalahkan (England, Australia, Ghana, Argentina, Slovakia, Brasil) tak de color merah sgt except Serbia yg telah kalahkan Jerman ari tu.
Bg aku apa pun yg diramalkan si Octopus ni aku masih yakin Jerman akan menang. Final Nethelands vs Jerman.
Belanda oh Belanda...
Walaupun game awal pg, sehari sblm nye aku penat shopping...aku gagahkan jugak bangun pagi. Berbaloi bgn sbb once again Netherlands won big. Tgh tunggu lawan utk final. Jerman or Spain? Kalau aku, off course aku pilih Jeman. N3 aku dulu pun aku dah tetapkan target aku. Final - Netherlands vs Germany. So, kita tunggu jerla pagi ni...
YANI
MOHD juara mentor 4
ps: Gambar aku ambik dr www.beautifulnara.com
YANI
Aktiviti Hujung Minggu
Sabtu
Pagi aku pg Nilai 3. Utk yg nak buat preparation tunang dan kahwin, tempat ni mmg heaven. Byk sgt pilihan. Memang aku suggest ssgt tempat ni. Utk yg nak shopping kain/tudung/brg rumah, kalau tinggal dekat2 situ ok la tapi yg dok jauh mcm KL baik tak yah. Buang masa jer. Tak berbaloi langsung. Baik korang pg Jln TAR / Jln Masjid India, lagi byk murah. Mlm nya aku sambung shopping kt pasar malam belakang umah.
Ahad
Petang aku pg Jalan TAR ngan Ina. Borong kain ngan tudung kat Muaz Textile. Tak de nye aku nak pg Ariani / Aalia. Kalau terror pilih, korang boleh dpt kualiti sama jer mcm tudung Ariani kt pasar malam.
Malam aku merempit ngan adik aku pg Down Town Cheras carik jeans.
Pagi Isnin mmg aku KONG (tak larat / penat).
YANI
Dont Cry Argentina!!!
Pertahanan German malam ni mmg superb. Tadi bila gol Argentina dibatalkan aku terus ckp kat ex-housemate aku. Tanda kalah. Sama mcm Brasil semalam. So Argentina fan, DONT CRY FOR ME ARGENTINA...
YANI
Netherlands beat Brasil 2:1
Aku ngan Fatah dah siap pakai bg orange, walaupun bukan baju Netherland tapi aku dh siap psg niat. Aku ckp kt Fatah, kalau Netherland masuk semi aku beli baju team tu. He3x. Mmg kena beli lah. Entah mcm mane, aku tak tau ler abg ni sokong Brasil atau tak. Tapi nampak jer kita org terus jer jerit HIDUP NETHERLANDS! Aku tak pasti le dia sokong sape. Aku juga tak tau dia betul2 maksudkannya atau nak provok jer. Yg pastinya penyokong Brasil mlm ni lebih ramai dr Netherlands.
Lepas hampar newspaper Fatah kata kat aku, "Aku rasa Brasil kalah mlm ni". Aku sengih jer. Nothing Impossible. Then both team keluar. Netherlands pakai baju orange mcm biasa. Brasil tak pakai baju yg selalu dipakai (Kuning) . Hari ini Brasil pakai baju biru. Aku pandang Fatah. "Beb, aku rasa Brasil kalah mlm ni sebab pakai baju Biru". Fatah sengih jer.
Apabila 1st goal Brasil tak dikira. Aku pdg Fatah. "Rasanya firasat kita betul".
Then Brasil jaringkan 1st goal. Riuh gile dtrn. Aku tak tau ler awek mane, siap melompat-lompat lagi. Hello, awak tu kt mana? Kalau seronok sgt pun tak yah ler nak melompat-lompat mcm kera. Habis 1st half, Brasil lead. Lepas tu drizzling.
2nd half, Netherlands fightbacks and buried Brasil. (Sukanya aku ngan ayat ni.)
Bygn kekalahan Brasil makin ketara. Apabila Kapten Brasil, Felipe Melo mengisi gol sendiri. 20 minit terakhir, beliau dilayangkan kad merah sbb mengasari pemain Netherlands. Bila Wesley Sneijder menjaringkan gol ke-2 Netherlands minit ke 68, peminat Brasil dah senyap. Ada yg blah awal. Kat sini game dah start rancak, Brasil serang balik dan aku puji kat pertahanan Netherlands. Sebab last 10 minit tu mmg amat2 menakutkan. Dia org mmg kena main dgn baik sbgi menebus kesilapan dia org masa Brasil jaringkan gol diawal game. Netherlands menang, Brasil bye, bye.
Aku rasa punca kekalahan Brasil adalah dia org terlalu confident. Gol awal dia org dpt pun sbb Netherlands player masih lagi dlm keadaan NERVOUS. Yelah, main dgn team ranking pertama dunia yang dah menang 5 kali dan since aku start tengok bola, tak pernah lagi aku tgk Brasil tak sampai semi-final.
Mlm ni Argentina vs Germany...aku go for Germany. Final aku nak tgk Germany vs Netherlands. For host kt dtrn Merdeka yg sblm ni asyik kata dia nak tgk final Argentina vs Brasil...sorry. Tengok dalam mimpi jer.
YANI
Twilight Saga: Eclipse
Bella (Kirsten Stewart) once again finds herself encircled with danger as Seattle is ravaged by a sequence of mystifying killings and a spiteful vampire who continues her quest for revenge. In the midst of it all, she is forced to choose between her love for Edward Cullen (Robert Pattinson) and her friendship with Jacob (Taylor Lautner) as the struggle between vampires and werewolves continues. Other than that, there is still another choice for Bella to make, mortality or immortality?
Note:
Tak sabar nak tunggu filem ni.
Siapa dah baca buku ni angkat kaki? Kalau yg betul2 ikut kisah Edward-Bella-Jacob ni mesti tak sabar nak tonton movie. Sama le ngan aku. Aku rasa aku dah baca buku ni lebih dari 3 kali.
1. Masa Billy Black bercerita tentang legenda Quileute. Kenapa ware wolf bermusuh dgn Vampire.
2. Betapa sweetnya Edward menghantar Bella untuk berjumpa dgn Jacob.
3. Part Jacob cium Bella di garage dan pertengkaran antara Edward – Jacob di depan rumah Bella.
4. Masa Edward melamar Bella. Kalau boleh buat le lama sikit.
5. Aku dgr ada part Rosalie dgn tunangnya sblm dia jadi vampire. Aku nak juga kisah mcm mana Jasper boleh jadi vampire dan bagaimana dia jumpa dgn
6. Sesi latihan vampire dgn ware wolf. Bagaimana mesranya Bella semasa Jacob dalam bentuk ware wolf.
7. Sebelum peperangan berlaku, dlm khemah antara Jacob-Bella-Edward. Yang dah baca tentu tahu part ni mmg romantic sgt. Mesti lagi ramai yg akan jatuh cinta dgn Edward dan akan rasa simpati sgt kat Jacob.
8. Of course peperangan tu. Kalau boleh ware wolf tu biarlah nampak real sikit. Tak mcm sblm ni (dlm New Moon), ware wolf tu kdg2 nampak kecik, kdg2 besar.
YANI
To forgive and to forget…
Bagi aku org yg sanggup meminta maaf itu sgt berani kerana untuk dptkan kekuatan berjumpa dan memohon maaf tu amat sukar. Ye lah, semua manusia tu ada egonya. Org yg memberi maaf itu tentunya org yg besar hatinya kerna bukan mudah utk memberi kemaafan, lebih2 lagi jika kesalahan tu akan sentiasa dilihat seumur hidup.
Mungkin korang pelik…apa yg aku merepek ni.
Hati aku? Pada DIA, aku maafkan tapi boleh ke aku lupa. Entahlah…Biar lah masa menentukan semua. Aku tak berdendam tapi boleh ke kita bersikap macam tak de apa yg berlaku? Perasaan “tak selesa tu pasti ada” kan!
YANI
Lagenda Budak Setan
Novel ni?
Pada aku tak ler best sgt. So-so jer. Aku langsung tak menitiskan air mata masa Ayu meninggal. Entah ler aku ni tak der perasaan kot @ hati kering. But, aku menangis masa Kasyah bg tahu Katerina yang dia nak kahwin ngan Ayu. Menangis jugak. Tapi tak lah sampai keluar hingus / teresak2. Aku rasa aku betul2 menangis bila aku baca buku Sharifah Abu Salem.
Mungkin gak sbb wtk utama nye lelaki dan penulisnya lelaki dan aku tak masuk dlm perasaan Kasyah. Ye ler kan dia lelaki. Lagipun selama ni kalau novel cinta kebanyakan penulisnya adalah wanita. Satu - satunya buku penulis lelaki yang aku baca di Msia ni, buku tulisan R.A.M (Ramli Awg Murshid). Kebanyakan buku RAM ni thriller.
Filem?
Byk pendapat tak best aku baca dr blog lain. Dr jalan cerita, pelakon, hp etc. Kagum betul aku. Penonton skrg ni bukan bodoh. Semua bijak dan boleh menilai. Yang tak berkembang dan tak pandai2 pengarah. Ops! Asyik ulang kesalahan yg sama. Paling mudah ler, watak org pandai / nerd mesti lurus bendul, bertocang dua. Klise betul. Watak Ayu / Emilia betul2 pelik. Ayu ni buat pembedahan muka jer ke atau turut buat pembedahan menambahkan tinggi ngn besarkan breast sekali? Lain kali carik ler pelakon, at least susuk tubuh dan tinggi yg sama. Jgn main hentam jer.
Memang kita tak boleh cedok habis dari novel, tapi kesian kat org yg tak baca buku lagi tapi tengok movie dulu. (Aku ler tu!) Tak fhm satu ape pun. Pelik nye, org sebelah boleh nangis teresak-esak. Mungkin dia dah baca sebab tu boleh feel. Aku? Tengok jer le. Dah byr tiket.
To pengarah, tlg ler sblm start shooting buat research dulu. Discuss ler dgn penulis terlebih dulu utk pendapat / pembaca novel yg dah baca lebih 10 kali novel ni. Tulis skrip dan mintak pendapat lagi. Kesian dekat book owner ngan pelakon sekali kena tempias filem tak best. Kononnya filem cinta paling best takat ni...Aku tak rasa pun kesetanan Kasyah dan agung nye cinta dia kat Ayu. Pujian buat Que, Farid dan Lisa. To Shikin Kamal, belajar lagi. Watak tu besar sgt utk anda.
Pada pendapat aku, LBS ni patut buat dua series. LBS 1 and LBS 2.
LBS1: Kisah Kasyah, Ayu dan Azmi. Dari alam sekolah sampai mrk studi kat Freno. Mungkin setakat Kasyah dpt kad kawin dari Ayu.
LBS2: Start dr Kasyah di airport nak balik Msia. Mesti panggung basah ngan air mata dr awal sampai habis.
Produser tak berani nak melabor kot sbb kalau 1st tak best ade lagi ke nak tgk 2? Hmmm...
Out of Topic
Tak sabar tunggu eclipse. Twilight Saga ni pun dr buku gak. Masa tengok filem ni aku tak baca buku ni tapi boleh fhm. Tak ler blur masa aku tgk LBS.
Yani
Ciannye kat Ila Mentor
Teori kawan aku sebab Ila kalah:
Parents and family Ila kat Sarawak confident sgt Ila boleh masuk sbb dia ada byk peminat. So, dia org pakat ramai2 undi Adi to make sure both of them pg final. Betul kot!!!
Out of topic:
England berlagak sangat. Especially si Capello tu. Meluat I. Germany go to quarter final.
YANI
Kebosanan melampau!
Layan novel Lagenda Budak Setan. Sampai tertidur2. Kalau sampai tertidur tu korang fhm2 jer lah kan. Mungkin aku ni jenis tak layan sgt cerita cinta mcm ni...Ye ke? (Tgh fikir balik). Buku novel Twilight tu aku boleh jer baca tak berhenti. Stay up sampai ke pg sbb nak habiskan then ulang sampai beberapa kali. Bukan satu tau empat2 buku tu aku mcm tu.
Tak sabar nak tunggu eclipse. Than buat die hard fan Twilight, buku keempat Breaking Down akan difilemkan, tapi pecah dua ler. Dia org buat I and II. Yang first tu akan keluar November next year. Tak sabarnye...
Nak sambung baca novel Lagenda Budak Setan...
p/s: Dgr citer ramai yg carik buku ni kat book store tak jumpa. Out of stock...Entahlah, aku tak tau ler berbaloi ker korang cari beria2. Bg aku tak best sgt pun. Sorry Ahadiat Akasha and fan. Mungkin aku tak baca abis lagi buku ni. Baru sampai part Kasyah dpt tahu Emilia dan Ayu tu org yg sama. Nanti ler, dah habis baru aku bg pendapat aku ttg NOVEL TERLARIS di Malaysia ni.
YANI
Demam Bola, Aku sokong The Orange
Korang mesti ada favorite team. Aku tetap dgn d'orange. Aku tak pdg player sbb biasanya pompuan ni sokong team sbb mcm2. Yg paling ketara sbb ada player handsome. Hmmm...tak paham aku. Sbb aku sokong d'orange? Yg pastinya bukan sebab ada player handsome ye...tapi sbb teknik permainan. All player nampak neutral sgt bila berlari dgn bola. x fhm??? Buat2 fhm jer. Apa2 pun, d'orange di hatiku. Hu3x.
GOOD LUCK for this Monday game. Netherlands vs Slovakia. Aku jangka tak kan ada masa tambahan. Netherland menang 2:0.
Yani
Bola oh Bola
Yang aku tak leh blah, ada jugak mak bapak bwk anak kecik sekali. Lepas tu biar jer budak tu merayau, tegur-tegur org kat situ. Nasib baik comel budak tu. Aku rasanya ni la punca mcm ner budak boleh hilang. Aku pelik ler org KL ni, tak risau ke budak tu demam ke sebab semalam hujan. Kalau mak aku, si CECE yg dah nak masuk 4 tahun tu, lepas pukol 10 jgn ler nak berangan bwk merayap. Lagipun budak tu pukol 8 aku dah suruh tido.
Balik umah, sambung balik tengok bola. Sepanyol vs Chile. Chile kalah 1:2. (TV tengok aku ke, aku tengok dia? Sbb aku tak perasan, bila masa Chile jaringkan gol? Confuse aku. Ala...aku tertido ler tu.)
Apa - apa pun Netherland tetap dihatiku.
Bad Day!!!
Aku tanya kat kakak di kaunter berapa lama lambat, kononnya stgh jam. Aku pun tgk ler jam. Kalau mcm tu sempat lah. Aku gamble jer beli tiket. Aku turun jer dpt catch tren. Tapi ntah mcm mane sampai stesen KL baru nak bg tau tren tu sampai situ jer. Dekat sejam wei tunggu. Baru tren sampai. Geram aku. Tadi tak pulak bagi tau, kalau tak aku dah naik tren lagi satu. Nasib baik ler aku dah nak balik Kuching...
Korang ingat tak N3 aku...pasal kejamkah aku.
Buat kawan aku ni, aku ni bukan lah jenis berkira. Aku jenis tak kisah pun. Kalau kau ada masalah kau cerita terang2 kat aku. Last2 jadi mcm ni, tak pasai2 bermasam muka. Think first before action. Skrg ni semua dah rasa tak selesa bila bertentang mata. Mcm mana nak betulkan?
If you read this, I sorry and I forgive. But, please...please stop pretending that you are OK. Aku ni nampak jer kecoh, tapi at least ko cite ler masalah ko. Lagipun tak elok simpan masalah tu lama2. Makan diri.
SHEA BUTTER
Masa kat MIHAS tadi aku terbeli produk ni SHEA BUTTER. Bagi yg tak tau, shea butter ni biasanya kita jumpa kat brgn penjagaan kecantikan mcm losyen, body bath, shampoo etc. So, yg aku beli ni pure shea butter. Baunya memang lah tak berapa sedap. Tapi khasiatnya memang bagus. Aku merajinkan ler diri cari info ttg bhn so ini yg aku dpt:
- Daily skin moisturizer (face and body)
- Dry skin relief
- Dry scalp
- Skin rash- including diaper rash
- Skin peeling, after tanning
- Blemishes and wrinkles
- Itching skin due to dryness
- Sunburn
- Shaving cream to reduce razor irritation
- Small skin wounds
- Skin cracks
- Soften tough skin on feet (especially heels)\
- Stretch mark prevention during pregnancy
- Minor burns
- Eczema
- Sun and wind protection
- Even skin tone
- Reduce blemishes and scarring
- Eliminating scalp irritation from dryness or chemical processing
- Preventing bumps after shaving
- Reducing acne (especially in combination with African Black Soap)
- Absorbs quickly without leaving a greasy residue
- Helps restore elasticity to skin
- Restores luster to hair
Semua info ni aku dpt dari sini. Aku baru nak pakai mlm ni. Aku akan update lepas 14 hari aku pakai. Nak tau hasilnya mcm mana.
KTM oh KTM!
Kau tak datang masih jugak aku menunggu
Sekali - sekali lambat aku tak kisah
Selalu sangat aku marah
Setakat 2 - 3 minit lambat, aku biar jer
Setengah jam lambat pun aku senyap jer
Tapi bila berjam-jam aku nak gila
apatah lagi bila ko tak jugak tiba
Nak marah pun tak guna
kerna kau buat byk kali pun aku tak kuasa
Bila la kau nak berubah pun tak tau bila
KTM oh KTM
Hai, aku pun tak tau sampai bila ler masalah ni nak selesai. Makin aku nak blah makin le byk masalah. Kesian le aku dekat semua regular customer. Lagi aku tak sampai hati kat makcik / pakcik atau budak2. Kesian kat dia org tunggu lama-lama. Lagi ler kesian kat AKU.
So, buat KTMB. Sampai bilalah masalah tren ni nak selesai. Dari masa Pak Lah sampai dah tukar PM pun masih tak berubah-ubah. Yang aku pelik, takkan lah korang tak ada plan utk worse case scenario. Yelah, mesti ada plan utk selesaikan masalah tak de kuasa. Tak kan lah kena ambik masa lama jugak nak repair kabel power. Dulu masa tren tergelincir pun boleh ambik sampai 3 / 4 hari nak selesaikan.
Kalau mcm ni la, target utg RM1 tu masih jauh dr jangkauan walaupun nampak mcm sikit jer.
Yani
Rindu ngan CECE!
Sebenarnya n3 tak de kaitan langsung dgn Glee. Cuma minggu ni, episod Glee adalah Gaga dan aku teringatkan secomel dan keletah Cece. My beloved CECE. Teringat dialog aku dengan dia dulu pasal Gaga ni:
Cece: Rara ra a a Ramma ramama gaga ulala want you bad romes.
Aku: Lagu ape tu cece. (Masih ulang benda yg sama. So aku tanyapulak ngan adik aku)
Yanti: La...tak kan ko tak tau, Lady Gaga.
Aku: Suka kau ajar anak aku benda pelik2. Daripada nyanyi lagu Lady gaga kan baik mengaji ke. (Cece masih lagi menyanyi)
Budak kecik kan, ajar apa pun masuk, lepas lady gaga sekarang ni menjerit - jerit ngan lagu Superman. Cece...Cece...
Yani
Kisah dalam Lady Coach
Happy Father Day!
Sepanjang aku nak bangun semula, dialah yg byk habiskan masa dengan aku. Bagi kata semangat. Buat pertama kalinya saat aku tengah suffer aku lihat ayah aku menitiskan air mata.
Peristiwa apa? Biar lah aku simpan jer. Tapi sekarang ni aku dah bangun dan teruskan hidup. Aku ada tanggungjawab besar. Mission yang tak kan selesai sampai bila2. Nantilah, kalau aku cukup kuat, aku akan cerita.
Daddy, do you know I feel like the luckiest girl on earth? Coz I've got the best dad in the world. I am so proud to be daddy little girl. (Walaupun aku dah 30 skrg ni).
Thank you daddy. For your support and love. I love you.
Yani.
Indonesia ke World Cup?
Waktu tu Indonesia x merdeka lagi dan mengguna nama Nederlandsche Indiesche @ Netherland East Indies @ Hindia Belanda. Pemainnya adalah bangsa Indonesia yang bekerja di Eropah. (Please check senarai nama) Peluang bermain ni diperolehi bila Jepun menarik diri (masalah transport. Dulu mana ada kapal terbang mcm sekarang ni. Nak ke France naik kampul. Mau sampai 2/3 bulan).
Hindia Belanda mengisi ruang sebagai wakil Asia. Team ini mengguna nama NIVU (Nederlandsche Indische Voetbal Unie) yang diketuai oleh Soeratin Sosrosoegondo.
Pelatih
- Johannes Mastenbroek
Nama para pemain adalah :
- Bing Mo Heng (Goalkeeper)
- Herman Zommers
- Franz Meeng
- Isaac Pattiwael
- Frans Pede Hukom
- Hans Taihattu
- Pan Hong Tjien
- Jack Sammuels
- Suwarte Soedermandji
- Anwar Sutan
- Nawir yang juga bertindak sebagai kapten